Oleh pada 30 Jun 2022 kategori

Tidak dinafikan lagi Mat Kilau adalah pahlawan terbilang di negara kita. Mat Kilau atau nama sebenarnya Mat Kilau Bin Imam Rasu Bin Shahrom dikatakan pernah mati sebanyak dua kali (kematian palsu) semasa berjuang menentang penjajah British di Pahang. Tarikh lahir Mat Kilau yang sebenar tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi dianggarkan Mat Kilau lahir sekitar tahun 1865 ke tahun 1867 di Jerantut Pahang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ayah beliau iaitu Rasu Bin Shahrom atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah juga adalah seorang pejuang hebat yang mengetuai pasukan pemberontak untuk menentang penjajah British. Sebagai anak kepada Tok Gajah, kehebatan bersilat Mat Kilau tidak boleh dipertikaikan.

Selain bersilat, di usia mudanya, Mat Kilau juga mengajar anak-anak kecil dan orang dewasa membaca Al-Quran. Banyak lagi kisah-kisah menarik tentang Mat Kilau yang terputus untuk sampai ke generasi hari ini. Di sini kami rangkumkan serba sedikit amalan-amalan dan karakteristik Mat Kilau seperti yang diceritakan oleh cucunya, Sulong Bin Ibrahim serta sahabatnya bernama Tok Ngah Taib Bin Musa.

1. Mat Kilau amalkan mandi air embun untuk kuatkan badan

Seperti yang diceritakan oleh cucu Mat Kilau, setiap pagi Mat Kilau akan berjalan-jalan di sekeliling rumahnya melihat serba sedikit keadaan pokok-pokok dan tanaman yang ada. Selepas itu beliau akan mengaup air embun yang ada di dedaunan pokok untuk membasahkan wajah, tangan dan tubuhnya.

Mandi embun di sini tidaklah bererti mandi sehingga basah kuyup. Cukup sekadar membasahkan tubuh menggunakan air embun yang ada di daun-daun pokok. Ada juga dinyatakan

mandi embun 970

Petikan akhbar 1970: Temubual bersama cucu Mat Kilau

Menurut jurnal sains kesihatan, terbuki menghirup udara segar di waktu pagi dapat menyihatkan paru-paru dan alveolus. Berjalan di waktu pagi walaupun tidak berlari atau "jogging", dapat mengurangkan risiko obesiti. Selain itu, berjalan di waktu pagi dapat membantu anda yang menghadapi masalah sukar tidur malam.

2. Mat Kilau lebih suka berjalan kaki dari berkenderaan

Mat Kilau gemar berjalan kaki. Keluar membayar cukai berjalan, ke masjid berjalan, ke mana-mana pun berjalan kaki sahaja. Menurut Sulong Bin Ibrahim, nak ke bandar yang sejauh 5 batu (lebih kurang 8km) pun beliau berjalan kaki. 

Sukar untuk melihatnya berkenderaan, termasuklah kenderaan kecil seperti basikal pun tidak digunakan.  "Kalau dia datang ke rumah saya, biasanya dia berjalan kaki. Bila saya jemput dia naik basikal untuk dihantar pulang, dia tak mahu" kata Sulong.

3. Mat Kilau hanya banyak bercakap dengan keluarga dan sahabat handai

Dari sumber lain, anda pasti boleh mendengar kisah bahawa Mat Kilau adalah seorang yang pendiam dan tegas. Mat Kilau kurang bercakap dengan orang tidak dikenalinya ataupun kurang rapat. Namun, menurut cucunya (Sulong), Mat Kilau tidaklah begitu. Mat Kilau sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam hanya untuk bercerita dengan anak cucunya. 

mat kilau hd

Selain bercerita, Mat Kilau juga mengajar anak cucunya membaca Al-Quran dan hal hal ibadah yang lain.

Antara permainan yang Mat Kilau sangat gemar bermain bersama anak cucunya ialah permainan dadu dan hencang buah keras (laga buah keras). Ketika Mat Kilau menyamar sebagai Mat Siam, salah satu cara kenalan rapat beliau mengesahkan beliau Mat Kilau sebenar ialah melalui permainan ini lah. 

4. Mat Kilau tidak memilih makanan dan tidak minum sebelum selesai makan

Mat Kilau bukan jenis memilih makanan. Beliau tidak pernah 'komplen' atau mengadu tentang makanan. Ini adalah sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi : 

مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila beliau berselera (suka), beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya (tidak memakannya).” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064)

mat kilau 1970

Selain itu, menurut Sulong Bin Ibrahim, atoknya iaitu Mat Kilau juga tidak akan minum air selagi makanan belum dihabiskan. Walaupun tiada kajian sains dapat menyokong amalan ini, namun meminum air sebelum atau sesudah makan amat-amat membantu proses pencernaan makanan di dalam perut.

