Kredit foto: Instagram Khairul Amin , X (Twitter) Khairulaming
Kejutan besar apabila dendeng yang dipaketkan dengan harga RM14.99 mencapai jualan sebanyak RM1.2 juta!
Pengusaha dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, mencatat pencapaian terpantas dengan menjual produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi, sebanyak 80,000 unit dalam masa tiga minit 39 saat, di platform penjualan dalam talian, TikTok Shop pada 2 Februari 2024.
Pukul 9 malam Jumaat lalu itu menyaksikan pelancaran rasmi produk berkenaan, selepas tiga tahun produk pertamanya, Sambal Nyet Berapi, berada di pasaran dalam talian.
Sementara itu, sesi siaran langsung itu turut mengecapi sejarah baharu dengan menerima lebih 3.3 juta tontonan semasa kempen jualan 2.2 TikTok Shop.
Dengan keazaman dan usaha yang tidak kenal lelah, dia berjaya membangunkan produknya sehingga kini mempunyai studio sendiri dan pasukan kakitangan, termasuk dua kilang di Kota Bharu, Kelantan.
Juga dikenali sebagai penghasil kandungan masakan yang kreatif, Khairul dinobatkan sebagai "Creator Of The Year" di TikTok Awards Malaysia 2023, kategori utama pada majlis penghargaan yang baru diperkenalkan di Malaysia tersebut.
8 Fakta Biodata Khairul Aming Yang Ramai Tak Tahu!
1. Personaliti berumur 32 tahun (2024) ini, Khairul Amin bin Kamarulzaman, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
2. Dia memiliki tinggi badan sebanyak 184 sentimeter (cm).
3. Menempuh pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra (SMIP), Kota Bharu, Kelantan.
4. Mengalih hala kerjayanya pada tahun 2020 apabila meninggalkan industri minyak dan gas, memilih untuk mengejar pekerjaan sepenuh masa dalam bidang videografi dan penciptaan kandungan.
5. Popular di dunia maya, namanya sudah menjadi besar sebagai ikon media sosial dengan lebih daripada 230,000 pelanggan di laman Youtube.
Akaun Instagramnya @khairulaming menunjukkan jumlah pengikut terkini sebanyak 3.9 juta, sementara di platform TikTok, @khairulaming mendapat sokongan dari 4.2 juta pengikut.
6. Difahamkan, kebolehan memasaknya terbawa dari si ibu.
Ibunya dahulu bergerak dalam perniagaan jualan kuih tako di pasar selama bertahun-tahun, dan hasil daripada perniagaan itu menyara serta membesarkan Khairul.
7. Tahun 2020 menyaksikan pemergian Kamarulzaman Hussin, bapa kepada Khairul, kembali ke rahmatullah.
8. Kasih sayang terhadap ibunya menggerakkan hati Khairul untuk menemaninya dengan melakukan perjalanan ulang-alik ke Kelantan, lebih-lebih lagi selepas kehilangan bapanya.
Untuk lebih info mengenai Khairul Aming, baca artikel: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Khairul Aming, Youtuber Resipi, Calon TikTok Awards Malaysia 2023
Baca: Biodata Rozana (Rozek TV), Youtuber Resipi
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Instafamous Resipi, Khairul Aming
Profil ringkas
Nama sebenar: Khairul Amin bin Kamarulzaman
Umur: 32 tahun (2024)
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Pekerjaan: Personaliti Media Sosial, Ahli Perniagaan
Instagram (IG): @khairulaming
Tiktok: @khairulaming
Kredit foto: Instagram Khairul Amin , X (Twitter) Khairulaming
Kredit video: home tour KHAIRUL AMING RM2.8 JUTA!
Sumber:
2. Ibu Khairul Aming Jual Kuih Tako Tersedap di Kelantan, Patutlah Anaknya Handal Masak!