Seni bina telah menjadi sebahagian daripada setiap budaya sejak zaman purba. Manusia mungkin mencipta seni pertukangan dan mengukir untuk tujuan membina tempat perlindungan dan keselamatan tetapi ada yang melakukannya sebagai satu bentuk ekspresi seni

Ini sangat ketara dalam artifak, lukisan, ukiran, arca, patung, gua, dan struktur dari masa lalu. Ukiran batu adalah satu daripada bentuk kesenian dan kehebatan orang dahulu. Berikut ialah senarai 7 struktur purba yang luar biasa yang diukir daripada batu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kuil Kailasa, India

kuil kailasa

Kuil Kailasa adalah salah satu struktur monolitik terbesar di dunia yang diukir daripada satu batu. Ia adalah kuil darippada ukiran batu ke-16 dan yang terbesar daripada semua di Gua Ellora yang terbentang sejauh dua kilometer di Maharashtra, India.

Ia dibina oleh raja-raja Kannadiga dari Dinasti Rashtrakuta dari 756 hingga 773 CE. Ahli arkeologi menganggarkan bahawa membina kuil seperti ini sepatutnya mengambil masa kira-kira 100 tahun, tetapi pada hakikatnya, ia siap dalam masa 18 tahun sahaja. Jurutera hari ini mendapati mustahil untuk mencapai kejayaan ini menggunakan teknologi moden dalam tempoh yang singkat.

2. Lalibela, Ethiopia

lalibela

Lalibela ialah pusat keagamaan yang terkenal dengan gereja monolitik potongan batu bawah tanah yang diukir daripada batu granit. Terdapat 11 gereja yang dibahagikan kepada empat kumpulan di bandar Lalibela yang dibina pada abad ke-12 dan ke-13 oleh Dinasti Zagwe.

Setiap satu daripada 11 gereja mewakili pencapaian artistik yang unik antaranya sistem saliran, parit dan sebaganya. Nama bandar ini asalnya  adalah "Roha" dan ditukar kepada "Lalibela" apabila raja Dinasti Zagwe bernama "Lalibela" mengarahkan pembinaan gereja-gereja ini. Ia terletak di Daerah Lasta di Wilayah Amhara, Ethiopia.

3. Abu Simbel, Mesir

abu simbel

Abu Simbel ialah tapak dua kuil besar yang diukir dari batu di tebing barat Sungai Nil di Gabenor Aswan, Mesir. Patung setinggi 66 kaki itu dibina oleh Raja Firaun Ramses II untuk memperingati kemenangannya dalam pertempuran Kadesh. Terdapat dua patong, kedua-duanya mewakili raja sendiri dengan figura kecil di sekeliling kaki mereka menunjukkan anak-anak, permaisuri, dan ibunya.

Di sebelah utara kuil utama, terdapat satu lagi dengan patung raja dan permaisurinya Nefertari setinggi 35 kaki. Mereka pada asalnya diukir daripada batu pasir pada abad ke-13 dan hanya ditemui semula pada tahun 1913 oleh penyelidik Switzerland John Burckhardt.

4. Gua Longmen, China

longmen grottoes

Longmen Grottoes ialah koleksi mengagumkan berpuluh ribu patung Buddha Shakyamuni yang diukir  dari batu. Ini dianggap sebagai contoh terbesar dan terbaik seni Buddha Cina pada zaman Wei Utara dan dinasti Tang. Gua-gua tersebut terletak di kedua-dua belah sungai Yi, 12 kilometer dari Luoyang di Wilayah Henan, China.

2300 gua mengandungi 110,000 patung batu, 60 stupa, dan 2,800 inskripsi yang diukir pada prasasti. Kesemuanya diukir daripada tebing batu kapur dan terbentang hingga lebih satu kilometer. Kesemuanya telah diusahakan dari abad ke-5 hingga pertengahan abad ke-8.

5. Al-Khazneh, Jordan

al khazneh 748

Bandar Petra di Jordan mempunyai banyak kuil dan Al-Khazneh adalah kuil yang paling menonjol. Kebanyakan kuil, biara dan bangunan termasuk Al-Khazneh, diukir daripada muka batu pasir.

Struktur ini pada asalnya dipercayai telah dibina sebagai makam atau ruang pengebumian raja Nabatean Aretas IV pada abad ke-1 CE. "Al-khazneh" bermaksud "perbendaharaan" dalam bahasa Arab, dan hanya pada abad ke-19 ia mendapat nama itu apabila orang Badwi tempatan percaya bahawa ia mengandungi harta karun.

6. Gua Mogao, China

gua mogao

Gua Mogao ialah koleksi 500 kuil dan 2,000 arca bercat yang merupakan contoh seni bina potongan batu yang diukir dari tebing dengan konglomerat kerikil lembut. Tapak ini terkenal dengan patung dan lukisan dinding yang merakamkan seni Buddha selama 1,000 tahun.

Tempat ini telah berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1987 dan gua-gua ini mewakili pencapaian seni yang unik dan memberikan saksi kukuh kepada tamadun dinasti Cina purba, iaitu Dinasti Sui, Tang, dan Song, dan mereka membantu dalam mempengaruhi idea agama Buddha di Asia.

7. Sassi di Matera, Itali

sassi di matera

Sassi di Matera adalah kawasan tengah bandar Matera di mana penduduknya masih tinggal di rumah gua. Bandar Matera berada di Basilicata, Italy. Gua ini bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan yang selesa kepada orang ramai, tetapi orang ramai telah mengubah struktur ini menjadi butik, restoran, kelab jazz, spa, dan juga bangunan paling mewah.

Tempat ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 19 setelah penemuan biara abad ke-9 bernama "Crypt of Original Sin". Kawasan kejiranan ini agak sukar untuk dicapai yang menjadikannya sedikit eksklusif, tetapi ia sememangnya salah satu destinasi pelancongan terkenal. 

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Britannica Encyclopaedia
  3. Live Science
  4. UNESCO



Hakcipta iluminasi.com (2017)