Pada zaman sekarang, kod pengaturcaraan atau programming code ada di mana-mana sahaja. Ia membolehkan komunikasi menjadi lebih baik dan membawa kepada kemajuan merentas pelbagai industri.
Pada masa yang sama, kesilapan dalam programming code juga boleh menyebabkan kemusnahan dan kerugian yang sangat besar. Berikut adalah beberapa kesilapan programming terburuk dalam sejarah.
BESARKAN TEKS A- A+
7. Runtuhan Hartford Coliseum
Walaupun runtuhan stadium Hartford Coliseum pada 1978 menyebab kerugian sebanyak USD 90 juta, keadaan mungkin boleh menjadi lebih buruk lagi. Bangunan itu runtuh beberapa jam selepas peminat meninggalkan tempat itu.
Bumbung stadium itu gagal untuk menampung berat salji yang basah. Punca utama bumbung itu runtuh adalah kerana sedikit kesilapan programming. Kod perisian CAD yang digunakan untuk merekabentuk struktur Hartfold Coliseum gagal untuk mengambil kira beberapa keadaan dan menganggap sokongan bumbung keluli itu mampu menampung tekanan.
Bagi sesetengah perisian, anda mungkin mampu membaiki sesuatu kesilapan programming dengan melakukan patch. Bagi kesilapan dalam perisian CAD, ia akan memberi kesan secara langsung terhadap struktur dunia nyata. (sumber)
6. Pembebasan awal banduan
Penjara Michigan, Amerika Syarikat, pernah mengalami masalah gangguan pemprosesan data antara tahun 2003 hingga 2005. Ia disebabkan kesilapan programming komputer yang menyebabkan 23 orang banduan dibebaskan lebih awal dari tarikh sebenar.
Banduan-banduan bertuah itu dikurangkan hukuman penjara antara 39 hingga 161 hari. Walaupun keadaan ini mencetuskan masalah, mujurlah ia hanya melibatkan penjenayah kecil seperti kes dadah dan penipuan.
Walaupun perisian bertujuan mengurangkan tugas-tugas manual, kesilapan kecil ini jelas membawa kesan besar dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika banduan yang dilepaskan awal itu adalah mereka yang disabitkan dengan jenayah berat. (sumber)
5. "Kematian" 8,500 pesakit Pusat Perubatan St. Mary’s Mercy
Sekali lagi di Michigan pada tahun 2003, satu masalah programming telah menyebabkan seramai 8,500 orang pesakit di Pusat Perubatan St. Mary Mercy "terbunuh". Terdapat glitch dalam programming sistem pengurusan pesakit mereka yang melaporkan 8,500 pesakit telah meninggal dunia.
Laporan palsu ini tidak hanya terhad di situ. Sistem ini juga berhubung dengan beberapa lagi agensi. Pemberitahuan telah dihantar kepada syarikat-syarikat insurans dan pejabat Keselamatan Sosial bagi memastikan pesakit yang "meninggal dunia" ini layak mendapat pembiayaan.
Pihak hospital terpaksa memaklumkan kesilapan ini kepada semua pesakit, agensi kerajaan dan syarikat insuran. Sejak hospital itu menukar kepada perisian pengurusan pesakit yang baru, tiada lagi laporan kematian palsu berlaku. (sumber)
4. Rangkaian komunikasi AT&T
AT&T adalah syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat dan merupakan syarikat pengendali telefon terbesar dunia. Pada 15 Januari 1990, lebih daripada 50% rangkaian AT&T tergendala. Dalam masa sembilan jam, sebanyak 75 juta panggilan telefon tidak dijawab.
Laporan awal mengatakan ia adalah perbuatan hackers tetapi sebenarnya adalah disebabkan kemas kini (update) perisian yang biasa. Hanya kesilapan satu baris pada programming code sahaja mampu melumpuhkan rangkaian di seluruh negara.
Walaupun kesilapan itu nampak kecil tetapi ia telah menyebabkan kerugian yang besar. Sebagai contoh, syarikat seperti American Airlines kerugian berjuta-juta dolar apabila hilang sebanyak dua pertiga tempahan penerbangan semasa rangkaian lumpuh. Ia adalah peringatan penting bahawa rangkaian perhubungan berkait rapat dengan kelangsungan ekonomi. (sumber)
3. Therac-25
Kesilapan dalam programming sesuatu perisian bukan sahaja boleh mendatangkan kerugian tetapi mampu menyebabkan kematian. Inilah yang berlaku ketika Bencana Therac-25. Dihasilkan oleh Atomic Energy of Canada, Therac-25 adalah sebuah mesin terapi radiasi untuk membunuh sel-sel kanser.
Disebabkan masalah pada perisiannya, mesin ini telah membunuh sekurang-kurangnya enam orang pesakit apabila berlaku lebihan pancaran radiasi secara tidak sengaja. Siasatan mendapati perisiannya tidak cukup baik kerana kurang kajian sebelum ia dilancarkan.
Menurut pakar, Nancy Leveson, seorang programmer tidak berpengalaman telah ditugaskan membangunkan perisian bermasalah ini. Apa yang lebih mengejutkan, hanya dia seorang sahaja yang menulis kod programming Therac-25 berdasarkan kod lama mesin Therac-6 dan Therac-20. (sumber)
2. Pepijat Heartbleed
Ketika ia muncul dalam OpenSSL library, Pepijat Heartbleed ini merupakan satu ancaman kepada sistem keselamatan. Transport Layer Security (TLS) iaitu protokol yang menyediakan keselamatan komunikasi antara aplikasi klien / pelayan yang berkomunikasi antara satu sama lain melalui Internet menggunakan OpenSSL library ini.
Kerana penggunaannya yang meluas dalam TLS, pepijat ini tersebar dengan cepat. Pepijat ini membolehkan sesiapa sahaja di internet untuk membaca memori sistem yang dilindungi perisian OpenSSL sehingga saiz 64kb dalam satu mesej.
Ini bermakna maklumat sensitif seperti identiti pengguna, username, kata laluan dan sebagainya boleh diekstrak dari memori. Lebih memburukkan keadaan, serangan ini tidak meninggalkan kesan pada log files. Ini menyukarkan untuk mengenalpasti mesin mana yang telah dijangkiti. (sumber)
1. Pepijat Y2K
Pepijat tahun 2000 atau lebih dikenali sebagai Pepijat Y2K dan Pepijat Millenium ini adalah masalah kod yang menyebabkan kekacauan dunia komputer. Apabila program komputer yang kompleks ditulis buat pertama kali pada tahun 1960-an, jurutera menggunakan kod dua angka untuk tahun seperti 98 untuk 1998 dan 99 untuk 1999 untuk menjimatkan memori.
Apabila menghampiri tahun 2000, ramai percaya sistem sedia ada tidak dapat mentafsirkan "00" untuk tahun 2000 dengan betul tetapi mentafsirkannya sebagai tahun 1900. Keadaan ini dijangka akan menyebabkan glitch yang besar dalam sistem komputer.
Lebih memburukkan keadaan, tahun 2000 adalah tahun lompat. Kebanyakan perisian ketika itu pasti tidak mengambil kira satu hari tambahan pada tahun itu. Ini bermakna, hampir semua industri dan sektor yang menggunakan komputer akan menjadi kacau-bilau.
Pepijat ini telah diperbaiki dengan mengemas kini komputer dan perisian di setiap industri di seluruh dunia. Kerja mengemas kini ini dianggarkan telah menelan belanja kira-kira USD 300 billion. (sumber)