5. Mat Kilau suka bersukan untuk kekal sihat dan bertenaga

Seperti yang kita tahu, Mat Kilau handal bersilat dan berlawan. Bahkan ada juga cerita lain mengatakan beliau telah menjadi guru silat kepada beberapa orang pelajar. Fakta ini sahaja membuktikan bahawa Mat Kilau adalah seorang yang 'fit', lincah dan lasak.

Selain bersilat, Mat Kilau juga gemar bermain sepak raga dan bermain gasing. Gasing di zaman Mat Kilau bukanlah gasing kecil sebesar telur ayam seperti di zaman kita ini, tetapi gasing di zaman Mat Kilau boleh dikatakan gasing tradisional hampir sebesar tapak tangan lelaki.

permainan gasing tradisional

gasing tradisional. kredit foto : MediaPermata

Amalan sentiasa bersenam ini harus kita ikuti untuk kekal sihat dan bertenaga. Tambahan pula zaman semakin maju dengan teknologi gajet dan internet ini. Anak-anak kecil juga sudah kurang kelihatan bermain di luar rumah.

6. Mat Kilau tidak tinggal solat dan suka meratib (zikir)

Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang mengenali Mat Kilau, pasti semuanya akan menjawab beliau adalah seorang yang sangat 'alim dan wara'. Mat Kilau sangat menjaga solatnya dan selalu mengingatkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat.

Hal ini juga diceritakan oleh Tok Ngah Taib Bin Musa, sahabat Mat Kilau yang bersama-sama bekerja dengan orang raja bernama Tengku Selia.

Masa tu, Tok Ngah masih muda dan belum berkahwin. Usia Mat Kilau ketika itu lebih kurang sama dengan Tok Ngah. Perbezaan umur lebih kurang satu atau dua tahun sahaja.
Mat Kilau ni kacak orangnya. Kulitnya sangat cerah dan putih. Dahinya sulah (luas). Tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Tak gemuk dan tak kurus juga. Sederhana saja orangnya.
Mat Kilau sangat 'alim. Sembahyang tak pernah tinggal (sepanjang perkenalan beliau). Sangat suka meratib (zikir) dan sentiasa berdoa sebelum melakukan sesuatu.

mat kilau mandi embun

Cucu Mat Kilau bantu memandikan beliau dengan air embun

Tahu tak apa yang Mat Kilau lakukan selepas pengumuman bahawa dirinya masih hidup pada 20 disember 1969? Mat Kilau membaca Al-Fatihah sebanyak 3 kali, ayat-ayat suci dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5. 

7. Mat Kilau tidak suka gambarnya diambil

Peristiwa pada tahun 1969 di mana Mat Kilau telah mengaku bahawa dirinya masih hidup adalah sangat besar bagi negara kita. Tapi kenapa tak banyak gambarnya yang boleh kita lihat di internet? 

Ini adalah kerana Mat Kilau sangat pantang dan tidak suka gambarnya diambil oleh pihak media. Namun setelah dipujuk oleh ahli keluarga dan diberi penjelasan bahawa itu adalah untuk merekodkan peristiwa sejarah dan untuk kebaikan anak cucunya juga, barulah Mat Kilau membenarkan pihak media mengambil gambarnya.

mat kilau fotografer 951

petikan berita tulisan Othman Yaakub BHarian 1970; Baca boleh, percaya jangan

Kenapa dan mengapa beliau tidak suka gambarnya diambil, tidak dapat diketahui. Namun ianya adalah satu langkah yang amat rasional (menurut penulis) dan patut menjadi ikutan generasi kini.

Masyarakat di zaman ini terlalu mudah untuk membiarkan gambar mereka dan ahli keluarga mereka menjadi tatapan orang ramai. Jangankan gambar, video melakukan aksi tak senonoh atau mengarut pun sanggup dimuatnaik untuk tatapan ramai di internet. Sempena memperingati pejuang tanah air kita yang banyak berjasa ini, marilah kita sama-sama menjaga maruah diri dan keluarga kita agar kita menjadi masyarakat yang berbudaya, berilmu tinggi serta maju.


Rujukan

Tok Gajah Fanatic Forum - Mat Kilau Pahlawan Pahang

"Mat Kilau menurut cerita cucunya" - Berita Harian, 8 January 1970

"Akuan Mat Kilau di Mesjid" - Berita Harian 29 December 1969

Kesah Mat Kilau dan Mek Munah




Hakcipta iluminasi.com (2017)