Sekiranya anda gemar melihat filem peperangan daripada Barat yang berkisarkan tentang Perang Dunia, anda mungkin perasan bahawa kebiasaanya askar yang tercedera tidak akan diberikan anestetik (ubat bius) sebelum sesuatu pembedahan itu dilakukan.
Sebaliknya, askar yang tercedera itu hanya diberikan kain untuk digigit dan menahan kesakitan sementara prosedur perubatan seperti mengeluarkan peluru atau memotong bahagian anggota tangan atau kaki dilakukan padanya.
BESARKAN TEKS A- A+
Malah, ada pihak yang mendakwa bahawa pada ketika itu doktor terpaksa melakukan pembedahan dan prosedur perubatan ketika pesakit dalam keadaan sedar kerana ketiadaan anestetik (ubat bius) sepertimana yang ada pada masa kini. Malangnya, itu bukanlah realiti yang benar-benar berlaku.
Penggunaan ubat bius ketika Perang Dunia Pertama
Rekod peperangan membuktikan sejak 1860-an lagi para doktor sudah mengetahui akan kepentingan penggunaan ubat bius sebelum melakukan sesuatu pembedahan. Tidak sepert ubat bius pada masa kini yang disuntik pada pesakit, pada waktu itu doktor akan menggunakan klorofom atau ether sebagai ubat ubat bius.
Sekiranya tiada kloroform atau ether yang boleh digunakan, pembedahan atau prosedur perubatan tersebut biasanya akan ditunda terlebih dahulu sekiranya keadaan mengizinkan. Menurut rekod, Crawford Williamson, seorang doktor pakar daripada Amerika Syarikat merupakan orang pertama yang meggunakan ether sebagai anestetik pada tahun 1842.
Hampir 2 dekad selepas itu iaitu ketika Perang Dunia, 95% operasi pembedahan dijalankan menggunakan anestetik. Ketika zaman itu, daripada 80,000 pembedahan atau prosedur perubatan yang dijalankan, hanya 254 operasi sahaja tidak menggunakan anestetik.
Selain ether, klorofom juga digunakan secara meluas sebagai anestetik. Pada ketika itu, setiap pasukan perubatan tentera akan menghasilkan sendiri bekalan ether dan klorofom untuk digunakan sebagai anestetik ketika waktu peperangan.
Berbanding ether, klorofom biasanya menjadi pilihan kerana hanya kuantiti yang sedikit diperlukan. Selain itu, klorofom juga bertindak lebih pantas daripada ether, iaitu sekitar 9 minit sahaja.
Prosedur mengaplikasikan anestetik pada zaman perang
Berbanding anestetik pada masa kini yang akan disuntik, doktor atau pembantu doktor akan meletakkan larutan klorofom pada kain yang berbentuk kon. Kemudian, ianya akan diletakkan pada mulut dan hidung pesakit. Pesakit yang bernafas kemudiannya akan menyedut wap klorofom dan tidak akan sedarkan diri beberapa minit kemudian.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kebiasaannya beberapa orang pembantu perubatan akan memegang anggota badan pesakit untuk mengelakkan pesakit bergerak. Bergantung pada tindak balas tubuh badan pesakit terhadap anestetik tersebut, seseorang pesakit mungkin akan merasa sakit ketika pembedahan tersebut sedang dijalankan.
Pembedahan tanpa penggunaan anestetik
Jika dilihat, peratusan pembedahan yang djalankan tanpa menggunakan anestetik pada ketika itu terlampau sedikit. Ianya biasa dilakukan apabila seseorang pesakit itu cedera teruk dan tidak sedarkan diri ketika pembedahan itu sedang dijalankan.
Dalam sesetengah kes, ianya terpaksa dilakukan sekiranya doktor kehabisan stok klorofom atau ether dan terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkannya. Dalam keadaan terdesak dan darurat seperti itu, maka pembedahan tanpa penggunaan anestetik terpaksa juga dijalankan.
Risiko pengguna klorofom
Penggunaan klorofom dan ether sebagai anestetik berkurangan apabila anestetik yang lebih selamat dan efektif berjaya dicipta. Pada abad ke 20, penggunaan klorofom telah sebagai anestetik telah diberhentikan sepenuhnya apabila kajian terhadap tikus makmal menunjukkan ianya bersifat karsinogen, iaitu boleh menyebabkan kanser.
Kini, penggunaan anestetik jauh lebih maju. Malah, seseorang doktor boleh menggunakan ubat bius yang akan menyebabkan pesakit tidur sewaktu pembedahan atau hanya menyebabkan anggota badan yang terlibat sahaja untuk berasa kebas sewaktu pembedahan dilakukan.
Malah, kini terdapat kepakaran yang dikhususkan dalam bidang ini sehingga seseorang doktor itu boleh menjadi seorang Doktor Pakar Bius.
Kredit: