Jika anda mengalami masalah kesihatan tertentu, doktor mungkin akan menasihati anda untuk menjalani pembedahan. Sebagai seorang pesakit, adalah menjadi kebiasaan apabila berasa risau jika anda terbangun ketika pembedahan sedang dijalankan. 

Walau bagaimanapun, teknologi perubatan moden seperti bius akan membuatkan anda "tidur" sepanjang proses pembedahan. Sebelum adanya kaedah pembiusan, pesakit biasanya dibedah dalam keadaan sedar dan ia mengundang rasa sakit yang teruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tahukah anda apa sebenarnya berlaku pada tubuh anda apabila dibius sehingga tidak menyedari pembedahan sedang dilakukan ke atas anda? Berikut adalah beberapa perkara yang berlaku pada tubuh anda setelah dibius.

1. Tubuh rasa seperti melayang

tubuh melayang

General Anesthesia mempunyai empat peringkat iaitu Induction, Excitement (delirium), Surgical anesthesia dan Overdose. Kebanyakan pesakit akan melalui tiga peringkat pertama manakala peringkat overdose pula adalah peringkat yang ingin dielakkan.

Pada peringkat pertama atau peringkat induksi, pesakit akan berasa pelik dan keliru. Pesakit juga mungkin berasa seperti kesemutan atau badan menjadi ringan seperti melayang-layang terutamanya di bahagian kaki.

Paling penting, pesakit perasan bahawa mereka tidak berasa sakit. Kekurangan rasa sakit atau analgesia ini berlaku sejurus sebelum mereka tidak sedarkan diri dan ini adalah tanda bahawa ubat itu mula berfungsi.

2. Tubuh menjadi "panik"

Peringkat kedua yang dikenali sebagai Exitement atau delirium ini boleh bertukar menjadi bahaya maka pakar bius akan memastikan anda melaluinya secepat mungkin.

pesakit dibius

Pada peringkat ini, beberapa perkara pelik berlaku pada tubuh anda. Apabila bahan asing mula mengganggu fungsi normal tubuh anda, otak menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Ia akan cuba "menyelamatkan" anda dengan bertindak balas terhadap ubat bius.

Pesakit mungkin mengalami pergerakan tidak terkawal, degupan jantung yang cepat atau pernafasan yang tidak teratur. Pesakit juga mungkin muntah yang boleh menyebabkan mereka tercekik atau berhenti bernafas. 

Namun, anda tidak perlu risau kerana akan diawasi secara teliti oleh kakitangan perubatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam peringkat ini.

3. Anda menjadi koma

Peringkat ketiga atau surgical anesthesia adalah peringkat paling penting di mana pembedahan boleh dilakukan. Pada peringkat inilah, pesakit akan "tidur". Sebenarnya, pesakit bukannya "tidak sedarkan diri" tetapi berada dalam keadaan "koma".

koma

Walaupun keadaan "tidak sedarkan diri" dan "koma" pada asasnya adalah perkara yang sama tetapi terdapat perbezaan yang besar antara keduanya.

Kajian menunjukkan bahawa semasa tidak sedarkan diri, minda masih memaparkan tiga peringkat tidur non-REM pada bacaan EEG (electroencephalogram).  

Dalam kes bius pula, minda tidak memaparkan bacaan ini. Ini bermaksud anda berada pada tahap yang tidur yang lebih mendalam daripada tidur secara semula jadi.

4. Sistem saraf tidak berfungsi seketika

Sebaik sahaja dibius, ubat-ubatan ini mematikan sistem saraf pesakit. Ubatan seperti Novocain yang digunakan dalam local anesthesia bertindak membunuh rasa sakit dengan menyekat saraf yang menghantar isyarat ke otak.

cucuk bius

Sementara general anesthesia pula adalah selangkah lebih jauh. Ubat-ubatan akan pergi ke bahagian otak di mana ia melambatkan tindak balas anda terhadap ransangan tertentu. Malah, ia turut mematikan sementara bahagian otak yang memahami dan bertindak balas terhadap kesakitan.

Pendek kata, otak anda hanya berfungsi dengan perlahan dan tidak menerima atau bertindak balas kepada sebarang isyarat daripada sistem saraf. Degupan jantung juga tidak akan meningkat dan anda tidak mempunyai ingatan tentang pengalaman itu.

5. Otak tidak berhubung sesama sendiri

Bukan sahaja otak tidak dapat berhubung dengan saraf yang menghantar isyarat daripada anggota badan, organ dan otot anda malah ia tidak dapat berhubung sesama sendiri. 

komunikasi otak

Dalam keadaan normal, isyarat elektrik bergerak dengan pantas dan tidak teratur kerana bahagian otak yang berbeza berkomunikasi antara satu sama lain. Keadaan inilah yang membuatkan anda sentiasa sedar dan berwaspada. Tugas anestesia atau bius adalah untuk menghentikan fungsi ini.

Bius akan membuatkan isyarat di otak anda menjadi teratur dan tenang. Sebagai tindak balasnya, badan anda juga akan bertenang di mana pernafasan dan degupan jantung anda menjadi stabil.

6. Tubuh menjadi "lumpuh"

Terdapat satu bahagian penting tubuh yang merasakan kesan general anesthesia iaitu tulang belakang anda. Ubat bius akan masuk ke dalam aliran darah apabila ia sampai ke saraf tunjang anda

saraf tunjang

Tulang belakang berfungsi mengawal deria perasaan dan pergerakan tubuh anda. Apabila bius menjejaskan aliran aktiviti neurologi dan elektrik melalui tulang belakang anda, badan anda tidak dapat bergerak walaupun dalam keadaan sedar. Dalam erti kata lain, anda lumpuh sepenuhnya.

Anda mungkin tidak akan menyedari atau mengingati perkara ini ketika berada pada peringkat ketiga bius kerana akan mengalami amnesia (hilang ingatan) sepenuhnya. 

Segelintir pesakit mungkin akan mengalami kesan sampingan sementara yang tidak menyenangkan. Ia kadangkala membuatkan pesakit tidak dapat merasakan atau menggerakkan anggota badan mereka buat sementara waktu setelah terjaga.




Hakcipta iluminasi.com (2017)