Sedar atau tidak, tidur merupakan salah satu nikmat yang paling wajar disyukuri setiap hari. Selepas penat bekerja seharian, kita dapat merehatkan fizikal dan minda kita supaya dapat kembali cergas apabila bangun keesokan harinya.
Namun, tidak semua manusia dapat menikmati masa tidur dengan sepenuhnya. Ada manusia yang mengalami insomnia iaitu kesukaran untuk tidur atau terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk tidur.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, terdapat juga 1% daripada populasi manusia yang mengalami pengalaman pelik kerana mereka sering mengalami "sleepwalking", iaitu apabila secara tanpa sedarnya badan mereka "terjaga" dan melakukan perkara seperti berjalan walaupun ketika itu mereka sebenarnya sedang tidur.
Walaupun sleepwalking sering dikaitkan dengan berjalan tanpa sedar ketika tidur, sebenarnya terdapat beberapa lagi perkara yang boleh dilakukan oleh mereka ini. Ya, tanpa sedar mereka sedang melakukannya kerana ketika itu otak mereka sebenarnya sedang berehat. Berikut merupakan 7 daripadanya.
1. Melakukan seks
Sexsomnia adalah suatu keadaan yang menyebabkan orang melakukan aktiviti seks semasa tidur mereka. Tanpa menyedarinya, pelaku dapat melakukan hubungan seks sendirian atau dengan pasangan dan tidak akan mengingatnya ketika bangun tidur. Kedua-dua lelaki dan wanita mengalami keadaan ini, walaupun lebih banyak terjadi pada lelaki.
Sexsomnia boleh menjadi keadaan yang sangat berbahaya, baik bagi penghidap dan orang di sekitarnya kerana pelaku dan pasangan/mangsa tidak membuat persetujuan bersama untuk melakukannya. Pada tahun 2007, juri telah melepaskan seorang mekanik pesawat Tentera Udara Diraja dari tuduhan merogool setelah mendengar bahawa dia menderita seksomnia.
Dalam kes tersebut, lelaki tersebut telah naik atas katil sambil bertelanjang di atas gadis yang tidak sedarkan diri selepas mabuk. Juri menerima alasan bahawa dia berada dalam keadaan sexsomnia ketika dia melakukannya.
2. Membunuh
Pada tahun 2009, Brian Thomas dari Wales dibebaskan dari kes pembunuhan isterinya setelah dia mencekiknya ketika sedang tidur. Brian Thomas telah menderita perasaan ketakutan waktu malam selama 50 tahun dan biasanya tidur di bilik yng berasingan dari isterinya. Namun, ketika kejadian mereka pergi bercuti dan berkongsi tempat tidur dalamm camper van mereka.
Thomas biasanya mengambil tablet untuk penyakit kemurungannya untuk mengurangkan gejala, tetapi berhenti mengambilnya semasa dalam percutian itu kerana ubat ituu akan mengurangkan keinginan seksnya.
Tidak lama setelah mereka tertidur, Brian Thomas mengalami mimpi buruk bahawa sekumpulan pemuda telah masuk ke dalam vannya dan dia bermimpi bahaw dia mempertahankan isterinya dari serangan mereka. Maalangnya, dia sebenarnya mencekiknya. Setelah tersedar, dia membuat panggilan kecemasan beberapa saat kemudian mengatakan bahawa dia telah mencekik isterinya dalam tidurnya.
3. Merompak
Pada tahun 2007, seorang wanita tertidur di depan TV. Kemudian dia memakai sarung tangan dapur getah merah jambu dan membalut kepalanya dengan seluar ketat (tight). Dia berjalan selama sepuluh minit ke kedai serbaneka berdekatan, kemudian mengeluarkan pisau dapur dan menjerit kepada pemilik kedai untuk menyerahkan wangnya.
Dia hanya tersedar ketika dia diberkas ke lantai kedai oleh dua pegawai polis ketika mereka melucutkan senjata. Wanita itu tidak ingat apa yang berlaku, tetapi pakar perubatan percaya bahawa perbuatannya tanpa sedar ini adalah disebabkan oleh epilepsi.
Walaupun pemilik kedai mengalami luka pergelangan tangan yang teruk dalam serangan itu, namun kecederaannya tidak mengancam nyawa. Pemilik kedai itu mengatakan waita itu berlumuran darah namun tidak mengatakan apa-apa. Kemudian ketika polis tiba, dia tiba-tiba kelihatan baru tersedar.
4. Makan
Individu dengan gangguan makan yang berkaitan dengan tidur atau SRED (sleep-related eating disorder) biasanya tidaklah mempunyai masalah pemakanan ketika mereka sedar. Walau bagaimanapun, ketika tidur mereka akan melahap makanan yang biasanya mereka tidak akan makan ketika sedar, biasanya makanan yang tidak berkhasiat.
Adalah biasa bagi penderita SRED untuk mengambil makanan dengan kandungan gula yang tinggi, memakan semuanya dengan cepat sebelum kembali tidur. Bukan sahaja mereka makan, tetapi penderita juga sering memasak, yang boleh menyebabkan kecederaan dan luka sekiranya terkena pisau.
SRED boleh memberi kesan serius kepada kesihatan. Satu akibat yang jelas adalah kenaikan berat badan. Terdapat penderita SRED cuba mengurangkan perkara ini dengan membuang makanan tidak berkhasiat daripada rumah, namun apa yang terjadi mereka mula mengambil benda-benda yang merbahaya seperti makan biji kopi, kertas dan meminum cecair berbahaya seperti cecair peluntur.
5. Cakap seorang diri
Somniloquy atau bahasa mudahnya, mengigau merupakan perkara yang mungkin sudah menjadi kebiasan di Malaysia. Malah, kita mungkin mempunyai kenalan atau ahli keluarga sendiri yang kerap mengigau dalam tidur.
Walaupun somniloquy tidak mungkin menyebabkan bahaya yang serius, ia sering kali memalukan bagi penderita. Perkara ini oleh terjadi akibat kekurangan tidur, tekanan, dan penggunaan ubat-ubatan dan alkohol.
Para penyelidik telah menemui bahawa banyak kata-kata yang keluar daripada mulut individu seperti ini adalah terdiri dari perkataa-perkataan negatif, seperti "tidak" dan kurang kata-kata carutan. Tidak seperti yang sering dipertontonkan di televisyen, biasanya kata-kata yang keluar daripada mulut mereka adalah secara rawak, bukannya tentang sesuatu rahsia yang disembunyikan.
6. Berbogel
Kejadian ini dipercayai sudah banyak kali terjadi sehinggakan sebuah rangkaian hotel terkemuka telah melatih para pekerjanya tentang bagaimana menangani pejalan kaki telanjang yang berjalan-jalan di koridornya tanpa mereka sedar.
Masalah ini nampaknya hanya terjadi kepada lelaki. Dipercayai tekanan perasaan mungkin meningkatkan kemungkinan terjadinya kejadian seperti ini dan pengambilan alkohol atau persekitaran yang tidak dikenali dapat menimbulkan kekeliruan kepada indivdu tersebut.
Pelaku mungkin percaya bahawa mereka berada di rumah atau bahawa mereka telah melangkah ke bilik mandi atau bahkan ke balkoni peribadi, sedangkan pada realitinya, mereka sedar berjalan ke luar bilik tidur mereka menuju ke tempat tumpuan ramai.
7. Memandu
Benar, bukan sahaja berjalan tetapi seorang sleepwalker juga pernah dilaporkan memandu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pada tahun 2013, seorang rakan kepada Becky Mason datang ke tempat tinggalnya dan minum beberapa gelas wine sebelum tidur.
Setelah itu, dia tiba-tiba terjaga dan memandu sejauh 8 kilometer ke pejabatnya dengan baju tidurnya sebelum diberitahu oleh pengawal keselamatan yang bingung bahawa ia adalah Sabtu malam dan dia tidak bekerja sehingga pagi Isnin.
Wanita itu masuk ke dalam keretanya untuk memandu pulang dan tidak lama kemudian melanggar tiang lampu. Selepas kejadian ini, wanita itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyerahkan knci kereta kepada rakan serumahnya untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang.
Kredit: