Oleh pada 08 Jul 2018 kategori

Wajah Adolf Hitler adalah antara wajah yang paling popular di dunia. Ia disebabkan oleh trademark dimiliki Hitler iaitu misai "kontot" nya. Selain daripada misainya yang popular, kematian Hitler juga menjadi perbualan hangat di seluruh dunia.

Tak banyak yang diketahui mengenai detik-detik terakhir rejim Nazi apatah lagi mengenai kehilangan atau kematian Hitler.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Selain daripada teori yang sangat merapu yang mengatakan bahawa Hitler melarikan diri ke bulan, mengklon diri sendiri dan juga menghubungi makhluk asing lalu pergi ke angkasa lepas, iluminasi.com ingin kongsikan 6 teori mengenai detik terakhir dan kematian Adolf Hitler yang sangat pelik dan menarik.

6. Adolf Hitler masuk ke "dalam" Bumi

hitler masuk ke dalam bumi 6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Berdasarkan fakta bahawa Hitler berada di dalam Bunker Berlin nya ketika pengeboman terakhir oleh tentera Allied, hanya ada satu sahaja jalan keluar untuk pemimpin Nazi ini, iaitu jalan bawah tanah!

Hitler telah merancang jalan keluar untuk melarikan diri sekiranya dia mengalami kekalahan. Baginya, menyerah diri bukanlah satu pilihan, begitu juga dengan membunuh diri. Sebaliknya, dia menggunakan jalan terowong bawah tanah untuk menuju ke landasan kapal terbang terpencil, menaiki pesawat dan terbang ke Kutus Selatan.

Dari situ, Hitler memasuki ke dalam Bumi melalui masuk Kutub Selatan. Asal-usul cerita ini bermula daripada kenyataan bahawa beberapa penasihat teratas Hitler, atau mungkin juga Hitler sendiri, percaya bahawa Bumi itu kosong.

Terdapat juga ekspedisi oleh Nazi untuk mengeksploitasikan kepercayaan itu untuk mendapatkan kelebihan strategik sepanjang perang. Beberapa penyokong teori "Bumi kosong" bersetuju dengan kisah ini.

5. Adolf Hitler melarikan diri ke Argentina

hitler melarikan diri ke argentina 6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Didorong oleh hakikat bahawa beberapa individu berpangkat tinggi Nazi telah melarikan diri ke Argentina, termasuk Adolf Eichmann dan Josef Mengele, teori ini memberitahu kita bahawa Hitler telah menaiki Bot-U U-977 dan bersama dengan Bot-U U-530, berlepas dari Norway ke Argentina Selatan yang mengambil masa 2 bulan setengah.

Laporan mengenai penampakan Hitler dan isterinya Eva Braun di Argetina telah mendapat liputan muka hadapan akhbar di seluruh dunia, menyebabkan berlakunya siasatan menyeluruh oleh Amerika Syarikat yang membawa kepada laporan 700 muka surat yang tidak berkesimpulan.

Sesetengah pihak percaya teori ini adalah yang paling benar dan Hitler bersama-sama isterinya, hidup bahagia di bahagian tersembunyi di Hacienda di Argentina.

4. Adolf Hitler melarikan diri ke Antartika

hitler melarikan diri ke antartika 6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Ini adalaah antara salah satu teori yang paling menarik dan lengkap. Dikatakan bahawa Nazi telah membina pangkalan rahsia di Kutub Selatan seawal tahun 1930-an. Laksamana Besar Tentera Laut Jerman, Karl Donitz menyatakan pada tahun 1943:

"Armada kapal selam Jerman bangga kerana telah membina sebuah kubu yang tidak dapat dikalahkan untuk Nazi Jerman, di bahagian dunia yang lain di tanah Shangri-La".

Kenyataan ini menunjukkan bahawa Adolf Hitler telah diseludup keluar daripada Jerman dan ditempatkan di sebuah pangkalan bunker rahsia di Antartika yang akhirnya dimusnahkan oleh Britain pada tahun 1950-an.

3. Adolf Hitler berada di San Diego

hitler berada di san diego 6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Petikan kata-kata Sun-Tzu (Jeneral Cina):  “Keep your friends close and your enemies even closer” sangat bersesuaian dengan teori ini. Tidak untuk menghilangkan diri secara senyap, sebaliknya teori ini membawa kepada anggapan bahawa rejim Nazi dan Adolf Hitler memilih untuk membina pangkalan di San Diego, California, di Amerika Syarikat.

Pangkalan itu dikatakan berada di dalam beberapa buah bangunan yang bersambung di antara satu sama lain yang membentuk lambang swastika Nazi. Gambar yang disertakan bagi teori ini adalah bangunan Seal's Lair, yang mana bangunan yang dinyatakan.

Struktur ini dibina oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, yang agak pelik kerana berbentuk simbol Nazi, yang mana mereka menyatakan bahawa ia akan dibina semula. 

2. Adolf Hitler berada di Sepanyol

hitler melarikan diri ke sepanyol 6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Teori ini dilaporkan dalam buku "Hitler's Escape" yang ditulis oleh Ron T.Hansig. Buku ini menceritakan bahawa Hitler telah melarikan diri ke Sepanyol pada April 1945. Menurut Ron, diktator Rusia, Joseph Stalin yakin bahawa Hitler berjaya melarikan diri.

Ron menyatakan sebab kepada teorinya ini dan antara yang paling kuat adalah berdasarkan kepercayaan bahawa mayat yang dijumpai di bunker pada hari kematian tersebut bukanlah mayat Hitler tetapi seseorang yang kelihatan seperti Hitler.

Selain itu, Ron menyatakan bahawa tiada jejak mayat Eva Braun di mana-mana, sekaligus menangkis dakwaan pasangan ini telah membunuh diri.

1. Adolf Hitler membunuh diri

hitler membunuh diri 6 teori tentang kematian adolf hitler yang sangat pelik dan menarik

Di antara senarai-senarai dalam artikel ini, ini adalah satu-satunya bukan teori konspirasi sebaliknya fakta sejarah mengenai kematian Hitler. Menurut laporan, Hitler membunuh diri di salah satu daripada bunkernya, dengan memakan kapsul sianida dan menembak dirinya sendiri, bersama-sama isterinya, Eva Braun yang baru sahaja dikahwini.

Hitler dikatakan membunuh diri kerana mengelak daripada ditangkap oleh tentera Allied selepas mendapat berita pemimpin Kingdom of Italy, Benito Mussolini telah dibunuh oleh pihak musuh.

Kesetiaan Eva Braun dianggap sebagai tersangat romantik yang sanggup mati bersama-sama, namun apa yang berlaku selepas itu tidak begitu menyenangkan. Selepas mengetahui berita kematian Hitler, kakitangannya serta-merta menghisap rokok milik Hitler.

Mayat Hitler dibakar di sebuah taman, namun setelah melihatkan mayat Hitler tidak terbakar sepenuhnya, mereka memutuskan untuk menanam Hitler di dalam kawaah bom, kerana tergesa-gesa untuk beredar daripada kawasan itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)