Sejak kecil, kita sudah didedahkan dengan pelbagai buku kanak-kanak bukan sahaja untuk memupuk minat membaca, tetapi mengajar kita mengeja, mendengar dan menyebut sesuatu perkataan dengan betul.
Melihat sahaja tajuk artikel ini, mungkin ramai pembaca yang akan meneka bahawa buku kanak-kanak paling popular sepanjang zaman mestilah buku Harry Potter tulisan J. K. Rowling kerana popularitinya sehingga difilemkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, sangkaan tersebut kurang tepat. Kali ini, kami ingin kongsikan pula senarai 7 buku kanak-kanak palling popular sepanjang zaman. Lebih mengejutkan, buku yang berada di tangga pertama dalam senarai ini adalah buku yang asalnya berbahasa Perancis!
7. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, J. K. Rowling (1999) - > 60 juta salinan
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban adalah novel fantasi yang ditulis oleh pengarang Inggeris J. K. Rowling dan merupakan yang ketiga dalam siri Harry Potter. Buku ini mengikuti Harry Potter, seorang ahli sihir muda pada tahun ketiga di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. B
ersama dengan rakan-rakan Ronald Weasley dan Hermione Granger, Harry menyiasat Sirius Black, seorang tahanan yang melarikan diri dari Azkaban, penjara penyihir yang dipercayai salah satu sekutu lama Lord Voldemort.
6. Harry Potter and the Chamber of Secrets, J. K. Rowling (1998) - 77 juta salinan
Harry Potter and the Chamber of Secrets adalah novel fantasi yang ditulis oleh pengarang Inggeris J. K. Rowling dan novel kedua dalam siri Harry Potter. Buku ini diterbitkan di United Kingdom pada 2 Julai 1998 oleh Bloomsbury dan kemudian di Amerika Syarikat pada 2 Jun 1999 oleh Scholastic Inc.
Walaupun Rowling mengatakan bahawa beliau sukar untuk mennyiapkan buku ini, ia mendapat pujian dan penghargaan tinggi daripada pengkritik, pembaca dan industri buku walaupun sebilangan pengkritik menganggap kisah dalam buku ini mungkin terlalu menakutkan bagi anak-anak yang lebih muda.
5. The Adventures Of Pinocchio, Carlo Collodi (1881) - 80 jutaa salinan
The Adventures of Pinocchio ( dalam bahasa Itali dikenali sebagai Le avventure di Pinocchio) adalah novel untuk kanak-kanak oleh pengarang Itali Carlo Collodi, berlatarbelakangkan kawasan Pescia. Ianya mengenai pengembaraan seorang watak nakal animasi bernama Pinocchio dan ayahnya, seorang pengukir kayu miskin bernama Geppetto.
Ia pada asalnya diterbitkan dalam bentuk bersiri dalam salah satu majalah mingguan Itali bermula dari 7 Julai 1881. Kisah ini berhenti selepas hampir 4 bulan dan 8 episod pada Bab 15 tetapi atas permintaan ramai dari pembaca, episod tersebut disambung pada 16 Februari 1882. Pada bulan Februari 1883, kisah itu diterbitkan dalam satu buku.
4. The Lion, The Witch And The Wardrobe, CS Lewis (1950) - 84 juta salinan
The Lion, the Witch and the Wardrobe adalah novel fantasi untuk kanak-kanak yang ditulis oleh C. S. Lewis, yang diterbitkan oleh Geoffrey Bles pada tahun 1950. Ia adalah yang pertama diterbitkan dan judul paling terkenal dengan tujuh novel dalam siri The Chronicles of Narnia (1950–1956)
Walaupun pada asalnya adalah yang pertama dari The Chronicles of Narnia, ia adalah jilid dua dalam edisi terbaru yang disusun mengikut kronologi cerita. Seperti judul lain, ia diilustrasikankan oleh Pauline Baynes. Dianggarkan 84 juta salinan telah terjual.
3. Harry Potter And The Philosopher’s Stone, JK Rowling (1997) - 120 juta salinan
Buku pertama untuk siri Harry Potter ini telah terjual hampir dua kali lebih banyak salinan daripada sekuelnya. Buku ini adalah novel fantasi yang ditulis oleh pengarang Inggeris J. K. Rowling dan terjual lebih 120 juta salinan.
Novel ini memberi kita gambaran pertama mengenai Hogwarts, Voldemort, Snape, Quidditch dan seribu nama dan konsep lain yang kini tidak asing lagi. Namun yang peliknya, judulnya diubah menjadi Harry Potter and the Sorcerer's Stone untuk versi Amerika Syarikat.
2. The Hobbit, JRR Tolkien (1937) - 150 juta salinan
The Hobbit adalah novel fantasi kanak-kanak oleh pengarang Inggeris J. R. R. Tolkien. Ia diterbitkan pada tahun 1937 dengan pujian kritis, dinominasikan untuk Carnegie Medal dan dianugerahkan hadiah dari New York Herald Tribune untuk fiksyen remaja terbaik. Buku ini tetap popular dan diiktiraf sebagai klasik dalam sastera kanak-kanak.
Perkemebangan peribadi dan kepahlawanan adalah tema utama cerita dalam buku ini bersama dengan motif perang. Pengetahuan ilmiah penulis mengenai filologi Jerman dan minat dalam mitologi dan dongeng sering diperhatikan sebagai pengaruh dalam buku ini.
1. The Little Prince (Le Petit Prince), Antoine de Saint-Exupry (1943) - 150 juta salinan
Kisah kanak-kanak klasik dari Perancis boleh dikatakan kurang terkenal di dunia berbahasa Inggeris daripada kisah-kisah lain dalam senarai ini. Itu belum dilihat dari segi keuntungan dari blockbuster utama Hollywood (walaupun terdapat kisah animasi Perancis pada tahun 2015 diterima dengan baik), tetapi masih sangat popular di benua ini.
Buku ini adalah kisah seorang juruterbang yang terhempas di gurun Sahara dan ketika memperbaiki pesawatnya, bertemu dengan seorang putera pelik yang mengaku berasal dari asteroid. Buku ini dianggarkan telah terjual sebanyak 150 juta salinan seluruh dunia.
Kredit: