Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

Walaupun terdapat berjuga-juta spesis haiwan di atas muka bumi ini, namun banyak daripadanya telah pupus akibat kerakusan manusia tanpa sempadan. Antara penyebab kepupusan haiwan adalah pembalakan yang menghancurkan habitat haiwan, pemburuan untuk mendapatkan kulit dan tanduk serta pembunuhan tanpa sebab.

Jika artikel sebelum ini mengisahkan tentang 5 Spesis Haiwan Yang Sedang Berhadapan Ancaman Kepupusan Kritikal, kali ini iluminasi.com ingin berkongsi 4 spesis haiwan di antara haiwan-haiwan yang telah pupus daripada muka bumi ini akibat perbuatan manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Harimau Tasmania

tasmanian tiger 2 801

Harimau ini merupakan karnivor marsupial terbesar satu ketika dahulu dan wujud di Australia. Ia dikenali sebagai Harimau Tasmania disebabkan oleh belang di belakangnya. Harimau ini merupakan yang terakhir wujud bagi kumpulan spesis mereka.

Menurut bukti-bukti yang ada, harimau Tasmania ini agak pemalu, aktif pada waktu malam dan bersaiz seperti seekor anjing sederhana. Tapi ia berbeza daripada anjing kerana ekornya yang kaku serta mempunyai poket di bahagian perut seperti kanggaru.

Mereka dianggap sebagai pemangsa yang sangat menggerunkan kerana kebolehan dalam bertahan untuk hidup di dalam kawasan yang sangat kurang penduduknya.

harimau tasmania

Harimau Tasmania menjadi semaking jarang ditemui dan dikatakan telah pupus di tanah besar Australia sebelum kedatangan British di benua itu. Namun, mereka masih wujud di pulau Tasmania termasuklah spesis endemik iaitu "Tasmanian devil".

pemburuan

Disebabkan pemburuan yang sangat berleluasa akibat nafsu manusia merupakan salah satu faktor kepupusan haiwan ini. Haiwan ini juga dikatakan terperangkap dan ditembak kerana memburu dan memakan haiwan ternakan. Mereka juga dijadikan sebagai kambing hitam kepada pulangan kewangan yang teruk dan kerugian yang tinggi dialami oleh kawasan luar bandar Tasmania satu ketika dulu.

Faktor-faktor lain adalah disebabkan oleh penyakit, kewujudan anjing dan juga pencerobohan habitat mereka oleh manusia. Harimau Tasmania diisytiharkan sebagai pupus pada 1936 selepas kematian spesimen terakhir, walaupun terdapat individu yang mengatakan mereka ternampak harimau ini sehingga ke hari ini, namun ia tidak dapat disahkan.

2. Quagga

quagga 2

Quagga adalah merupakan haiwan subspesis kuda belang biasa yang tinggal di Afrika Selatan, walaupun ada yang beranggapan ia sebagai spesis yang berbeza. Ia diberi nama quagga kerana bunyi yang dikeluarkan oleh mereka yang berbuyni seperti "kwa-ha-ha".

Apa yang membezakan quagga daripada kuda belang biasa adalah corak terhad terutama belang berwarna coklat dan putih yang hanya ada pada bahagian depan badan. Bahagian belakang badan pula tidak mempunyai belang, menyerupai kuda. Ada pihak yang mengatakan ia adalah gabungan antara kuda belang dan kuda.

quagga 61

Hanya sedikit diketahui mengenai haiwan ini iaitu mereka biasanya berkumpul dalam kumpulan 30 hingga 50 ekor. Mereka dikatakan liar dan periang serta lebih jinak daripada kuda belang biasa. Bilangan quagga dikatakan sangat banyak satu ketika dahulu di kawasa Karoo, wilayah Cape dan juga di bahagian selatan Orange Free State di Afrika Selatan

Namun, oleh kerana ia sangat mudah dijumpai dan dibunuh, haiwan ini menjadi mangsa peneroka Belanda dan juga orang Afrika untuk mendapatkan daging dan kulit. Kulit mereka diperdagangkan dan juga digunakan bagi kegunaan tempatan. Quagga juga kemungkinan terancam akibat persaingan dengan haiwan peliharaan untuk mendapatkan makanan. Program pembiakan telah dijalankan untuk menjaga spesis haiwan ini dimana beberapa ekor dibawa ke zoo namun ia tidak berjaya.

quagga 3

Populasi liar terakhir yang hidup adalah di Orange Free State, dan pada tahun 1878, quagga telah pupus dari atas muka bumi Afrika. Spesis tawanan terakhir telah mati di Amtersdam pada 12 Ogos 1883. Hanya seekor quagga yang pernah diambil gambar ketika hidup dan sehingga ke hari ini, hanya terdapat 23 kulit quagga dipelihara.

3. Passenger Pigeon

passenger pigeon

Satu ketika dahulu di Amerika Syarikat, burung merpati ini menyumbang kepada 25 hingga 40 peratus populasi burung. Habitat burung ini adalah hutan besar di timur Amerika Utara namun selepas peneroka menebang pokok dan membersihkan hutan untuk dijadikan tanah perladangan, burung merpati ini terpaksa berpindah untuk meneruskan hidup.

Menurut Institut Smithsonian, kawanan besar burung ini kerap menyebabkan kerosakan pada tanaman dan para petani membalas dengan menembak mereka dan dijadikan sumber makanan.

passenger pigeon flock 328

Pada abad ke-19, berlakunya pemburuan dan pemerangkapan berleluasa terhadap burung merpati ini yang menyebabkan populasi mereka berkurangan dengan sangat mendadak.

Burung merpati spesis yang terakhir hidup di atas muka bumi ini yang bernama Martha, telah mati ketika berusia 29 tahun pada tahun 1914 di Zoo Cincinnati, Amerika Syarikat.

4. Bubal Hartebeest

bubal hartebeest

Bubal hartebeest adalah merupakan subspesis kijang Afrika yang biasanya dijumpai di utara Gurun Sahara, Afrika Utara. Warnanya dikatakan seakan-akan warna pasir dan berukuran 110 sentimeter keliling di bahagian bahunya serta tanduknya kelihatan seperti huruf U jika dilihat dari pandangan hadapan.

Bubal hartebeest adalah spesis yang jinak dan sosial seperti kijang-kijang yang lain. Sekawanan 100 hingga 200 ekor haiwan ini boleh dilihat di utara Morocco pada tahun 15723, menurut Luis del Marmol Carvajal.

bubal hartebeest 2

Pada pertengahan abad ke-19, bilangan subspesis ini menjunam dengan mendadak selepas penawanan Algeria oleh Perancis apabila seluruh kawanan haiwan telah dibunuh serentak oleh tentera koloni. Namun, haiwan ini masih wujud dan hanya boleh dijumpai di barat laut Afrika menjelang tahun 1867.

Pada tahun 1917, satu kawanan terakhir sebanyak 15 ekor telah yang dijumpai berdekatan Outat El Haj, Morocco, dan 12 ekor daripadanya telah ditembak dan terbunuh. Spesis terakhir haiwan ini adalah di Morocco yang akhirnya telah ditembak pada tahun 1925 di Missour.

Rujukan :

International Union for Conservation of Nature

Huffington Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)