Oleh pada 05 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tampil di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau tiba dengan menaiki kenderaan Mercedes-Benz sekitar pukul 10.43 pagi dan pihak SPRM mula mengambil serta merakam keterangan pada pukul 11 pagi.

Datin Seri Rosmah yang berpakaian baju kurung dan membawa beg berwarna merah turut ditemani oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa dan suami, Daniyar Kessibayev serta peguamnya, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent. 

Beliau selesai memberi keterangan dan meninggalkan kawasan tersebut sekitar pukul 3.45 petang tanpa mahu memberi apa-apa respon.

SRC International Sdn Bhd merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.

Sumber:

1. Facebook Bernama Radio [1, 2]

2. Facebook Bernama News Channel

3. Facebook Buletin TV3 [1, 2, 3]

4. Facebook Berita TV9

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)