Dengan populasi dunia yang semakin meningkat, makin ramai orang yang cuba lari dari kesibukan kota untuk membina rumah atas pokok, dalam hutan ataupun membina rumah bawah tanah seperti puak Hobbits dalam filem Lord of the Rings. Kami kongsikan 10 buah rumah bawah tanah yang mesra alam dan mengagumkan dari seluruh dunia ini:
#1 Festus, Missouri
BESARKAN TEKS A- A+
Rumah moden dengan penggunaan tenaga yang cekap yang dibina di dalam guna batu pasir ini meliputi kawasan seluas 15,000 kaki persegi. Dibina oleh Curt dan Deborah Sleeper, rumah ini mempunyai ciri-ciri hiasan dalaman yang moden yang berlatarbelakangkan dinding batu pasir secara semula jadi.
Rumah ini tidak memerlukan sebarang alat pendingin hawa atau pemanas kerana rekaan geotermanya boleh menyejuk dan memanaskan rumah dengan sendiri. Sebelum diubahsuai, tapak ini sebenarnya merupakan lokasi konsert dan gelanggang bermain kasut luncur.
#2 Druidstone, Wales
Rumah kontemporari ini diangkat sebagai salah satu karya teragung seni bina Wales. Ia digelar rumah "Teletubby" kerana rekaan yang berbumbungkan padang rumput dengan serombong keluli. Walaupun seni binanya agak ringkas dengan sebuah bilik yang dihadang menggunakan pod berwarna pasang siap, kawasan landskap di luar rumah amat cantik dan amat berpadanan dengan persekitaran.
#3 Lower Silesia, Polanda
Rumah bawah tanah yang dibina oleh KWK Promes ini direka supaya bumbung rumputnya hanya boleh diakses oleh penghuni melalui binaan tangga di bahagian dalam rumah.
#4 Cumbria, England
Rumah dua tingkat yang siap dibina pada tahun 2004 ini dibina di atas tapak kuari oleh arkitek John Bodger untuk pasangan Phil dan Helen Reddy.
#5 North Norfolk, United Kingdom
Walaupun hampir keseluruhan rumah ini terletak di bawah tanah, ia dibina agar dapat memaksimakan penerimaan cahaya matahari. Rekaannya mesra alam, mudah untuk disejukkan atau dipanaskan suhu persekitaran dan mempunyai sistem tadahan air hujan yang sangat unik.
#6 Dietikon, Switzerland
Estet perumahan yang dibina oleh Vetsch Architektur ini merangkumi 9 buah rumah yang dihubungkan oleh tangga menghala ke bawah tanah dan juga ruang letak kereta bawah tanah. Rumah mesra alam ini menggunakan tanah sebagai penebat haba sebagai perlindungan daripada hujan, cuaca melampau, angin dan lelasan. Cantik sangat kan!
#7 Vals, Switzerland
Lagi sebuah rumah unik di Switzerland yang dibina dalam tanah ini direka oleh SeArch dan Christian Müller Architects. Bandar Vals sememangnya terkenal dengan kolam air panas dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Rumah ini berada di lokasi yang sangat strategik kerana mendapat kedua-dua kelebihan itu. Selain itu, rumah ini juga tidak perlu menggunakan alat pemanas semasa musim sejuk atau pendingin hawa semasa musim panas. Jimat banyak!