Oleh pada 23 Feb 2018 kategori

pasar di london

London dianggap sebagai ibukota dunia yang menjadi destinasi pelancong seramai 19.1 juta pada tahun 2017. Terdapat pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi di sini, termasuklah pusat membeli belah yang menawarkan barangan yang sukar didapati di tempat lain.

Disebalik kedai-kedai barangan mewah, London juga dipenuhi dengan pasar-pasar tempatan yang menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjungnya. Amat rugi jika anda tidak meluangkan masa meneroka pasar-pasar di London.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 7 pasar yang wajib anda kunjungi di London

1. Portobello Road Market

pasar portobello road 4

Kawasan ini dipenuhi dengan gerai-gerai pasar, namun pada hari Jumaat dan Sabtu ia sangat sesak dengan orang tempatan dan juga pengunjung dari seluruh dunia. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara, tengah dan selatan.

Di bahagian utara Portobello Road, anda boleh melihat pelbagai jenis pakaian vintaj dan barangan koleksi, di bahagian selatan Portobello Road pula menawarkan barangan antik.

pasar portobello road 3

pasar portobello road

pasar portobello road 2

Dan di bahagian tengah pelbagai jenis makanan, fesyen dan aksesori boleh ditemui. Ia sangat menarik untuk dikunjungi namun terdapat lorong yang agak kecil, jika anda tidak sukakan kesesakan, lebih baik elakkan datang ke sini.

2. Spitalfields

pasar spitalfields

Pada mulanya, pasar ini hanya dibuka pada setiap hari Ahad sahaja. Namun, pasar tertua di London ini kini dibuka 7 hari seminggu dan menjadi tumpuan pengunjung kerana lengkap dengan pelbagai restoran.

Di Crispin Place (bahagian pasar ini) ini menawarkan pelbagai jenis fesyen dan hiasan dalaman, hasil seni dan juga makanan. Hampir 110 buah gerai dibuka di sini dengan pelbagai jualan termasuklah muzik, mainan kanak-kanak, barang kemas dan banyak lagi.

pasar spitalfields 5

pasar spitalfields 3

oldspitalfields market

Namun pasar terbesar di Spitalfields adalah Old Spitalfields, yang mana barangan rumah, fesyen, makanan organik, beg kulit, perabot, roti segar dan makanan jalanan dijual di sini.Pada hujung minggu pula, terdapat Pasar Seni Spitalfields.

3. Alfie Antique Market

pasar antik alfie

Orang ramai datang daripada jauh ke Pasar Antik Alfie yang terletak di Marylebone, kerana tarikan pasar ini yang terdapat kira-kira 100 peniaga barang antik yang menawarkan barangan seperti perabot dan seni, fesyen vintaj dan juga barang kemas serta perhiasan lama.

pasar antik alfie 3

pasar antik alfie 4

Kebanyakan barang-barang ini berasal dari abad ke-20. Pasar ini telah lama dibuka di London iaitu sejak tahun 1970-an dan merupakan arked barangan antik terbesar di United Kingdom. Bagi pencinta barangan antik, ia anda wajib melawati pasar ini. Pasti anda tak akan menyesal.

4. Camden

pasar camden 3

Di Camden pula, ia mempunyai pasar-pasar yang terdiri daripada pelbagai jenis jualan. Pasar Camden menawarkan pelbagai jenis jualanpakaian, beg dan barang kemas. Camden Lock Market pula menawarkan barangan kraf dan Camden Stables Market terkenal dengan perabot, pakaian dan juga gerai makanan.

Ia juga menjadi tempat persinggahan mereka yang sukakan makanan. Terdapat pelbagai jenis gerai makanan daripada negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Carribean dan banyak lagi.

pasar camden 5

pasar camden 4

pasar camden 2

Terdapat berpuluh-puluh gerai pakaian yang menawarkan harga yang menarik. Anda juga boleh tawar-menawar di sini. Jika anda ingin membeli buah-buahan segar, ia dijual di Iverness Street Market yang dikelilingi dengan bar dan cafe yang buka hingga lewat malam.

5. Borough Market

pasar borough london

Terletak di Southwark, Pasar Borough merupakan pasar makanan paling tua di London iaitu hampir 1,000 tahun. Ia dikatakan syurga makanan dan dipenuhi dengan gerai-gerai yang menawarkan pelbagai jenis juadah. 

pasar borough london 2

pasar borough london 3

Kebanyakan daripada peniaga di sini adalah pengeluar sebenar produk yang dijual, jadi mereka tahu segalanya, manakala peniaga lain telah mencari produk yang terbaik bagi memenuhi permintaan pengunjung. Pasar Borough adalah pasar yang sangat sibuk dan menjadi kemestian bagi pencinta makanan.

Pasar ini ditutup seketika tahun 2017 namun kini dibuka semula.

6. Columbia Road Flower Market

columbia road flower market

Setiap hari ahad, jalan di Timur London ini menarik beratus-ratus pengunjung yang mengagumi pertunjukkan bunga-bungaan dan dedaun. Kebanyakan peniaga di pasar ini menanam sendiri tumbuhan, atau mengimport bunga-bunga dari seluruh dunia.

columbia road flower market 2

columbia road flower market 3

Terdapat lebih 60 peniaga lain yang menjual pelbagai barangan, daripada makanan seperti kek sehinggalah pakaian vintaj. Bagi sesiapa yang suka melepak sambil minum kopi di hujung minggu dan memuatnaik gambar ke Instagram, ini tempat yang paling sesuai untuk anda.

7. Covent Garden

covent garden market

Disebabkan terdapat banyak kedai barangan berjenama di sekitar kawasan ini, ia membuatkan ramai yang terlupa bahawa Covent Garden merupakan sebuah pasar. Pasar ini masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan 3 bahagian untuk diterokai. 

Pasar antik dibuka pada hari Isnin di Jubilee Market Hall. Dari hari Selasa hingga Jumaat pula gerai-gerai menjual barangan rumah, pakaian, makanan dan cenderahati. Manakala paa hujung minggu pula terdapat lebih 200 tukang-tukang menjual pelbagai barangan daripada lilin sehinggalah ke kaligrafi.

apple market di covent garden 850

covent garden 2

Di Apple Market pula menawarkan kraftangan dan di East Collonnade pula menjual peralatan rumah, fesyen, barang kemas dan aksesori.




Hakcipta iluminasi.com (2017)