Oleh pada 15 Jul 2017 kategori

Di atas muka bumi ini terdapat terlalu banyak jenis buah-buahan. Berapa jumlahnya secara tepat tidak dapat diketahui kerana amat mustahil untuk dikira. Ini adalah kerana setiap jenis buah mempunyai kepelbagaian nya pula. Sebagai contoh, buah epal sahaja mempunyai 7,500 jenis dan pisang mempunyai 1,600 jenis.

Selain itu, buah-buahan ini selalu dikahwinkan dan akan menghasilkan spesis baru, jadi terlalu sukar untuk mengira secara tepat. Namun, terdapat buahan-buahan yang dikategorikan dalam kategori eksotik kerana jarang ditemui.

Bagi orang luar, Durian adalah salah satu buahan yang jarang bagi mereka, namun tidak bagi kita. Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 7 jenis buah-buahan eksotik yang sangat jarang ditemui.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Buah Biriba

Sekali pandang nampak macam Durian, tapi bukan. Buah ini yang juga diberi nama "wild-sugar apple", ia biasanya dijumpai di kawasan tropika Amerika Selatan. Datang dari keluarga "custard apple", buah ini berwarna hijau ketika masih muda dan semakin kekuningan apabila masa. Dan rasanya pula? Ia sangat lembut dan manis, seakan-akan pai lemon.

Selain itu, batang pokok ini sangat tahan dan sesuai untuk penghasilan bot.

2. Jabuticaba

jabuticaba

Seram juga bila tengok buah ini pada pokok, macam ketumbuhan. Buah yang bentuknya yang seakan-akan anggur ini biasanya dijumpai di Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina, Peru, Paraguay Dan Bolivia. Ia boleh dimakan begitu sahaja ketika mentah dan juga digunakan untuk membuat jeli, wain dan juga arak. 

Di Brazil, buah ini se-popular anggur. Dari segi perubatan, ia digunakan untuk merawat hemoptysis, asma, cirit-birit, dan dikumur untuk radang tonsil yang kronik. Disebabkan jangka hayat buah ini yang terlalu singkat, ia tidak dipasarkan di luar kawasan yang ditanam. Jadi, kalau anda nak rasa, anda kena pergi ke Amerika Selatan.

3. Kiwano

kiwano 902

Buah berupa bentuk pelik ini dikenali sebagai Kiwano atau timun berduri Afrika. Ia merupakan tanaman tradisional di Afrika. Ia berwarna oren dan hijau apabila masak, mempunyai isi seperti jeli dan teksturnya seperti buah delima. Rasanya pula dikatakan seperti gabungan antara pisang danyang segar menjadikan buah ini dijadikan snek, salad atau koktel. Kadang-kadang ia juga digunakan sebagai dekorasi.

Apa yang unik mengenai buah ini adalah ia boleh dimakan walaupun ia masih belum masak. Jika ia terlebih masak, ia akan meletup dan menyebarkan benihnya. Buah ini kaya dengan Vitamin A, Beta-karoten dan Magnesium.

4. Tamarillo

tamarillo 33

Rupa bentuknya tak ubah seperti tomato kecil yang berasal dari Amerika Selatan. Ia boleh membesar sehingga 10 sentimeter panjang dan boleh dijumpai dengan warna kuning, hijau, merah dan seakan ungu. Rasanya dikatakan seakan-akan buah Markisa (passionfruit) dan biasanya digunakan dalam manisan dan juga masakan.

5. CupuaƧu

cupuacu

Agak terbelit lidah cara nak sebut nama buah ini, tapi ia juga biasanya dieja dengan ejaan cupuassu. Merupakan pokok hujan tropika yang ada hubungkait dengan koko. Biasa dijumpai di Amazon dan ditanam di hutan-hutan sekitar Peru, Bolivia, Colombia dan juga utara Brazil. 

Isinya bertesktur pelik dan berwarna putih, serta mengeluarkan bau campuran coklat dan nenas. Ia boleh menggantikan koko dan coklat dalam masakan. Digunakan secara meluas dalam penghasilan manisan, jus serta gula-gula.

6. Australian finger lime

australian lime

Berasal dari hutan hujan tropika dan hutan hujan kering di sempadan Queensland dan New South Wales, Australia. Rupa bentuk luarannya seakan-akan timur namun jika isinya dikeluarkan, ia kelihatan sama seperti telur ikan.

Isinya mempunyai beberapa warna termasuk hijau dan merah. Rasa yang terkandung dalam kantung-kantung kecil sama seperti limau purut.

7. Buah Hala

buah hala

Tergolong dalam spesis pandan, buah yang sangat cantik ini berasal dari timur Australia iaiatu Malesia dan Pulau Pasifik. Nama lain bagi buah ini adalah "Pandan Tahiti". Ia merupakan sumber makanan utama di Micronesia terutamanya di pulau. 

Isinya boleh dimakan sama ada mentah atau dimasak terlebih dahulu. Rasanya tidak diketahui tetapi menurut sumber, ia berasa manis. Bahagian yang berwarna hijau pula digunakan untuk membersihkan gigi secara semulajadi.

Daunnya boleh digunakan sebagai perasa makanan manis seperti jem kaya. Di Sri Lanka, daunnya digunakan dalam masakan dan daunnya dimasukkan ke dalam kari manakala di Polynesia pula, daunnya dianyam menjadi raga atau tikar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)