Secara umumnya, Malaysia mempunyai iklim yang panas kerana kedudukan tepat di garisan Khatulistiwa. Sekali sekala, penulis turut berasa ingin melancong ke negara beriklim sejuk seperti negara-negara Eropah, Jepun dan Korea.
Namun, disebabkan poket yang tidak berapa tebal, penulis terpaksa melupakan hasrat tersebut. Sekiranya situasi anda sama dengan penulis, jangan risau, terdapat beberapa destinasi perlancongan di Indonesia dengan penghawa dingin semulajadi sepanjang tahun yang boleh kita lawati.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi 7 destinasi pelancongan dingin yang menarik di Indonesia yang wajib dilawati.
7. Kampung Sampireun, Garut.
Jika anda di Jakarta, tetapi tidak selesa dengan dengan orang ramai di Puncak atau Lembang, bolehlah ke arah selatan dari Garut. Kampung Sampireun terletak kira-kira 70 kilometer dari Bandung, dan disediakan kemudahan penginapan yang mesra alam dengan kedinginan dan kesegaran serta pemandangan yang indah.
Kredit gambar: @merdekawati90 di Instagram.
Antara keajaiban di Garut yang wajib diterokai adalah Gunung Papandayan, yang dikenali di kalangan pendaki sebagai 'gunung untuk beginners'. Tumbuhan di sekitar gunung telah terbakar akibat aliran lava daripada letusan gunung berapi sebelumnya.
Kebanyakan pendaki yang turun dari gunung ini gemar mengambil gambar pemandangan eksotik serta misteri Hutan Mati yang menjadi sebahagian gunung ini.
Kredit gambar: @siska_kusmayanti di Instagram.
Kredit gambar: @iwansetiaonebudhi di Instagram.
Garut juga mempunyai banyak sungai dan air terjun dengan kecantikan yang mengujakan. Leuwi Jurig adalah air terjun dengan aliran antara tebing tinggi. Lihatlah betapa cantiknya aliran air terjun tersebut.
6. Kota Seribu Bunga Tomohon, Sulawesi Utara.
Dengan purata suhu antara 18 hingga 20 darjah Celcius, rasanya seperti musim bunga sepanjang tahun. Kota Seribu terletak di tengah-tengah Gunung Lokon dan Gunung Mahawu, membuatkannya menjadi lokasi kegemaran di Sulawesi Utara.
Kredit gambar: @st_donca di Instagram.
Kredit gambar: @aaddewi di Instagram.
Yang menariknya, terdapat sebuah tasik yang mempunyai 3 warna di sini, dikenali sebagai Tasik Linow. Bergantung kepada masa dalam satu hari, anda boleh melihat 3 warna tasik sama ada biru gelap, hijau toska mahupun kuning keperangan. Siapa sangka masa seharian mempunyai kesan pada air tasik yang fosforik, yang menjadi penyebab berlakunya perubahan ini.
5. Bandungan & Ungaran, Semarang.
Semarang dikenali dengan bandar tepi laut dan juga beriklim panas. Sedikit jauh dari bandar ini, Bandungan dan Ungaran menawarkan pengunjungnya percutian yang indah dan semulajadi jauh dari kehidupan bandar.
Kredit gambar: @nivadyla97 di Instagram.
Di sini anda juga boleh mengunjungi Kuil Gedong Songo terletak di atas gunung berhampiran, sama ada dengan berjalan kaki atau dengan berkuda. Gedong Songo adalah antara tempat yang paling indah di Jawa Tengah dengan pemandangan yang menakjubkan.
Kredit gambar: @muhammadazkaamal di Instagram.
Kredit gambar: @sak_madyo di Instagram.
Selain kuil, terdapat Tanah Perkhemahan Mawar di Umbul Sidomukti yang terletak berdekatan untuk pengalaman perkemahan sebenar. Inilah peluang anda untuk berkhemah di atas gunung, dikelilingi pendaki dari seluruh pelusuk dunia.
4. Malino Highlands, Sulawesi Selatan.
Hanya pemanduan singkat dari Makassar, Malino Highlands menawarkan percutian semulajadi di mana kecantikan lanskap yang pasti tidak boleh dilepaskan.
Dingin, udara segar dan pada ketinggian 1,050 meteratas paras laut, Malino Highlands merupakan lokasi ideal bagi penanaman teh. Lokasi ini juga sesuai untuk percutian keluarga.
Kredit gambar: @amhiibudi di Instagram.
Kredit gambar: @mhia_siregar di Instagram.
Hanya 600 meter dari Malino Highlands, anda pasti akan jatuh cinta akan Air Terjun Takapala. Berdiri lebih 100 meter, anda boleh menikmati percikan yang sejuk dari air terjun.
3. Dataran Tinggi Dieng, Jawa Tengah.
Jika anda rasa Bukittinggi itu tinggi, Dataran Tinggi Dieng di Jawa Tengah adalah lebih tinggi dengan 2,093 meter di atas paras laut. Jadi, anda boleh menjangkakan betapa segarnya dan sejuknya udara yang berkabus di situ. Iklim yang sempurna untuk berehat. Malah, anda turut berpeluang melihat Kawah Sikidang dan batu kapur yang kekuningan, asap fosforus serta lanskap kehijauan yang tidak berkesudahan di seklilingnya.
Kredit gambar: @azky_incenerator di Instagram.
Kredit gambar: @monggo_dolan di Instagram.
Semasa di sana, jangan lupa untuk mengambil sedikit masa untuk melihat matahari terbit di Bukit Sikunir. Bersedia dengan gajet anda untuk mendapatkan momen yang sempurna dan duduk dan lihat keindahan alam.
2. Bukittinggi, Sumatra Barat.
Nama bukit ini tidak salah ejaannya. Sesuai dengan namanya, Bukittinggi berdiri dengan majestik pada 900 meter di atas paras laut. Tidak hairanlah udara di sini sangat menyegarkan dan sejuk sepanjang masa.
Kredit gambar: @hannapusp di Instagram.
Kredit gambar: @fandi_kotari7 di Instagram.
Bandar di Bukittinggi sentiasa dipenuhi pengunjung. Menjadi bandar kedua terbesar di Sumatra Barat, lokasi ini menjadi destinasi kegemaran bagi rakyat tempatan dan pengunjung luar untuk menikmati udara yang sejuk dan menyegarkan. Antara mercu tanda popular di Bukittinggi adalah Jam Gadang yang bermula operasi sejak 1926 lagi. Pengunjung dapat menyaksikan panorama lengkap antara bukit, lembah serta bird's eye view seluruh bandar.
1. Taman Negara Lorentz, Papua (Dahulunya Irian Jaya).
Inilah adalah salah satu bukti kekuasaan Allah, negara beriklim panas yang mempunyai salji. Jarang ada di tempat-tempat lain.
Kredit gambar: @gilangtriep di Instagram.
Puncak Jaya merupakan puncak tertinggi di Gunung Jayawijaya, dan juga puncak tertinggi di Indonesia. Tiada tempat lain di Indonesia yang ada hutan hujan, hutan bakau, kaya dengan biodiversiti dan gunung bersalji selain Puncak Jaya.
Kredit gambar: @cinaynww di Instagram.
Kredit gambar: @drjonkedskl di Instagram.
Disebabkan topografi yang melampau, dokumen khas dari kerajaan diperlukan untuk ke sana. Tempatnya sangatlah terpelihara dan hanya untuk mereka yang berani dan sanggup mengharungi cabaran. Bahkan, ini adalah salah satu 7 gunung top di dunia. Adakah anda sudah bersedia mengarungi Punjak Jaya?
Rujukan: