Kebanyakan laman-laman media sangat gemar membenci dan memburukkan deep web, membuatkan orang ramai mempunyai tanggapan buruk terhadapnya.

Mereka melabelkannya sebagai "neraka bayangan digital" dibanjiri dengan watak-watak jahat yang menghabiskan masa mengedar dadah, berkongsi gambar haram, dan merekrut organisasi pengganas.

Apa yang dikatakan ini sememangnya benar, namun terdapat lebih banyak perkara yang berlaku di deep web selain daripada jenayah sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pertama sekali, kita perlu tahu perbezaan antara deep web dan juga dark web. Deep web adalah istilah kolektif untuk mana-mana laman web yang tidak dapat ditemui melalui enjin carian.

beza deep web dan dark web

Laman-laman ini mungkin menjadi hos kepada rekod kewangan yang selamat atau pangkalan data akademik.

Dark web atau web gelap pula merujuk kepada subseksyen sulit dalam deep web yang tidak dapat diakses menggunakan pelayar web tradisional.

Secara teori, sesiapa sahaja yang melayari deep web bebas dari pengawasan internet biasa. Dengan ini, ia telah menarik minat pengguna yang mahu diri mereka tidak dapat dikesan.

iluminasi.com kongsikan 7 kebaikan dan manfaat untuk melayari deep web

7. Facebook

layari facebook melalui deep web

Dalam zaman teknologi ini, Mark Zuckerberg boleh mendapatkan maklumat daripada hampir semua orang.

Sepanjang 15 tahun yang lalu, Facebook telah berkembang daripada program yang dikendalikan secara kecilan kepada gergas global yang diakses oleh berbilion pengguna setiap bulan.

Dan pada Oktober 2014, Facebook mengambil langkah memasuki deep web.

Pengguna yang ingin mengakses laman media sosial ini dengan selamat dan secara tanpa rahsia (anonymous) boleh melakukannya menggunakan pelayar Tor melalui facebookcorewwwi.onion.

Bagi yang tak tahu, Tor adalah perisian percuma dan terbuka untuk membolehkan komunikasi tanpa nama.

Pautan itu disulitkan dengan ketat untuk meningkatkan keselamatan.

Sebelum ini, sesiapa yang mengakses Facebook melalui Tor mungkin akan terkunci kerana perisian itu muncul seolah-olah akaun telah digodam.

Walaupun begitu, para pengguna harus sentiasa berhati-hati apabila memasukkan butiran peribadi secara dalam talian.

Nasihat ini adalah sangat benar tentang deep web, di mana phishing adalah bahaya yang sangat biasa berlaku.

Banyak laman web dihasilkan dengan rupa bentuk yang serupa dengan yang asli untuk menipu pengguna untuk memasukkan maklumat sensitif, yang kemudiannya dipindahkan dari web palsu itu kepada scammer.

Penipuan seperti ini jauh lebih bermasalah dalam deep web, di mana peraturan adalah lebih longgar daripada internet biasa.

6. Pengiklanan digital

pengiklanan digital melalui deep web

Deep web dilihatkan sebagai lombong emas bagi pengiklan dalam talian.

Laman sesawang "underground" ini memiliki lebih banyak jenis teknologi pintar dan berpandangan ke hadapan.

Para peruncit deep web sentiasa berusaha untuk mencipta cara-cara baru yang inovatif untuk menjalankan perniagaan mereka.

Atas sebab ini, ia telah menghasilkan pelbagai teknik pengiklanan canggih, satu industri yang sangat lumayan seperti iklan e-mel yang ditaja Gmail dan platform crowdfunding yang memenangi anugerah, seperti Thunderclap.

Semua idea-idea perintis ini bermula di deep web dan sejak itu ia berkembang ke dalam dunia siber yang lebih luas.

Malah, agensi-agensi kreatif seperti Big Spaceship menggunakan strategi untuk menjelajahi deep web dan merungkai trend terkini. 

5. Mengelak dari cyberstalker

mengelak dari penghendap siber melalui deep web

Disebabkan internet, kini para pengguna boleh menyalahgunakan atau mengganggu seseorang dengan lebih mudah.

Penghendap siber atau cyberstalker boleh mendengar perbualan telefon peribadi, menggodam akaun bank, malah mengesan lokasi fizikal mangsa hanya di hujung jari.

Namun, mangsa siber kini boleh mencari perlindungan daripada pemangsa mereka melalui deep web.

Andrew Lewman, salah seorang daripada pengasas bersama Projek Tor, telah melancarkan beberapa program pengawasan yang dibangunkan dengan kumpulan keganasan domestik.

Pelayar web tersembunyi (incognito) ini memberikan mangsa masa yang cukup untuk mencari bantuan dalam talian tanpa disedari oleh pemangsa mereka.

Biasanya, situasi yang paling berbahaya bagi mangsa adalah ketika mereka mula mencari bantuan.

Dan cyberstalker akan menjadk sangat marah apabila sedar mereka kehilangan kawalan ke atas mangsa, sekaligus meningkatkan risiko keganasan atau kes bunuh.

Lokasi tak diketahui yang disediakan oleh deep web ini sangat penting dalam usaha memerangi penyalahgunaan siber.

4. Menyunting Wikipedia

bassel khartabil

(Bassel Khartabil)

Menghasilkan kandungan untuk Wikipedia jauh lebih berbahaya daripada anda yang apa yang anda fikirkan. 

Bassel Khartabil, seorang penyunting ensiklopedia dalam talian, dikatakan telah dihukum bunuh oleh kerajaan Syria pada tahun 2015.

Juga, terdapat akaun-akaun di Twitter yang mengumumkan kepada orang awam setiap kali pegawai dari kerajaan Amerika Syarikat melakukan suntingan Wikipedia.

Pada tahun 2017, Turki memutuskan untuk menyekat Wikipedia sepenuhnya disebabkan perselisihan faham tentang artikel mengenai pelaburan mereka dalam pertubuhan-pertubuhan pengganas.

Selain itu, terdapat sejumlah artikel kontroversi dalam laman sesawang ini, seperti tentang keganasan atau penyeludupan dadah, yang mana para penyunting sangat takut untuk menyumbang sekiranya identiti mereka terdedah.

Ramai penyunting telah berhenti daripada menulis untuk Wikipedia kerana bimbang kesan yang boleh menjejaskan reputasi profesional mereka.

Untuk melindungi kedua-dua pengguna dan penyumbang, para pakar melakukan eksperimen dengan idea Wikipedia dark web.

Pada tahun 2017, seorang developer Alec Muffett mencipta laman Wikipedia versi sementara yang hanya boleh diakses melalui Tor.

Dikatakan bahawa mewujudkan ensiklopedia dalam rangkaian anonymous itu akan menjadikannya lebih mudah untuk diakses oleh orang yang berada di bawah penapisan media, sambil menangani isu keselamatan para penyunting. 

3. Penentang politik

menentang politik melalui deep web 921

Deep web juga tidak terlepas daripada digunakan sebagai alat politik. 

Sebenarnya, kerajaan AS membiayai sebahagian daripada pembangunan pelayar Tor untuk menyediakan akses terbuka ke Internet di peringkat antarabangsa.

Namun begitu, melihatkan bagaimana dark web telah menjadi tempat pembiakan penyeludupan senjata dan aktiviti jenayah, boleh dikatakan bahawa projek itu telah memakan diri sendiri.

Semasa pergolakan politik, deep web menjadi sangat penting untuk menentang penapisan dalam talian dan penindasan oleh negara.

Dalam revolusi Mesir tahun 2011, pasukan pemberontak mengambil alih komunikasi Tor selepas Presiden Hosni Mubarak cuba untuk menghasut pemadaman media sosial.

Rangkaian anonymous ini memainkan peranan penting dalam pemberontakan itu, dengan membenarkan penunjuk perasaan menyusun rancangan tindakan dan mendedahkan pelanggaran undang-undang oleh rejim Mubarak ke dunia yang lebih luas.

Selepas Mubarak digulingkan, Yayasan Perisian Bebas menganugerahkan Tor dengan Anugerah Projek-Projek Manfaat Sosial.

Yayasan itu memuji bahawa rangkaian ini "memberi manfaat kepada masyarakat dengan ketara ." 

2. Mendedahkan penjenayah dan pendera

mendedahkan penjenayah melalui deep web

Dark web yang kononnya "rahsia" ini sebenarnya tidaklah begitu rahsia seperti yang dipercayai oleh para penggunanya.

Pakar penggodam dan pakar teknologi sedang merungkai dan mendedahkan watak-watak jahat yang bersembunyi di dark web yang sangat "dalam".

Laman web yang berkongsikan kandungan kesat telah diburu dan disekat dengan sangat pantas. Dengan ini, semakin ramai penjenayah dark web yang dipenjarakan kerana jenayah mereka.

Secara tipikal, untuk mendedahkan hos laman web yang kesat, penggodam akan cuba mencari alamat IP pelayan mereka. Alamat IP adalah rentetan nombor yang unik di mana peranti yang disambungkan ke Internet boleh dikenalpasti.

Untuk rangkaian internet biasa, alamat IP mudah dikesan, tetapi pengguna dark web menggunakan pelbagai teknik untuk memastikan alamat mereka tetap tersembunyi.

Cabarannya adalah untuk mencari dan mengeksploitasi kelemahan dalam teknik-teknik ini, untuk menembus masuk ke dalam perisai mereka.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, para penggodam telah berjaya menumpaskan beberapa laman web berprofil tinggi.

Pada tahun 2015, pakar keselamatan IT telah mendedahkan senarai seramai 95,000 orang dari seluruh dunia yang telah memuat turun video dan gambar-gambar penderaan seksual kanak-kanak.

2 tahun kemudian, sebuah kumpulan penggodam dari Norway menjadi tajuk utama akhbar selepas mendedahkan bahawa forum penderaan kanak-kanak yang dikenali sebagai "Childs Play", sebenarnya dikendalikan olek polis Australia.

1. Wartawan dan pembuka rahsia

wartawan dan pembuka rahsia menggunakan deep web

Kebebasan bersuara telah menjadi isu yang sangat kontroversi bagi sesiapa yang menerbitkan apa-apa secara online.

Laman web dan wartawan yang melaporkan topik-topik sensitif atau kontroversi berhadapan dengan ancaman yang serius.

Serangan terhadap sifat berkecuali dalam talian ini telah memberikan keupayaan kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk menghalang mana-mana cawangan berita yang mungkin tidak setuju dengan analisis atau memberi impak kepada pemegang saham mereka.

Pada tahun 2018, penulis Washington Post, Jamal Khashoggi yang merupakan penentang tegar kerajaan Saudi, diseksa sehingga mati disebabkan pandangannya yang lantang.

Bagi wartawan yang berusaha menyebarkan kebenaran, terutama yang melaporkan mengenai rasuah dalam kerajaan dan perniagaan, dark web dapat memberikan perlindungan tanpa mendedahkan identiti sebenar mereka.

Para penulis bebas untuk menerbitkan maklumat yang mana sebelum ini sukar untuk dilakukan dan kali ini, tanpa rasa takut diri identiti diketahui.

Dengan adanya deep web, kewartawanan boleh diadili berdasarkan kandungan dan merit sahaja, dan bukannya sesiapa yang menyokong pihak berkuasa.

Persoalannya ialah, adakah maklumat yang disebarkan di web ini boleh dipercayai? Berita-berita dengan sumber tanpa nama membuatkan ia sangat sukar untuk disahkan sama ada benar atau tidak.

Adakah anda mempercayai wartawan tanpa nama untuk melaporkan dengan jujur? Wallahualam.

Rujukan:

1. Vice

2. Mashable

3. Dark Web News




Hakcipta iluminasi.com (2017)