Seseorang individu mungkin meminati sesuatu minyak wangi berdasarkan baunya. Ketahanan minyak wangi pula bergantung pada grednya, selalunya dilabel sebagai Parfum, EDP, ETC, EDC dan EDF.

Penjelasan mengenai perbezaan label-label ini pernah kami tulis panjang lebar dalam artikel Apakah Beza Minyak Wangi Jenis Parfum, Eu de Parfum dan Eu de Toilette?.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya anda seorang peminat minyak wangi daripada jenama tertentu, pernahkah anda melihat senarai isi kandungan pada botol atau kotak bungkusan minyak wang tersebut?

Terdapat beberapa faktor yang menentukan harga sebotol minyak wangi antaranya jenama (sudah tentu jenama terkenal lebih mahal), konsentrasi kandungan pewangi (parfum umumnya lebih mahal berbanding EDT, EDC dan lain-lain), keunikan bau dan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

bahan pelik dalam pewangi perfume

Walaupun kebanyakan minyak wangi pada hari ini menggunakan bahan-bahan sintetik untuk baunya, terdapat juga minyak wangi yang masih dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang "rare" untuk menghasilkan bau yang unik. Sudah tentu, kesukaran mendapatkan bahan-bahan ini menjadikan harganya melonjak tinggi.

1. Ambergris

ambergris

Ambergris adalah air liur ikan paus yang biasanya dijumpai menempel di lapisan usus ikan paus. Bahan ini digunakan kerana kemampuannya meningkatkan haruman dan aroma kasturi dan digunakan dalam minyak wangi Chanel No. 5 yang asli.

Walaupun sebahagian besar minyak wangi yang menggunakan bahan ini sudah menggantikannya dengan varian sintetik (seperti yang terdapat dalam minyak wangi Thierry Mugler's Alien Eau Extraordinaire), dikhabarkan ianya masih terdapat dalam minyak wangi jenama luar negara.

Disebabkan kesukaran mendapatkan bahan ini, ianya dikatakan antara bahan termahal untuk menghasilkan minyak wangi. Silakan baca artikel kami Ambergris - Muntah Ikan Paus Yang Digunakan Dalam Minyak Wangi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahan yang unik ini.

2. Bacon

bahan pelik minyak wangi

Bacon atau daging salai khinzir juga pernah digunakan untuk menghasilkan minyak wangi. Bacon dikenali dengan aroma asin dan asapnya yang unik dan digunakan dalam wangian Farginnay Bacon Classic, yang dilancarkan pada tahun 2010.

Selain minyak wangi, bacon juga pernah digunakan dalam penghasilan gel sabun mandi. Tidak dapat dipastikan bagaimana baunya diekstrak dan digunakan tapi bagi orang Muslim, mereka perlulah menjauhi minyak wangi yang diperbuat daripada bahan ini.

3. Kaktus

pokok kaktus

Kaktus mempunyai banyak kegunaan termasuk penghasilan makanan, alatan, perubatan dan upacara ritual. Kaktus juga adalah tanaman succulent yang popular sekarang. Tetapi tahukah anda ia juga telah digunakan dalam wangian?

Kaktus mengeluarkan aroma hijau yang segar yang banyak digunakan dalam penghasilan minyak wangi unisex. Ia digunakan dalam Xeryus Rouge dan Demeter Prickly Pear Parfum Givenchy.

4. Ganja

minyak dari ganja 275

Ganja terkenal dengan penggunaan rekreasi, tetapi aroma herbanya yang unik dan khas menyebabkannya pernah digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak wangi.

Walaupun kebanyakan pembuat minyak wangi bergantung pada bahan sintetik untuk meniru bau ganja, syarikat Demeter memasukkan bahan ini pada wangian Cannabis Flower miliknya. Minyak wangi ini adalah wangian ganja sejati yang mengimbangi aroma bau bunga dan rempah.

5. Castoreum

castoreum

Vanilla adalah ramuan yang lazim dan digemari oleh banyak wangian terlaris di pasaran. Namun, tahukah anda bahawa rembesan dari dubur memerang juga dapat menghasilkan aroma vanila yang unik? Dikenali sebagai castoreum, bahan ini sering digunakan dalam minyak wangi bertema bau kulit klasik.

Sehingga abad ke-18, castoreum banyak digunakan untuk merawat pelbagai keadaan daripada sakit kepala hingga histeria. Castoreum kini digantikan oleh bahan sintetik dan hyraceum. Filat de Dieu Etat Libre d'Orange adalah wangian yang terkenal dengan penggunaan kastoreum dalam pembuatannya.

6. Najis musang luwak

calvin klein obsession for men

Mungkin anda pernah dengar mengenai kopi luwak, salah satu kopi paling mahal di dunia yang berasal dari Indonesia?

Selain dijadikan kopi, najisnya juga menghasilkan bau floral apabila direndam dalam alkohol. Wangian Calvin Klein Obsession for Men antara minyak wangi yang menggunakan bahan ini kerana aromanya yang berseri dan lembut.

7. Mesiu / Serbuk Letupan

serbuk letupan

Serbuk mesiu, juga dikenali sebagai serbuk hitam, adalah sebatian kimia yang terdiri daripada sulfur, arang dan kalium nitrat. Serbuk ini banyak digunakan sebagai bahan pendorong dalam senjata api, roket, bunga api dan digunakan sebagai bahan letupan dalam pelombongan dan kuari.

Penggunaannya dalam industri minyak wangi adalah kerana aroma "pedas" dan berasapnya. Walaupun bau mesiu kedengaran seperti aroma untuk lelaki, ia juga digunakan dalam penghasilan wangian feminin seperti Flowerbomb Nectar oleh Viktor & Rolf.

Kredit:

  1. FragranceX
  2. The Cut
  3. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)