(Kredit gambar: Mywfshima)
Permainan papan menjadi antara salah satu permainan popular dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa satu ketika dahulu.
Antara permainan papan yang popular di Malaysia termasuklah Saidina, Jutaria, Monopoli, Scrabble dan banyak lagi.
Permainan seperti ini sangat ringkas tetapi menyeronokkan.
Namun, di beberapa bahagian di dunia, permainan papan digunakan sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej yang tak masuk akal.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 permainan papan yang paling biadab dan menyakitkan hati.
6. Gay Monopoly
Fire Islands Games melancarkan “Celebration of Gay Life” pada tahun 1983, tepat pada waktunya untuk pergerakan hak gay baru dalam dekad itu.
Seperti banyak versi klasik Monopoli, permainan ini menggunakan asas utama iaitu tentang hartanah, tetapi mempunyai "twist" yang bertema.
Dalam permainan asal, pemain membeli rumah dan hotel; tetapi dalam Monopoli Gay, mereka membeli tempat mandi dan bar.
Token permainan asal telah ditukar ganti kepada apa yang dianggap sebagai pengganti bertemakan gay iaitu beruang teddy, jip, pengering rambut, topi kulit, gari, dan kasut tumit tinggi.
Dari sisi lain, nampaknya permainan membawa beberapa ciri-ciri baru.
Sebagai contoh, terdapat "Kad Kebangaan Keluarga". Setiap kad menggambarkan seorang lelaki gay yang terkenal dan mana-mana pemain yang boleh mengenal pasti lelaki tersebut boleh bergerak ke mana-mana ruang di papan permainan.
Ia juga menampilkan "Kad Kem". Jika anda mengambil salah satu daripada kad ini, anda harus melakukan gaya stereotaip gay, seperti gaya berjalan atau menjerit "Faboulous".
"Monopoli Gay" telah diterbitkan oleh satu kumpulan yang memanggil diri mereka sebagai "Parker Sisters."
Mereka tidak berkaitan dengan Parker Brothers, yang menerbitkan permainan Monopoli sebenar dan dilaporkan menghancurkan versi gay ini dengan melakukan tuntutan hak cipta.
5. Life As A Blackman
Game "underground" ini yang dilancarkan pada tahun 1999 menawarkan mesej yang sederhana namun berat: "Kehidupan sebagai seorang lelaki kulit hitam adalah sukar,".
Memberi mesej ini sahaja ini sudah cukup untuk memperlihatkan stereotaip, mengaburkan garis di antara gurauan dan perkauman yang tulen.
Setiap pemain memulakan permainan sebagai graduan sekolah menengah yang berusia 18 tahun berkulit hitam.
Pemain mesti membuat pilihan moral sepanjang permainan, dan mungkin bermula di Universiti Black, ghetto, tentera, atau "Glamourwood."
Pemain pertama yang berjaya sampai ke ruang "kebebasan" di bahagian atas papan permainan akan bergelar sebagai pemenang.
4. Blacks & Whites
Ini adalah satu lagi contoh permainan yang cuba menggambarkan perkauman, dengan hasil yang sangat mengejutkan.
"Blacks & Whites," menurut penerbit Dynamic Design Industries, menggambarkan diskriminasi perumahan melalui "sesuatu yang tidak masuk akal dalam hidup di dunia yang berbeza semasa bermain di papan yang sama."
Pada permulaan permainan, para pemain memilih sama ada "Hitam" atau "Putih," dan pilihan itu dengan mudah menentukan siapa yang menang permainan.
Putih terdiri daripada majoriti pemain, bermula dengan $1 juta, dan boleh membeli harta di mana-mana di papan.
Hitam pula adalah minoriti, memulakan permainan dengan hanya $10,000, dan tidak boleh membeli banyak harta benda.
Hartanah yang menjadi rebutan para pemain adalah "ghetto dalaman" dan "ghetto luar" ke kawasan kejiranan "lebih rendah" dan "terintegrasi atas" dan, akhirnya, "ladang baru" dan "ladang lama".
Juga terdapat "kad peluang" untuk diambil oleh para pemain. Kad peluang untuk "Putih" biasanya berbunyi seperti "Dividen saham daripada syarikat pengeluar gas pemedih mata. Anda terim $40,000".
Kad peluang bagi "Hitam" pula berbunyi seperti "Kerajaan memulakan projek pembaharuan banda. Anda kehilangan kedua-dua kawasan Harlem dan Watts. Sila ambil 10% daripada nilai tersebut:.
3. Busen Memo
Permainan ingatan yang dikeluarkan pada 2003 adalah seperti mana-mana permainan ingatan lain yang terdapat di pasaran.
Kecuali satu perkara, daripada memadankan kad-kad bergambar seperti kereta lumba atau buah-buahan, para pemain harus memadankan pasangan gambar buah dada 48 orang wanita.
Setiap kad mempunyai gambar buah dada wanita dalam keadaan telanjang dan kad-kad tersebut diterbalikkan. Sama seperti permainan kad memori lain, anda harus menterbalikkan 2 keping kad yang sama.
Jika anda berjaya, anda boleh meneruskan giliran. "Busen Memo" adalah perkataan Jerman yang bermaksud "Bosom Memory" atau dalam bahasa Melayu, "Memori Buah Dada".
2. Five Little Nigger Boys
Penggunaan salah satu daripada perkataan penghinaan kaum yang sangat jelas terpapar di sebuah produk yang dipasarkan satu ketika dahulu, membuatkan orang ramai terkejut.
Permainan yang dilancarkan pada tahun 1950 dari Britain ini adalah permainan menembak sasaran, yang secara harfiahnya diterjemahkan kepada "Lima orang budak hitam".
Ia terdiri daripada lima patung yang menyerupai anak-anak Afrika bersama-sama dengan senapang pop-gun kecil yang menembak peluru gabus.
Dan, jika anda masih tidak dapat meneka, satu-satunya matlamat permainan ini adalah para peserta harus menembak 4 anak Afrika tersebut.
Pemain pertama menembak jatuh jumlah mangsa yang telah ditentukan, memenangi permainan ini.
1. Juden Raus!
Nazi Jerman memaparkan beberapa permainan anti-Semitik yang sangat menyakitkan hati, tetapi yang paling terkenal di antara permainan ini adalah "Juden Raus," yang diterbitkan di Dresden pada tahun 1938.
"Juden Raus" membawa maksud "Halau Yahudi" dalam bahasa Jerman.
Ini permainan yang mudah, anda harus melontarkan dadu dan memindahkan token anda ke rumah Yahudi, di mana anda mengumpul orang Yahudi.
Anda kemudian harus mengiringi orang Yahudi anda ke "titik pengumpulan" supaya mereka dapat dibuang dari bandar.
Menurut peraturan permainan, jika anda adalah orang pertama yang berjaya mengusir 6 orang Yahudi, anda bergelar sebagai pemenang.
Namun, Nazi dikatakan antara orang yang paling jahat dalam sejarah, jadi adalah tidak mengejutkan jika mereka menghasilkan permainan seperti ini, bukan?
Salah, "Juden Raus" dihasilkan oleh beberapa syarikat swasta Jerman, dan Nazi sendiri mengkritik permainan ini.