Sejak wujudnya perang, manusia berlumba-lumba untuk membina senjata yang paling dahsyat dan merosakkan. Bermula dengan hanya membaling batu, manusia kemudiannya mencipta lastik.

Ia berubah kepada mengasah kayu menjadi lembing dan pisau. Akhirnya manusia berjaya mencipta serbuk letupan dan terus menemui kuasa yang dihasilkan oleh pemisahan atom.

bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia 2

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan pada hari ini, manusia telah mencipta senjata yang tersangat canggih dan menghancurkan, yang mana mampu membunuh manusia serta memusnahkan apa sahaja yang wujud di atas bumi, termasuklah bom.

iluminasi.com ingin kongsikan 7 jenis bom yang paling dahsyat dan menghancurkan di dunia.

7. Bom neutron

bom neutron bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

Walaupun kekuatan bom neutron mampu membunuh, namun ianya tidaklah menghasilkan tenaga yang sama dan kesan menghancurkan seperti bom hidrogen. Bom neutron terhad kepada letupan sekitar 10 megatron yang mana lebih daripada cukup untuk menghasilkan kesan yang memusnahkan.

Ia direka bentuk untuk memberi impak menghancurkan dan membunuh terhadap tentera-tentera musuh, sambil tidak menjejaskan kawasan sekitar seperti bangunan-bangunan dan sebagainya.

Ia berbeza dengan bom hidrogen yang bertujuan untuk membunuh maanusia dan menghancurkan landskap fizikal. 

6. MK-41

mk 41 bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

MK-41 adalah satu-satunya senjata termonuklear tahap 3 yang pernah dihasilkan oleh Amerika Syarikat. Ia berukuran 3.76 meter panjang dan 1.32 meter diameter, dengan berat mencecah 4,840 kilogram.

Bom ini direka untuk menghasilkan bebola api kira-kira 6.4 meter diameter dari lokasi letupan. Secara teorinya, ia mampu menghancurkan bangunan kongkrit bertetulang yang terletak lebih daripada 12 kilometer diameter lokasi letupan dan bangunan kediaman dalam jarak 38 kilometer.

Ia juga akan menyebabkan kebakaran tahap ke-3 terhadap sesiapa sahaja yang berada dalam jarak 50 kilometer. Bom ini mula digunakan pada tahun 1961 dan pengunaan terakhir adalah pada Julai 1976.

5. Napalm

napalm bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

Napalm adalah campuran agen gel dan petroleum yang melekat pada kulit dan menyebabkan kebakaran kulit yang parah kematian yang berapi-api. Napalm dibangunkan pada tahun 1942 dan digunakan dengan segera pada Perang Dunia Kedua.

Pada Mac 1945, tentera Amerika Syarikat telah melepaskan lebih daripada 300,000 kilogram napalm di Tokyo. Ia telah menyebabkan kebakaran besar-besaran setinggi 5.4 kilometer ke udara. 

napalm bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia 2

Semua bangunan yang terletak dalam jarak 39 kilometer persegi rosak teruk dan serangan napalm ini dilaporkan telah membunuh lebih daripada 100,000 nyawa. Amerika Syarikat kemudiannya menjatuhkan lagi 32,357 tan napalm di Korea dan 388,000 tan di Vietnam dalam tempoh 10 tahun.

Napalm terbukti menjadi salah satu di antara 10 senjata paling dahsyat di dunia.

4. Mother of All Bombs (MOAB) 

mother of all bombs bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia 2

Blast GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast diberi nama gelaran "Mother of All Bombs". Bom yang tersangat dahsyat tetapi bukan bom nuklear ini diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Amerika Syarikat.

Ia menghasilkan letupan yang setara dengan 11 tan TNT. Bom ini direka untuk diletupkan kira-kira 6 kaki dari permukaan tanah, dan bukannya meletup apabila berlaku sentuhan. 

Dengan ini, ia dapat memaksimakan kemusnahan dengan memaksa letupan tersebut untuk bergerak ke tepi. Ibu segala bom ini mempunyai berat 9,525 kilogram dan berukuran 9 meter panjang dengan diameter 1 meter.

Bom ini dipandu oleh satelit menjadikannya sebagai "bom pintar". Ketika dihasilkan, bom ini dianggap sebagai bom bukan nuklear yang paling kuat dan dahsyat pernah dihasilkan.

3. Father of All Bombs (FOAB) 

father of all bombs bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

Hanya Rusia sahaja yang dapat memberikan tentangan sengit kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Sebagai reaksi dan tindakbalas terhadap perkembangan Amerika Syarikat dalam Mother of All Bombs, Rusia telah menghasilkan Aviation Thermobaric Bomb of Increased Power atau dikenali sebagai "Father of All Bomb".

Sebelum ini, Mother of All Bombs dikenali sebagai senjata bukan nuklear yang paling kuat dan dahsyat di atas muka bumi, namun gelaran tersebut dirampas oleh bom ini.

Ia diperkenalkan dan diuji oleh tentera Rusia pada tahun 2007 dan mempunyai kekuatan letupan 44 tan TNT.

FOAB diletupkan diatas tanah untuk menghasilkan gelombang kejutan supersonik dan suhu yang tersangat tinggi.

2. Bom nuklear (bom atom)

bom nuklear bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

Tidak seperti senjata yang dinyatakan di atas, satu-satunya tujuan penghasilan bom nuklear adalah untuk menyebabkan kemusnahan dan kerosakan seteruk mungkin.

Hanya dengan sejumlah kecil uranium, bom nuklear dapat memusnah dan menghancurkan seluruh bandar. 

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kesan lain iaitu bandar yang dibom tersebut tidak dapat didiami untuk bertahun lamanya disebabkan radiasi yang terhasil daripada letupan tersebut.

Namun, senjata ini menggunakan pembelahan (proses pemisahan atom) yang mewujudkan batasan terhadap kehebatannya sebagai pemusnah mutlak.

1. Bom Hidrogen

bom tsar bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

Pasti ramai yang beranggapan bahawa bom atom adalah senjata paling dahsyat di dunia, kerana jarang mendengar akan nama bom hidrogen.

Tenaga yang dijana oleh gabungan hidrogen nuklear adalah penggerak utama di sebalik bom hidrogen. Penggabungan ini memerlukan suhu yang tersangat tingg untuk yang mana sebab bom hidrogen dikenali sebagai "termonuklear".

bom tsar bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia 2

bom hidrogen bom paling dahsyat dan memusnahkan di dunia

Pendek kata, terdapat rantaian tindak balas yang berlaku menghasilkan satu letupan yang tersangat dahsyat. Bom hidrogen yang paling besar pernah dihasilkan dalam sejarah adalah "Bom Tsar", dibina oleh Rusia.

Ia didakwa diletupkan di tapak ujian pada 30 Oktober 1961 dan dikatakan menghasilkan ledakan 50 megatan menjadikan Bom Tsar adalah senjata yang paling berbahaya dan dashyat di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)