Menurut ahli sejarah, dinosaur adalah makhluk yang pernah menguasai Bumi sejak ratusan juta tahun dahulu. Mereka mungkin masih lagi berkuasa pada hari ini sekiranya tidak pupus kira-kira 65 juta tahun yang lalu, dipercayai akibat hentaman besar komet yang berlaku.
Walau bagaimanapun, planet kita bukan sahaja dihuni oleh dinosaur tetapi juga pelbagai lagi makhluk raksasa prasejarah lain. Dari makhluk yang berenang dalam lautan, terbang di udara dan juga yang melata di atas daratan, berikut adalah beberapa makhluk prasejarah yang menakutkan selain dinosaur.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Titanoboa
Credit : canadajournal
Secara ringkasnya, Titanoboa adalah ular terbesar yang pernah wujud dalam sejarah. Haiwan ini mempunyai ukuran lebih daripada 12 meter panjang dan boleh mencapai berat sehingga 1100kg, bersamaan seekor zirafah dewasa.
Titanoboa muncul tidak lama selepas spesies dinosaur pupus, mungkin untuk mengisi rantaian makanan yang terbuka akibat kehilangan pemangsa terhebat dunia itu. (sumber)
2. Liopleurodon
Credit : prehistoric life
Plesiosaur adalah kumpulan reptilia marin yang wujud dan pupus pada masa yang hampir sama dengan dinosaur. Tidak hairanlah mengapa kekeliruan sering berlaku antara dua kumpulan haiwan ini.
Salah satu antara spesies Plesiosaur yang perlu diperhatikan ialah Liopleurodon. Haiwan karnivor ini boleh mencapai berat lebih daripada 1500kg dan mempunyai ukuran melebihi 10 meter.
Apa yang lebih menggerunkan ialah haiwan yang menyerupai antara buaya dan penyu ini mempunyai kepala dan rahang yang besar, dilengkapi pula dengan beberapa baris gigi tajam. (sumber)
3. Sarcosuchus
Pemangsa prasejarah yang besar ini juga dikenali sebagai SuperCroc. Sarcosuchus secara teknikalnya adalah relatif jauh buaya, dengan saiz menjadi perbezaan utama.
Dengan saiz melebihi 12 meter panjang, sarcosuchus adalah dua kali ganda panjang seekor buaya air masin iaitu buaya terbesar yang ada pada hari ini. Haiwan ini juga dianggarkan seberat purata lapan tan, bermakna ia mampu berhadapan dengan mana-mana pencabar sekalipun. (sumber)
4. Mosasaurus
Mosasaurus seperti yang digambarkan dalam filem Jurassic World.
Sama seperti plesiosaur, mosasaurus juga adalah reptilia laut dan bukan dinosaur secara teknikalnya. Dengan saiz melebihi 18 meter panjang, mosasaurus mungkin merupakan reptilia laut prasejarah yang terbesar ketika itu.
Bahkan, ia juga adalah salah satu makhluk paling berbahaya yang mendiami kawasan perairan sepanjang zaman Batu Kapur. Haiwan ini kelihatan seperti buaya yang sangat besar (terutamanya bahagian kepala) dan dilengkapi dengan sirip. Ini membuatkan ia lebih menggerunkan kerana kebolehannya bergerak dengan mudah dalam air. (sumber)
5. Megalodon
Credit : aquarium
Jerung bersiaz besar ini adalah salah satu spesies makhluk prasejarah yang paling terkenal, mungkin kedua terkenal selepas T. Rex. Setakat ini, megalodon merupakan spesies jerung yang paling besar pernah wujud dan kelihatan serupa dengan Jerung Putih moden.
Sementara Jerung Putih moden boleh membesar sehingga 7 meter panjang dan mempunyai berat melebihi 3000 kg, megalodon pula dianggarkan boleh membesar melebihi 18meter panjang dengan berat antara 50 hingga 100 tan metrik.
Megalodon dipercayai hanya pupus kira-kira 2.6 juta tahun dahulu, bermakna ia pernah hidup sezaman dengan penyu dan paus moden yang mungkin menjadi makanan kepada jerung yang menggerunkan ini. (sumber)
6. Quetzalcoatlus
Credit : researchgate
Terlebih dahulu, secara mitosnya haiwan ini sering dipaparkan dalam setiap rancangan atau filem berkaitan dinosaur tetapi pada hakikatnya pterodactyl (haiwan reptilia bersayap) bukanlah daripada kumpulan dinosaur itu sendiri.
Ia adalah daripada kumpulan pterosaur, susunan yang sangat berbeza daripada dinosaur. Dalam kumpulan ini, quetzalcoatlus adalah spesies pterodactyl yang paling besar pernah wujud dan menguasai ruang udara.
Disebabkan kurangnya rekod fosil yang baik, kita tidak mengetahui dengan tepat berapa besarkah saiz haiwan prasejarah ini. Pakar moden berpendapat lebar sayapnya adalah antara 10 hingga melebihi 18 meter panjang. Manakala beratnya pula dianggarkan sekitar 300 kg ke atas. (sumber)
7. Phorusrhacidae
Credit : BBC
Nama saintifik haiwan itu tidaklah begitu menakutkan atau mudah diingati. Namun, haiwan ini sering dirujuk sebagai burung besar yang tidak boleh terbang atau lebih dikenali sebagai Burung Ganas.
Phorusrhacidae membesar antara tiga hingga 10 kaki panjang dan berdiri sehingga 10 kaki tinggi. Burung yang mempunyai paruh besar seperti helang ini juga mampu mencapai kelajuan sehingga 50km sejam.
Walaupun haiwan ini kelihatan tidak begitu menakutkan berbanding haiwan prasejarah lain tetapi ia adalah antara pemangsa terhebat selama hampir 60 juta tahun. (sumber)
8. Megatherium
Credit : extinctanimals
Sloth bukanlah haiwan pertama yang terlintas di minda apabila memikirkan tentang haiwan menggerunkan. Namun, megatherium adalah haiwan prasejarah gergasi yang kelihatan mirip seperti seekor sloth, beruang dan mempunyai saiz sebesar gajah dewasa.
Haiwan ini juga mempunyai cakar yang besar serta boleh berdiri di atas kedua-dua belah kaki belakangnya untuk kelihatan lebih besar dan tinggi. Tidak seperti haiwan lain dalam senarai ini, adalah besar kemungkinan bahawa manusia purba pernah berinteraksi dengan megatherium kerana haiwan ini hanya pupus sejak 10,000 tahun yang lalu sahaja. (sumber)