Siapa tak sukakan wangi-wangian? Lumrah manusia diciptakan menyukai kecantikan dan wangian. Dan bagi sesetengah orang, wangian ini merupakan perkara terpenting dalam melambangkan kecantikan dan meningkatkan ketrampilan mereka. 

Harga sebotol minyak wangi yang ada di pasaran biasanya di antara RM50 hingga RM500 mengikut jenama. Namun, terdapat beberapa jenis jenama minyak wangi yang agak luar biasa harganya, yang mampu membeli sebuah banglo di Putrajaya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 minyak wangi yang paling mahal pernah dijual di pasaran.

5. Clive Christian No.1 - RM15,408 (100ml)

clive christian

Mungkin ada yang tak pernah dengar jenama minyak wangi ini, tapi ia berada di tangga ke-2 minyak wangi termahal di dunia. Ia merupakan minyak wangi hasil ciptaan Clive Christian, syarikat minyak wangi yang British yang bermula pada tahun 1999. Clive Christian mula bergiat dalam pembuatan minyak wangi setelah membeli syarikat minyak wangi tersohor British yang diasaskan pada tahun 1871 iaitu Crown Perfumery.

Gabungan bergamot, damar semulajadi, orris, cendana, vanila dan juga ekstrak tumbuhan ylang-ylang yang terdapat di Madagascar telah menghasilkan minyak wangi yang berharga RM9245 bagi kuantiti 60ml.

4. Coco Mademoiselle - RM60,200 (100ml)

coco

Coco Mademoiselle adalah koleksi Les Grand Extrais dari jenama fesyen terkenal, Chanel. Minyak wangi ini mempunyai bauan bunga yang sangat sesuai untuk wanita dan dijual dengan harga RM602 bagi setiap mililiter ketika dilancarkan.

3. Baccarat Les Larmes Sacrees de Thebes - RM99,000 (100ml)

les larmes sacrees de thebes 2

Dihasilkan oleh syarikat minyak wangi Perancis iaitu Baccarat, minyak wangi Les Larmes Sacrees de Thebes merupakan ke-3 termahal di dunia dengan harga RM990 bagi 1ml. Hasil tangan Christine Nagel, seorang ahli kimia dari Switzerland ini menggabungkan bauan jasmin, ylang-ylang, buah pelaga, kemenyan, mur, geranium, selasih, kasturi, myrtle dan juga cendana. Wangian unik yang sangat harum ini dibotolkan dengan botol kristal dan tudungnya dihasilkan dalam bentuk piramid klasik.

2. Clive Christian Imperial Majesty - RM193,446 (100ml)

clive christian imperial majesty

Juga merupakan hasil daripada Clive Christian, "Imperial Majesty" berada di tangga ke-2 senarai minyak wangi paling mahal di dunia. Minyak wangi "Imperial Majesty" ini dijual dalam kuantiti 16oz (473ml) dengan harga RM915,000 bersamaan RM1934 bagi setiap 1ml.

clive christian imperial majesty 2

Botol minyak wangi ini pula bukannya botol biasa yang anda boleh tinggal merata-rata kerana tudungnya mempunyai salutan emas dan berlian 5 karat. Dan dianggarkan setiap semburan Imperial Majersty berharga RM160, mungkin lebih mahal dari baju yang anda pakai.

Hanya 10 unit sahaja dihasilkan.

1. DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance - RM4.3 juta

dkny golden delicious million dollar fragrance

Entah nak nangis atau nak kagum dengan minyak wangi yang berharga sebegini mahal. Ia merupakan hasil kerjasama antara DKNY dan pereka barang kemas popular, Martin Katz, maka terhasilah perfume termahal di dunia iaitu Golden Delicious Million Dollar Fragrance. Dijual dengan harga RM4.3 juta, apa yang membuatkan perfume ini mahal adalah botolnya, yang dihiasi dengan 200 bentuk nilam kuning, lebih dari 2,000 bentuk berlian putih, berlian merah jambu, berlian biru laut, berlian berbentuk ros, sebentuk rubi 3 karat. 

dkny golden delicious million dollar fragrance 3

Pada tudung botol minyak wangi pula dihiasi dengan berlian kuning 2.43 karat. Mungkin pembeli minyak wangi ini boleh jual balik botol ini bila duit simpanan dah habis.

Rujukan : 

1. Luxury And Glamour

2. Wonderslist




Hakcipta iluminasi.com (2017)