Dalam masyarakat apa jua sekalipun di Malaysia ini, kita mungkin mempunyai petua atau ritual orang dulu-dulu yang sesetengahnya mungkin dianggap terlalu mengarut atau tahyul. Sebagai contoh, sekiranya kucing hitam melintas jalan mungkin bermakna nasib buruk bakal menimpa.

Jelas, dakwaan-dakwaan seperti ini tidak ada asasnya. Mungkin ramai yang tidak tahu, orang-orang Barat juga mempunyai kepercayaan-kepercayaan karut atau tahyul juga. Kali ini kami ingin berkongsi 7 daripadanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Warna biru untuk menghalau hantu

kepercayaan hantu orang barat

Setiap pemilk rumah biasanya mempunyai pilihan minat tersendiri untuk mewarnakan rumah mereka. Kebiasaannya, warna yang cerah menjadi pilihan kerana warna ini memantulkan cahaya dan haba dengan baik bagi memastikan rumah tidak panas.

Untuk memastikan rumah yang baru dibina dilindungi daripada "roh jahat"  yang mengancam kebahagiaan keluarga di dalam rumah tersebut, masyarakat di bahagian selatan Amerika Syarikat biasanya akan mengecat bahagian beranda dan siling rumah mereka dengan warna biru laut.

Dipercayai bahawa warna biru ini menangkis roh jahat ini daripada memasuki rumah kerana ia warna ini akan mengelirukan mereka untuk berfikir bahawa siling rumah tersebut adalah air. Sebilangan pemilik rumah juga memilih mengecat jendela dan bingkai tingkap mereka dengan warna ini untuk perlindungan tambahan.

2. Ritual ketika makan

ritual makan barat

Bagi segelintir masyarakat Barat, mereka mempunyai ritual atau kepercayaan tertentu yang perlu dipatuhi ketika makan atau minum. Sebagai contoh, jika mereka minum secawan teh sebelum makan malam mereka tidak akan menambahkan susu ke dalamnya sebelum gula kerana menurut mereka ianya akan menjadikan mereka sukar mendapat jodoh.

Bagi mereka yang minum kopi pula, jika terlihat beberapa gelembung di dalam cawan mereka, mereka mungkin mengambilnya dengan satu sudu teh dan memakannya kerana mereka percaya ia akan memudahkan mereka menjadi kaya. 

Sekiranya seorang tuan rumah menjemput tetamu untuk menjamu makanan terutamanya makan malam, jumlah tetamu yang hadir mestilah bukan genap 13 orang di meja makan kerana menurut sesetengah mereka, akan ada seorang daripada tetamu yang tidak bernasib baik akan mati dalam tempoh setahun.

3. Upacara kematian

ritual kematian barat

Upacara kematian sememangnya tidak lari daripada kepercayaan-kepercayaan tahyul yang ada kalanya menakutkan. Segelintir masyarakat kebiasaannya akan meletakkan duit syiling pada mata si mati dan menguburkannya menghadap ke timur.

Ketika mayat dikeluarkan dari rumah, sesetengah pihak percaya bahawa mayat mesti diangkat keluar dengan mendahulukan bahagian kaki meninggalkan bangunan terlebih dahulu. Sekiranya bahagian kepala mayat meninggalkn rumah terlebih dahulu, dikhuatiri roh mayat akan mengganggu orang dalam rumah tersebut dan menghasut mereka untuk menyertainya ke kubur.

Selain itu, ada juga yang mempercayai bahawa mereka yang mengusung mayat ini perlu menggunakan jalan yang lain apabila pulang ke rumah supaya roh si mayat tidak mengekori mereka.

4. Kepercayan bagi wanita mengandung

kepercayaan karut orang barat 621

Wanita yang sedang mengandung sangat-sangat perlu mengambil berat tentang diri mereka termasuklah daripada segi pemakanan, pengambilan suplimen, membuat temu janji doktor dan sebagainya.

Daripada segi kepercayaan pula, ada yang akan memakai kunci di sekeliling leher mereka apabila bulan mengambang penuh. Menurut mereka, kunci ini akan memantulkan kembali cahaya bulan yang terpancar ke arah perut wanita tersebut seterusnya melindungi bayi dalam kandungan daripada mendapat sumbing pada biibir.

Bagi yang merancang untuk melakukan upacara "baby shower" bersama rakan-rakan dan keluarga, kebiasaannya mereka akan melakukannya ketika kandungan berusia 7 atau 9 bulan kerana kedua-dua nombor ini didakwa membawa nasib baik. Ada juga wanita mengandung yang langsung tidak akan memotong rambut mereka kerana khuatir melakukan perkara tersebut akan menyebabkan bayi mereka mempunyai masalah mata.

5. Kepercayaan ketika tidur

mimpi buruk ketika tidur

Sekiranya hendak mengelakkan mimpi buruk ketika tidur, sesetengah masyarakat Barat mendakwa mereka perlu tidur dengan memastikan muka mereka menghadap ke arah Barat. Ada juga yang mengatakan meletakkan katil jauh daripada pintu akan mengelakkan mereka mengalami mimpi buruk.

Ada sesetengah masyarakat yang melarang untuk membenarkan bilik mereka dimasuki kucing sekiranya tidak mahu mendapat nasib malang. Selain itu, ada yang melarang menggantung gambar Titanic atau apa-apa peristiwa/perkara yang melibatkan kemalangan kerana dikhuatiri akan menyebabkan rumah tangga kacau-bilau.

6. Kepercayaan ketika memandu kenderaan

kepercayaan karut memandu 27

Sedar atau tidak, memandu atau menaiki kenderaan mempunyai risiko yang tinggi untuk kemalangan atau kematian. Walaupun anda memandu dengan cermat, kecuaian pemandu lain mungkin menyebabkan anda mengalami kemalangan.

Disebabkan ini, sesetengah pemandu di Barat mempunyai ritual dan kepercayaan tertentu bagi melindungi diri mereka daripada sebarang malapetakan. Sebagai contoh, ketika melaui kawasan perkuburan atau terowong, mereka akan menahan nafas agar roh jahat tidak terganggu apabila mereka melalui kawasan tersebut.

Selain itu, sesetengah masyarakat akan mengelakkan untuk membeli kenderaan baru pada hari Jumaat 13 haribulan atau memandu kenderaan di jalan yang mempunyai nombor 13 untuk mengelakkan nasib malang.

7. Sambutan hari Halloween

halloween

Apabila membicarakan tentang kepercayaan tahyul, kita tidak dapat lari daripada memperkatan mengenai hari Halloween. Di Wales, pada 31 Oktober setiap tahun, masyarakat tempatan percaya mereka perlu mengelakkan untuk melintasi jalan untuk mengelakkan nasib malang menimpa mereka.

Bagi yang memerlukan nasib baik, mereka akan nyalakan lilin oren pada tengah malam pada hari Halloween dan biarkan ia menyala sehingga matahari terbit.

Kredit:

  1. Huffpost
  2. Atlas Obscura
  3. Live Science



Hakcipta iluminasi.com (2017)