Pelbagai benda yang wujud dalam dunia ini mempunyai nilai yang tersangat tinggi, dan biasanya ia melibatkan sesuatu yang sangat jarang dijumpai, atau sangat sukar untuk dihasilkan.
Dan cecair juga tidak terkecuali menjadi item yang mana dijual dengan harga yang sangat mahal. Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah membeli cecair-cecair ini, membuatkan kita tak tahu bahawa ia berharga sangat mahal.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca semua senarai 7 cecair atau liquid yang termahal di dunia.
7. Raksa / Merkuri
Merkuri sangat mudah diperoleh di sekitar kita, iaitu dalam termometer. Sekali pandang, nampak macam tak mahal kan? Namun kuantiti yang anda nampak dalam termometer itu adalah sangat sedikit, namun itu bukan sebabnya.
Pengekstrakan dan pemprosesan merkuri yang diperoleh dari kerak Bumi adalah kerja yang sangat sukar dan mahal. Merkuri yang terdapat di Bumi biasanya berbentuk cinnabar iaitu merkuri sulfida, dan menjadi semakin sukar kerana ia merupakan logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik.
Harganya? RM3,500 seliter.
6. Insulin
Dengan harga di antara RM15,100 hingga RM102,000 seliter, insulin merupakan cecair ke-6 termahal di dunia. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang mengawal selia metabolisma karbohidrat, lemak dan protein dengan menggalakkan penyerapan glukosa dari darah.
Pelbagai penyakit boleh menjangkiti mereka yang mempunyai insulin rendah, termasuklah kencing manis, insulinoma, sindrom metabolik dan banyak lagi. Jadi, insulin diberikan kepada pesakit melalui sumber luar dalam bentik insulin manusia biosintetik, dan ia tidaklah murah, namun berbaloi.
5. Chanel No. 5
Bagi cecair-cecair dalam senarai ini, semuanya boleh atau digunakan untuk tujuan perubatan, namun lain pula bagi yang ini. Chanel No.5 adalah minyak wangi paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan dan dipasarkan sebagai produk flagship yang telah mengalahkan pesaing-pesaingnya.
Ia telah dihasilkan buat kali pertama pada tahun 1922 melalui kerja sama Coco Chanel dan ahli kimia, Ernest Beaux. Ernest merupakan pelopor dalam penggunaan aldehid dalam menghasilkan wangian yang sangat menakjubkan ini yang dijual dengan harga RM26,700 seliter.
4. Darah belangkas
Proses mengekstraak darah ketam "horseshoe" atau belangkas ini melibatkan penangkapan dan memerah darah haiwan ini, yang mana ia dilepaskan kembali. Darah haiwan ini tidak mempunyai hemoglobin, sebaliknyaa mempunyai hemocynin yang membuatkan warna darah menjadi biru.
Darah ini digunakan dalam mengesan endotoksin bakteria dalam aplikasi perubatan. Ia merupakan cecair ke-4 termahal di dunia dengan harga RM61,360 seliter.
3. Asid lisergik dietilamida (LSD)
Juga dikenali sebagai asid, cecair ini adalah sejenis ubat yang terkenal dengan kesan psikologinya termasuklah halusinasi, perubahan dalam kesedaran dan paranoid. Ia biasannya disintesis dengan tindakbalas di antara dietil amina dengan asid lysergik.
Satu dos LSD adalah di antara 40 hingga 500 mikrogram, kira-kira seberat sepersepuluh jisim butiran pasir. Namun dos yang sedikit ini mampu membuatkan anda khayal dan halusinasi dengan teruk.
Kos bagi asid ini mencecah RM125,800 seliter.
2. Bisa King Cobra
Racun atau sengat ular tedung adalah antara yang paling berbahaya di dunia yang berpotensi untuk membunuh gajah dewasa. Namun, manusia masih mengambil risiko tinggi untuk mengekstrak sengat ini daripada ular tedung.
Ini disebabkan racun ini mempunyai protein yang sangat unik iaitu Ohanin. Ohanin digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan ubat tahan sakit yang mana 20 kali ganda lebih kuat daripada morfin, tanpa sebarang kesan sampingan.
Ia dijual dengan harga RM156,400 seliter.
1. Bisa kalajengking
Dengan harga mencecah RM39.9 juta seliter, bisa kalajengking adalah cecair yang paling mahal di atas muka bumi. Hampir semua spesis kalajengking mempunyai bisa dalam badan mereka yang terutamanya digunakan untuk membunuh atau melumpuhkan mangsa atau musuh mereka.
Racun ini menjadi alat yang berguna kepada mereka apabila berhadapan dengan musuh. Seperti ular tedung, bisa kalajengking juga mempunyai ciri-ciri unik iaitu mempunyai protein yang digunakan dalam rawatan penyakit autoimun seperti penyakit radang usus, arthritis rheumatoid dan MS (multiple sklerosis).