Sehingga kini, anggaran populasi manusia di Bumi adalah sekitar 7.7 bilion orang, di mana 31.62 juta atau 0.4% daripadanya tinggal di Malaysia.

Dan daripada jumlah ini, diri anda adalah unik bermakna tiada sesiapa yang menyerupai anda 100% dari segala segi.

Kita semua tahu bahawa cap jari adalah unik, tetapi terdapat beberapa bahagian atau anggota badan lain yang juga sangat unik dan hanya dimiliki oleh anda sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 bahagian badan yang unik selain daripada cap jari.

1. Mata

mata unik

Mata adalah tingkap kepada jiwa dan identiti anda. Iris, otot yang membuka dan menutup anak mata untuk mengawal berapa banyak cahaya memasuki mata, mempunyai corak tekstural yang kecil.

DNA menentukan warna dan struktur iris, tetapi corak dan pecahan yang berlaku semasa perkembangan janin, menjadikan setiap iris unik. Malah, kedua-dua iris pada mata anda juga berbeza antara satu sama lain.

Corak ini dikatakan muncul ketika janin membuka dan menutup mata yang sedang berkembang, dan tisu iris mengetat dan berlipat.

2. Telinga

bentuk telinga unik

Cuba pegang telinga anda dan rasa lekukannya. Anda adalah satu-satunya orang di dunia yang mempunyai bentuk tersebut.

Dalam satu kajian British, para penyelidik mencipta satu algoritma yang dapat mengenal pasti satu individu daripada lebih 250 orang lain dengan kadar ketepatan 99.6% dengan menganalisis bagaimana cahaya memantulkan bentuk lekuk telinga.

Telinga adalah pengenal berguna sehinggakan Yahoo sedang membangunkan teknologi untuk membuka kunci telefon pintar dengan pengimbas telinga.

Seseorang yang menerima panggilan akan membuka kunci telefon dengan hanya menekannya ke telinga. Dahsyat kan?

3. Bibir

cap bibir yang unik

Satu kajian dalam Journal of Forensic Gental Sciences mendapati bahawa corak ketinggian dan lekukan di bibir adalah unik seperti cap jari. Dengan ini, ia juga boleh menjadi bukti jika berlaku sebarang jenayah.

Tetapi terdapat satu masalah sahaja. Walaupun cap bibir telah digunakan sebagai pengenalan di mahkamah dalam kes terpencil, namun penjenayah biasanya tidak mencium atau meninggalkan cap ini di lokasi jenayah. 

4. Lidah

corak lidah unik

Seperti cap jari, lidah juga mempunyai bentuk dan teksturnya sendiri, dan benjolan serta lekuk kecilnya tersebar dengan corak yang unik.

Corak ini jarang berubah dari masa ke masa kerana lidah dilindungi di dalam mulut, tidak seperti cap jari yang terdedah kepada perubahan seperti terbakar, berparut dan sebagainya.

Para penyelidik kini sedang membangunkan pengimejan lidah 3-D untuk membantu mengenal pasti identiti individu.

5. Gigi

gigi adalah unik

Gigi anda bukan sahaja mendedahkan DNA anda yang mana rekod pergigian sering digunakan untuk mengenal pasti mayat, tetapi unik kepada anda berdasarkan tabiat peribadi anda.

Anda mungkin menggilap gigi anda, main instrumen tertentu atau menggigit kunci dalam perjalanan ke kereta. Perkara-perkara ini membuatkan gigi anda sangat unik dan tidak sama dengan sesiapa pun di dunia.

Malah, disebabkan kesan persekitaran seperti ini, ia membuatkan sepasang kembar seiras mempunyai set gigi yang berbeza.

Ekstra 

6. Cara berjalan

cara berjalan adalah unik

Cara jalan bukanlah anggota badan, tetapi ia juga merupakan pergerakan oleh tubuh badan yang hanya dimiliki oleh individu itu sendiri. Ini bermakna cara anda berjalan adalah unik.

Cuba kenal pasti cara anda berjalan. Adakah anda mengheret sebelah kaki? Atau berjalan secara melantun? Walaupun anda tidak pernah perasan apa-apa yang luar biasa tentang cara anda berjalan, namun sistem yang canggih boleh melakukannya.

Apabila pasukan jurutera biologi antarabangsa menganalisis corak tekanan kaki lebih daripada 100 peserta, mereka mengenal pasti individu dengan kadar ketepatan 99.6%.

Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan, pengenalan cara berjalan mungkin boleh menjadi satu cara untuk mengenal pasti individu dari jarak jauh seperti rakaman kamera yang mengenalpasti perompak berjalan keluar dari bank.

7. Suara

tubuh unik selain cap jari ben laden

Sama seperti cara berjalan kaki, suara juga bukanlah satu anggota badan tetapi tiada siapa yang memiliki suara yang sama seperti anda.

Sesetengah ciri vokal mudah dikesan, seperti kekerapan (tinggi atau rendah) dan intensiti (kuat atau lembut). Walau bagaimanapun, ciri-ciri lain seperti resonan atau sengau biasanya lebih sukar untuk dijelaskan.

Saluran vokal unik individu adalah sebahagian daripada genetik dan sebahagiannya dipelajari. Panjang leher seseorang dan lebar pharynx memainkan peranan, tetapi begitu juga dengan ciri-ciri yang dipelajari seperti pergerakan bibir dan sebutan vokal.

Berdasarkan ciri-ciri gabungan ini, saintis telah mencipta sistem untuk mengenali suara seseorang secara automatik jika ia telah dirakam dalam pangkalan data.




Hakcipta iluminasi.com (2017)