Setiap bahasa atau negara mempunyai perkataan-perkataan tertentu yang agak unik bagi menggambarkan sesuatu.
Namun, sesuatu perkataan itu mungkin tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa lain kerana ia hanya tertakluk kepada bahasa dan konteks tertentu sahaja.
iluminasi.com kongsikan 7 perkataan unik yang tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu.
1. Qualunquismo
BESARKAN TEKS A- A+
Adakah anda salah seorang dari mereka yang langsung tidak peduli tentang politik dan isu-isu dalam masyarakat?
Jika ya, perkataan ini terpakai untuk anda. Istilah ini berasal dari sebuah parti politik di Itali pada tahun 1944, yang telah mempromosikan perasaan anti-politik dan ketidakpercayaan terhadap organisasi awam.
Parti itu dipanggil sebagai Fronte dell'Uomo Qualunque atau "barisan hadapan bagi orang biasa".
Ini agak sesuai memandangkan terlalu ramai orang yang berasa seperti ini tentang politik, dibuktikan oleh jumlah orang keluar mengundi yang sedikit pada hari pilihan raya.
2. Bakku-shan
Bakku-shan adalah perkataan Jepun untuk seorang gadis yang kelihatan cantik dari bahagian belakang, tetapi hodoh dari bahagian hadapan. Ini biasanya merujuk kepada punggung gadis tersebut.
Tidak diketahui sama ada terdapat perkataan berlawanan untuk perkataan ini.
Ini boleh juga digunakan untuk seorang gadis yang kelihatan menarik dari bahagian belakang, tetapi apabila dilihat dari hadapan, dia adalah seorang lelaki!
3. Tingo
Ini adalah satu perkataan yang mana penulis harap tiada seorang pun daripada kita yang perlu menggunakannya.
Berasal dari Pulau Easter dan ia membawa maksud seseorang yang meminjam sesuatu dari rumah rakannya satu persatu sehinggalah tiada apa lagi yang tinggal.
Mungkin perkataan ini boleh diterjemahkan secara kiasan dalam bahasa Melayu, sebagai pencuri dengan izin. Namun begitu, ia tidak begitu tepat kerana pencuri bukanlah seorang kawan.
Mungkin ini adalah satu masalah yang biasa di Pulau Easter.
4. Zalatwic
Zalatwic adalah istilah berasa dari Poland yang mana dalam satu aspek mempunyai istilah yang serupa dalam bahasa Melayu iaitu melakukan kerja dengan balasan wang tunai.
Zalatwic adalah penggunaan kawan, rasuah, daya tarikan peribadi atau hubungan untuk melaksanakan atau mendapatkan sesuatu.
Ini amat berguna pada zaman komunisme dan juga zaman sekarang, kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan melalui tipu daya dan bukannya dengan cara rasmi yang sah.
5. Ilunga
Ilunga adalah perkataan orang Bantu, dan pada tahun 2004, ia diisytiharkan sebagai perkataan yang paling sukar untuk diterjemahkan di dunia.
Orang Bantu adalah mereka yang menggunakan bahasa Ntu, yang terdiri daripada beberapa ratus kumpulan etnik pribumi di sub-Sahara Afrika, tertumpu di kawasan yang luas dari Afrika Tengah melintasi Tasik Besar Afrika ke Afrika Selatan.
Ilunga bermaksud seseorang yang sanggup memaafkan salah laku terhadapnya buat kali pertama, bertolak ansur untuk kali kedua tetapi tidak untuk kali ketiga.
Mungkin anda pernah mengenali seseorang yang bersifat Ilunga dalam kehidupan anda, kan?
6. Biritululo
Ini mungkin antara yang paling aneh dalam senarai ini. Apa yang anda lakukan jika anda sedang berhadapan dengan pertikaian? Sudah tentu perkara yang paling wajar dilakukan adalah berbincang dengan cara yang baik, kan?
Jika masih buntu untuk mencari penyelesaian, anda mungkin akan membawa hal tersebut ke mahkamah.
Namun pendekatan yang berbeza diambil di New Guinea jika berlaku pertikaian, di mana mereka bergantung kepada biritululo.
Biritululo adalah perbuatan membandingkan ubi keladi untuk menyelesaikan penyelesaian. Namun, tak dapat dipastikan sama ada ia melibatkan perbandingan antara ubi keladi secara sebenar atau ia merupakan kiasan bagi "zakar".
7. Kyoikumama
Ramai yang biasa dengan stereotaip tentang golongan ibu di Jepun yang memaksa anak-anak mereka dengan keterlaluan apabila ia melibatkan kerja sekolah.
Dan perkataan yang mewakili situasi ini adalah kyoikumama, yang secara harfiahsnya bermaksud "ibu pendidikan".
Kyoikumama boleh dilihat dalam banyak filem dan kesusasteraan Jepun. Walaupun banyak negara Asia yang mempunyai golongan ibu bapa seperti ini, namun tiada perkataan yang membawa maksud ini selain daripada perkataan ini.
Rujukan: