Beberapa struktur pertama yang dibina oleh peradaban kuno adalah makam dan kuil yang digunakan untuk upacara keagamaan. Beberapa kuil tertua yang terkenal di dunia telah dibina lebih dari 5.000 tahun yang lalu di kawasan yang kini menjadi negara kepulauan Malta.
Walaupun kuil-kuil Malta ini sudah cukup tua, kuil tertua di dunia mendahului mereka lebih dari 6.000 tahun dan juga lebih tua daripada peradaban pertama yang terbentuk di zaman purba Mesopotamia. Kuil-kuil ini sangat penting bagi pemahaman kita mengenai masyarakat terawal umat manusia sehingga hampir kesemuanya telah digazekan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
BESARKAN TEKS A- A+
7. Ziggurat Ur
Ziggurat Ur adalah salah satu ziggurat (piramid tangga) yang tertua dan terbaik dari zaman Mesopotamia kuno. Ia terletak di kota Ur, sebuah negara kota Sumeria yang penting dan dibina oleh Raja Ur-Nammu dan berjaya disiapkan ketika zaman pemerintahan anaknya, Raja Shulgi.
Walaupun kuil ini hanya berukuran panjang 64 m, lebar 46 m dan tinggi 30 m, ianya mungkin lebih tinggi pada masa lalu kerana hanya tapaknya sahaja yang dapat bertahan. Binaan ini terletak ini terletak di wilayah yang kini dikenali sebagai Dhi Qar di selatan Iraq,
6. Hal-Saflieni Hypogeum
Ħal-Saflieni Hypogeum adalah kuil bawah tanah tertua di dunia. Ia adalah salah satu daripada beberapa Kuil Megalitik yang terdapat di pulau Malta yang dibina lebih dari 5.000 tahun yang lalu. Hypogeum digunakan sebagai kuil, tempat perlindungan dan nekropolis - beberapa peninggalan terawal yang dijumpai di tapak kuil ini bertarikh sekitar 4000 SM.
Selain menjadi salah satu kuil tertua di dunia, Hypogeum adalah salah satu kuil yang paling terpelihara. Ahli arkeologi percaya bahawa Hypogeum digunakan hingga 2500 SM dan ia tidak ditemui semula sehingga tahun 1902. Ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1980 dan dipulihkan pada pertengahan 2016 hingga awal 2017.
5. Kuil Tarxien
Kuil Tarxien adalah tapak megalitik terbesar di negara Malta. Kompleks besar ini terdiri daripada empat kuil yang dibina antara tahun 3600 SM - 2500 SM. Kuil-kuil itu ditinggalkan selama kira-kira 100 tahun sebelum digunakan kembali antara 2400 SM - 1500 SM.
Tapak kuil tidak dijumpai semula sehingga tahun 1913 dan Tapak kuil ini kebanyakannya digali dari tahun 1915 - 19199. Bukti yang dijumpai oleh ahli arkeologi menunjukkan bahawa kompleks kuil ini kemungkinan besar digunakan untuk ritual, termasuk upaca pengorbanan binatang.
4. Kuil Mnajdra
Kompleks kuil Mnajdra terletak di Qrendi, Malta sekitar 500m dari Kuil Megalitik lain yang dikenali Ħaġar Qim. Ia terdiri daripada tiga struktur kuil - struktur tertua dan pertama bermula pada tahun 3600 - 3200 SM; Kuil Selatan dibina sekitar tahun 3150 - 2500 SM; dan Kuil Pusat dibina terakhir dan diletakkan di antara Kuil pertama dan Selatan.
Terdapat lebih banyak peninggalan di bahagian selatan dan timur laut ketiga kuil ini yang menunjukkan bahawa pada satu ketika kompleks ini jauh lebih besar daripada yang ada sekarang. Walaupun Mnajdra telah terpelihara dengan baik sejak pertama kali digali pada tahun 1840, pada tahun 2001 beberapa individu telah melakukan vandalisma dan memecahkan 60 megalit yang ada disini.
3. Haġar Qim
Seperti beberapa kuil lain dalam senarai ini, Haġar Qim adalah Kuil Megalitik kuno yang terdapat di negara pulau Malta. Ia adalah salah satu kuil yang terawal di negara ini dan berasal dari sekitar 3600 SM - 3200 SM. Batu ini terbuat dari batu kapur globigerina, yang menyebabkannya mengalami kerosakan akibat cuaca panas.
Walaupun sebahagian besar kuil sudah tertimbus dan tidak kelihatan, batu-batu yang tinggi masih kelihatan seperti yang dapat dapat dilihat pada lukisan abad ke-18 dan ke-19. Ħaġar Qim pertama kali digali pada tahun 1839 dan beberapa objek budaya penting ditemui. Pada tahun 1992, Ħaġar Qim dan empat struktur megalitik lain di Malta diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
2. Kuil Ġgantija
Kuil Ġgantija adalah struktur kuil tertua kedua yang terkenal di dunia dan beberapa struktur batu tertua yang masih berdiri di dunia hari ini. Ianya adalah Kuil Megalitik tertua di Malta, yang merupakan beberapa kuil prasejarah yang dibina antara 3600 - 700 SM di pulau Malta.
Penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa kuil-kuil itu dibina untuk menghormati dewi kesuburan. Juga dipercayai bahwa kuil-kuil itu digunakan untuk ritual kesuburan dan patung-patung dan tulang binatang telah ditemukan di sekitar lokasi ini.
1. Göbekli Tepe
Ketika Göbekli Tepe pertama kali diperiksa pada tahun 1960 oleh ahli antropologi dari Universiti Chicago dan Universiti Istanbul, ia dianggap sebagai peninggalan kuburan abad pertengahan yang ditinggalkan.
Hari ini, Göbekli Tepe dianggap sebagai kuil tertua di dunia sejak sekitar 9000 SM. Pada tahun 1994, Klaus Schmidt dari Institut Arkeologi Jerman mengunjungi kawasan runtuhan dan merasakan bahawa Göbekli Tepe lebih tua dan lebih menarik daripada apa yang difikirkan oleh penyelidik terdahulu.
Kredit: