Terdapat ratusan jenama minyak wangi di pasaran, masing-masing dengan bau yang unik dihasilkan dengan bahan-bahan dan formulasi khas oleh syarikat pengeluarnya. Walaupun setiap minyak wangi adalah wangi, setiap manusia sememangnya mempunyai kecenderungan atau pilihan bau yang digemari masing-masing.
Secara umumnya, bau minyak wangi dapat dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya floral (bunga), fresh (menyegarkan), woody (atau kayu -yang lebih sesuai untuk maskulin) dan banyak lagi.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, tahukah anda terdapat juga pengeluar mnyak wangi yang menghasil dan menjual minyak wangi dengan bau-bauan yang boleh anggap pelik dan eksotik. Kami pun tidak pasti sama ada minyak wangi yang dipasarkan mendapat permintaan atau tidak, namun berikut merupakan 7 daripadanya.
1. Bau mayat
"Titan arum" adalah bunga paling berbau di dunia. Baunya seperti mayat, atau lebih spesifiknya bau kombinasi keju, tikus mati dan ikan busuk. Oleh itu, apa yang menjadikan The Eden Project, sebuah badan amal pendidikan dan tarikan pengunjung yang berpusat di United Kingdom, menganggap ianya idea yang baik untuk membuat minyak wangi yang mempunyai aroma yang mengerikan ini?
Syarikat tersebut memasarkan Eau de Titan untuk lelaki yang ingin membawa aroma mereka ke arah yang "berani dan benar-benar baru". Menurut seorang jurucakapnya, au khas "Titan arum" akan menarik serangga mendekatinya maka mereka berpendapat bau ini juga akan mempunyai bau yang menarik perhatian manusia.
2. Bau Sushi
Anda suka makan sushi? Bagaimanna pula sekiranya anda menyembur pewangi dengan bauan sushi pada diri anda? Sekiranya ya, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan pewangi "Sushi" yang dihasilkan oleh Demeter Fragrance. Wangiannya berbau seperti sushi.
Minyak wangi Sushi oleh Demeter Fragrance ini tidak berbau seperti ikan mentah kerana sushi bukanlah ikan mentah. Sushi adalah hidangan nasi berperisa cuka dan dihiasi dengan ikan mentah. Nasi berperisa dengan cuka tetapi tidak dihiasi dengan ikan mentah bukanlah sushi.
3. Bau kereta baru
Sekiranya anda baru sahaja membeli kereta baru, anda pasti suka akan bau dalaman kereta tersebut. Laman web perdagangan kereta dalam talian Britain, Autotrader, melancarkan minyak wangi yang berbau seperti kereta baru.
Pihak Autotrader mengatakan ia mencipta minyak wangi Eau de New Car setelah tinjauan dilakukannya menunjukkan satu perempat manusia menghubungkan aroma sebuah kereta baru dengan kejayaan (kerana telah berjaya membeli kereta baru).
Syarikat Autotrader biasa menjual minyak wangi ini di laman web mereka pada harga sebotol 50ml berharga £175. Namun, mereka telah membuangnya dari laman web mereka dan tidak menyatakan alasannya. Namun, dipercayai tindakan ini disebabka ianya tidak mendapat sambutan. Minyak wangi ini mungkin mendapat sambutan sekiranya dipasarkan semula sebagai pewangi kereta.
4. Bau buku
Walau pun anda mungkin tidak gemar membaca buku, kami percaya anda mungkin gemarkan bau sebuah buku. Bau buku lama yang unik dan penuh nostalgia adalah hasil daripada kehadiran lignin, salah satu sebatian utama yang terdapat dalam pulpa kayu yang digunakan untuk membuat kertas.
Buku melepaskan lignin seiring bertambahnya usianya, menyebabkan buku-buku lama mempunyai bau yang unik. Minyak wangi Dead Writers oleh Sweet Tea diformulasikan mengikut aroma ini. Nama ini diberi memandangkan penulis buku lama tersebut berkemungkinan besar sudah pun mati.
Sementara itu, bagi yang gemarkan bau buku baru boleh mencuba pewangi Paper Passions oleh Christopher Brosius. Harganya? $200. Dengan harga semahal ini rasanya lebih baik anda membeli buku baru sahaja, sekurangya anda turut mendapat buku juga, bukan setakat baunya.
5. Bau hujan
Perasan tak, hujan sebenarnya mempunyai bau yng yang menengkan? Bau yang anda bau itulah petrichor. Petrichor terbentuk ketika hujan lebat membasahi tanah, menyebabkan tanah melepaskan beberapa bahan kimia dari tanah. Bahan kimia tersebut bertanggungjawab untuk bau hujan yang terhasil.
Sekiranya anda ingin mencium bau seperti bau hujan, Demeter, syarikat yang sama yang mengeluarkan minyak wangi berbau sushi, turut menghasilkan wangian "Thunderstorm" ini. Menurut pengulas, "Thunderstorm" mempunyai aroma yang bagus tetapi tidak melekat dengan baik di badan. Sama ada perkara itu baik atau buruk bergantung kepada orang di sekitar pemakainya.
6. Bau roti bakar
Pada tahun 2013, United Kingdom Federation of Bakers mengeluarkan minyak wangi yang berbau seperti roti bakar. Mereka tidak menjual minyak wangi itu tetapi mengirimkannya kepada beberapa model yang menghadiri London Fashion Week pada tahun itu.
Minyak wangi itu terbukti popular di kalangan model yang mengambil setiap sampel yang ada. Walaupun persatuan itu mengatakan mereka mungkin menghasilkan lagi wangi itu sebgai sebagian dari kempen pemasaran di masa depan, potensi untuk ianya dijual mungkin tipis.
Menurut mereka, pemberian minyak wangi itu adalah sebagai sebahagian daripada kempen Slice of Life untuk menggalakkan, terutama wanita, untuk mengambil sarapan dan mendorong mereka memakan roti setiap hari.
7. Bau angkasa
Anda mungkin tidak mempercayai perkara ini tetapi NASA menggunakan wangian tiruan dalam latihan untuk membiasakan angkasawan dengan bau angkasa lepas. NASA tidak mencipta wangian itu sendiri tetapi mendapatkan khidmat Steve Pearce, pengasas Omega Ingredients yang berpusat di UK untuk tujuan itu pada tahun 2008.
Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa syarikat Omega Ingredients membuat aroma untuk agensi ruang angkasa, perlu diketahui bahawa Omega Ingredients pernah menghasilkan aroma untuk industri makanan. Beberapa tahun yang lalu, syarikat ini mengeluarkan pewangi dengan bauan angkasa lepas dikenali Eau de Space.
Persoalan yang mungkin timbul, apakah bau Eau de Space (dan angkasa lepas itu sendiri)? Tidak ada cara untuk mengetahuinya kerana pihak Omega Ingredients tidak pernah mendedahkannya. Namun, terdapat beberapa angkasawan menyamakan bau angkasa lepas dengan aroma pelbagai perkara termasuk belerang, rum, serbuk mesiu, daging bakar dan raspberi.
Kredit: