Oleh pada 27 Apr 2020 kategori

Ramadan adalah penghulu segala bulan dan bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di muka Bumi. 

Ia merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan dan tersangat banyak pahala digandakan bagi setiap amalan yang dilakukan.

Kedatangan bulan ini ketika kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 langsung tidak memudarkan sinarnya malah membuatkan ramai daripada kita yang berpeluang untuk bersama keluarga tersayang dalam menjalaninya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun terdapat beberapa hadis lemah dan palsu tentang puasa dan bulan Ramadan yang wujud pada ketika ini dan tidak diketahui ramai.

iluminasi.com kongsikan 5 hadis lemah dan palsu tentang puasa dan bulan Ramadan.

1. Tidur orang berpuasa itu ibadah

hadis tidur orang puasa ramadan itu ibadah

نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ ، وَصُمْتُهُ تَسْبِيْحٌ ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ

Maksudnya: “Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, do’anya dikabulkan, dan amalannya pun akan dilipatgandakan pahalanya.”  

Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi di Syu’abul Iman (3/1437).

Sebagaimana dikatakan dalam Takhrijul Ihya (1/310) oleh al-Hafidz al-Iraqi, hadis ini adalah dhaif dan telah didhaifkan oleh al-Albani dalam Silsilah Adh Dha'ifah (4696).

Berkenaan dengan hadis ini, terdapat riwayat lain iaitu:

الصائم في عبادة و إن كان راقدا على فراشه

Maksudnya: "Orang yang berpuasa itu senantiasa dalam ibadah meskipun sedang tidur di atas ranjangnya.”

Ia diriwayatkan oleh Tammam (18/172), namun juga dikatakan dalam Sisilah Adh Dhaifah (653) oleh al-Albani sebagai dhaif.

Hadits ini diriwayatkan oleh Tammam (18/172). Hadits ini juga dhaif, sebagaimana dikatakan oleh Al Albani di Silsilah Adh Dhaifah (653).

Memang benar bahawa tidur itu perkara yang mubah (boleh) dan bukan amalan ibadat.

Jadi seperti mana perkara yang mubah yang lain, tidur boleh menjadi ibadat jika ia diniatkan sebagai cara menyokong ibadat.

Ini bermakna, sebagai contoh seseorang itu tidur kerana khuatir tergoda untuk berbuka sebelum tiba masanya atau tidur dengan niat untuk merehatkan badan agar kembali bertenaga untuk beribadat.

Maka bukanlah semua tidur bagi orang yang berpuasa itu dikategorikan sebagai ibadat.

Contohnya, tidur kerana malas atau tidur disebabkan rasa kenyang yang melampau selepas sahur.

2. Hadis fadilat puasa Ramadan di Makkah

hadis fadilat puasa ramadhan di makkah

Daripada bapanya, dari Said bin Jubeir, dari Ibn Abass, Abdul Rahim bin Zaid al-'Ami meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang membawa maksud:

"Sesiapa yang berada di Makkah ketika Ramadan, lalu dia berpuasa dan berqiam semampunya, maka akan dicatatkan 100,000 Ramadhan buatnya oleh Allah SWT, pahala seperti membebaskan hamba setiap hari dan juga pahala membebaskan seorang hamba setiap malam. Satu kebaikan setiap hari dan satu kebaikan setiap malam juga akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya,".

Hadis yang mana sanadnya sangat lemah ini dikeluarkan oleh Ibn Majah.

Dalam Syu'ab al-Iman, al-Baihaqi berkata bahawa, "Dalam riwayat ini, Abdul Rahim bin Zaid bersendirian dan ia tidak kuat,".

Dalam bidang hadis, Abdul Rahim ini adalah sangat lemah.

Malah, beliau dinilaikan oleh ramai ulama sebagai "matruk".

3. "Berpuasalah, necsaya kalian akan sihat"

hadis puasa sihatkan badan

Semua orang tahu bahawa berpuasa sememangnya telah terbukti memberikan banyak manfaat kepada kesihatan.

Makna dari riwayaat ini memang benar bahawa berpuasa itu menyihatkan badan, akan tetapi, ia tidak bermakna bahawa hadis ini benar-benar merupakan perkataan dari mulut Rasulullah SAW.

Ia dikeluarkan oleh Imam al-Tabarani dari Zuhair bin Muhammad, yang mana telah diambil dari Suhail bin Abi Saleh menggunakan bapanya, daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda seperti yang demikian:

"Berperanglah, maka engkau akan dapat ghanimah (harta rampasan). Berpuasalah, maka engkau akan sihat. Dan bermusafırlah, maka engkau akan kaya."

Imam al-Tabarani berkata bahawa: "Hadis ini tidak diriwayatkan oleh sesiapa dengan lafaz sebegini daripada Suhail, melainkan Zuhair bin Muhammad".

Al-Uqaily pula berkata bahawa, "Tiada (hadis lain) yang menyokong hadis ini dari jalan yang lemah".

Zuhair bin Muhammad dilemahkan oleh ramai ahli hadis walaupun beliau merupakan seorang perawi yang sangat terkenal.

Al-Zahabi menyatakan bahawa, "Dia (Zuhair) tidak kuat dan meneliti (dalalm riwayat) selain untuk penulis kutub sittah (kitab hadis yang keenam) meriwayatkan hadis-hadis beliau".

Maka, riwayat di atas boleh dikategorikan sebagai munkar.

Dalam Musnad Ahmad, terdapat juga riwayat ini tetapi dengan sanad yang lain yang. Disebabkan oleh 2 perawinya menggunakan Abdullah bin Lahi'ah dan Darraj bin Sam'an yang terkenal sangat lemah, maka ia dianggap daif.

4. Kelebihan solat tarawih setiap malam

hadis kelebihan solat tarawih ramadan

Hadis ini dikatakan kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali, berkata:

"Keutamaan solat tarawih pada bulan Ramadan ditanyakan kepada Rasulullah SAW, lalu dijawab baginda: "Akan terlepas dosa seorang mukmin pada malam pertama bagaikan bayi yang baru lahir. Pada malam kedua, ibu bapanya serta dirinya diampuni, jika kedua-duanya mukin. Malam ketiga pula, dari bawah Arasy malaikat akan menyeru kepadanya: "Mulalah beramal lagi, dosamu yang terdahulu telah diampunkan Allah...".

Dan diikuti oleh malam-malam seterusnya sehinggalah malam ke-30 Ramadan di mana setiap malam mempunyai ganjaran yang sangat besar.

Sebenarnya, hadis ini telah dikategorikan sebagai palsu kerana sanadnya langsung tidak ditemui.

Dengan itu, adalah haram untuk kita menyebarkan hadis palsu ini kepada orang lain dan masyarakat, walaupun bertujuan untuk menggalakkan orang beramal.

5. Mengharapkan Ramadan Sepanjang Tahun

hadis harapkan ramadan sepanjang tahun

Daripada al-Sya'bi, dari Nafi bin Burdah dari Abu Mas'ud, Jarir bin Ayyub meriwayatkan:

"Pada suatu hari setelah terlihat hilal (anak bulan), aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Andainya manusia mengetahui mengerti apa itu Ramadan, maka nescaya umatku akan berhadap bahawa setiap bulan adalah bulan Ramadan".

Ibn Khuzaimah mengeluarkan hadis ini dalam kitabnya yang mana diisyaratkan beliau bahawa hadis ini lemah. Ini adalah kerana asal hadis ini adalah daripada Jarir bin Ayyub al-Bajali.

Menurut Al-Bukhari, beliau menyebut Jarir bin Ayyub al-Bajali sebagai "munkar al-hadis" yang bermaksud seorang perawi yang banyak meriwayatkan hadis munkar.

Manakala Al-Nasa'i menilainya sebagai "matruk", bermaksud bahawa mesti meninggalkan riwayatnya dan tidak boleh diterima.

Abu Nua'im juga tidak bersetuju kerana pernah memalsukan hadis ini.

Dalam kitab beliau iaitu al-Mawdu'at, Ibn al Jawzi membuat konklusi bahawa hadis ini adalah paslu disebabkan oleh perawi riwayat ini menerima banyak penilian negatif, maka.

6. Sebutan "Ramadan" tanpa menyebut bulan

hadis tak boleh sebut ramadan tanpa sebut bulan

لا تقولوا رمضان فإن رمضان اسم من أسماء الله تعالى ولكن قولوا شهر رمضان

Maksudnya: “Jangan menyebut dengan ‘Ramadan’ karena ia adalah salah satu nama Allah, namun sebutlah dengan ‘Bulan Ramadan.'”

Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Sunan-nya (4/201), Adz Dzaahabi dalam Mizanul I’tidal (4/247), Ibnu ‘Adi dalam Al Kamil Fid Dhu’afa (8/313), Ibnu Katsir di Tafsir-nya (1/310).

Dalam Al-Maudhuat (2/545), Ibnul Jauzi mengatakan bahawa riwayat ini adalah palsu.

Tetapi, yang benar adalah sepertimana yang dikatakan dalam An-Nuka 'alal Maudhuat (41) oleh as-Suyuthi bahawa ia  adalah dhaif, dan bukannya palsu.

Ibnu 'Adi juga mendhaifkan hadis ini, serta an-Nawawi dalam al-Adzkar dan juga oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Baari (4/135).

Adalah dibolehkan untuk menyebut "Ramadan" sahaja, sepertimana pendapat jumhur ulama disebabkan oleh banyak hadis yang menyebutkan "Ramadan" tanpa didahului dengan sebutan "syahru" iaitu bulan.

7. Puasa tidak diterima jika tidak bayar zakat fitrah

tak bayar zakat fitrah tak diterima puasa ramadan

أن شهر رمضان متعلق بين السماء والأرض لا يرفع إلا بزكاة الفطر

Maksudnya: “Bulan Ramadhan bergantung di antara langit dan bumi. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali zakat fitrah.” 

Disebutkan dalam At Targhib Wat Tarhib (2/157) oleh al-Mundiziri, hadis ini didhaifkan oleh al-Albani dalam Dhaif At Targhib (664), dan Silsilah Ahadits Dhaifah (43).

Jika ada yang percaya dari hadis ini bahawa tidak diterimanya puasa seseorang itu dalam bulan Ramadhan oleh Allah SWT jika zakat fitrah belum dilunaskan, maka ia adalah aslah kerana hadis ini dhaif.

Kita tahu bahawa syarat sah puasa bulan Ramadan tidak termasuk zakat fitrah, namun seseorang itu akan berdosa jika tidak menjelaskan zakat fitrah.

Rujukan:

1. Muslim

2. Addeen

3. Islamic Research Foundation International




Hakcipta iluminasi.com (2017)