Dalam artikel lalu, iluminasi.com berkongsi dengan anda 10 negara dengan purata populasi manusia paling pendek di dunia yang mana Malaysia juga tersenarai dengan purata ketinggian lelaki dan wanita iaitu 1.594 meter.
Faktor utama yang menentukan pertumbuhan ketinggian seseorang terletak kepada genetik yang dibawa oleh keturunan. Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia mempunyai genetik berketinggian rendah, berbanding dengan negara Nordik. Jadi kali ini iluminasi.com ingin kongsikan 6 negara dengan purata populasi manusia paling tinggi di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
6. Jerman - 181 sentimeter
Sebuah keluarga Jerman yang tinggi. Ketinggian bapa 210 sentimeter, ibu 175 sentimeter.
Jika anda lihat kepada pemain bola sepak antarabangsa Jerman, ramai di antara mereka yang sangat tinggi, antaranya termasuklah Jan Koller (2.02 meter) dan Per Mertesacker (1.98 meter). Jadi, tak memeranjatkan jika Jerman berada dalam senarai ini dengan purata ketinggian 1.81 meter.
Pemakanan di Jerman sngat terkenal di seluruh dunia, terutamanya festival bir dan pilihan sosej yang hebat. Ubi kentang dan gandum pula adalah makanan ruji di Jerman yang biasanya disertai dengan daging dan produk tenusu. Walaupun pengambilan alkohol dan tembakau di Jerman adalah antara tertinggi di Eropah namun ia tidak dikatakan sebagai penyumbang kepada pertumbuhan badan.
5. Serbia - 182 sentimeter
Dengan purata ketinggian lelaki dan wanita iaitu 182 sentimeter, Serbia adalah negara yang mempunyai populasi ke-5 paling tinggi di dunia. Gabungan genetik Slavik dan Meiterranean adalah sumber ketinggian semula jadi kepada mereka.
Ciri-ciri Dinaric bracycephaly (bentuk tengkorak yang lebih pendek daripada biasa) yang sangat dominan telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor penyumbang kepada ketinggian.
Ciri-ciri atletik dan latihan Slavia dari zaman kanak-kanak juga mungkin menjadi pemangkin yang mempengaruhi pertumbuhan badan. Hidangan yang dinikmati orang Serbia juga biasanya tinggi dengan produk tenusu dan protein dari daging.
4. Norway - 182.4 sentimeter
Berada di tangga ke-4 adalah Norway dengan purata ketinggian bagi lelaki dan wanita adalah 182.4 sentimeter. Pada zaman dahulu, Viking adalah antara penduduk dunia yang paling tinggi ketika itu, dan kini, rakyat Norway masih kekal dalam kategori ini.
Ia ditambah pula dengan pemakanan mereka yang sihat dan penuh dengan protein serta kalori yang baik, membantu mengekalkan pertumbuhan kanak-kanak yang baik secara berterusan.
Norway dikenali dengan kualiti hidup dan mobiliti sosial, serta pembangunan manusia yang dibantu kerajaan. Semua ini adalah hasil pendapatan rizab minyak Norway. Pemain bola sepak Norway seperti Øyvind Hoås, Even Iversen dan Kjell Petter Opheim adalah antara yang tertinggi di dunia.
3. Denmark - 182.6 sentimeter
Populasi penduduk Denmark memaparkan genetik yang kondusif dalam mendapatkan kedudukan ke-3 senarai ini, dengan purata ketinggian 182.6 sentimeter. Orang Denmark atau dikenali sebagai Danes terkenal dengan penampilan dan wajah yang menarik dengan kulit yang sangat cerah.
Denmark merupakan antara salah satu negara terkaya di Eropah dengan pendapatan per kapita antara yang paling tinggi di dunia. Kerajaan Denmark benar-benar menjaga kebajikan rakyatnya dengan memberikan perkhidmatan sosial yang cemerlang.
Tidak dinafikan, pemakanan dan genetik adalah penyumbang terbesar kepada ketinggian penduduk negara ini.
2. Montenegro - 183.2 setimeter
Dari kiri: Milo Đukanović (196cm) Perdana Menteri Montenegro , Filip Vujanović (200cm) Presiden Montenegro dan Ranko Krivokapić (202cm) President Parlimen Montenegrin
Montengro menduduki tangga ke-2 senarai negara dengan purata ketinggian penduduk paling tinggi iaitu 183.2 setimeter bagi kedua-dua jantina. Negara ini terletak di Pergunungan Dinaric yang mana mempunyai cuaca yang baik dan udara gunung yang bersih dan segar.
Kanak-kanak di Montenegro mempunyai pemakanan yang baik yang sedikit sebanyak menjelaskan kelebihan ini. Masakan di Montenegro terdiri daripada masakan Itali, Turki dan Hungary yang membuktikan nilai pemakanan yang lebih daripada cukup.
Namun, genetik Montenegro adalah faktor utama yang memberikan kelebihan ketinggian berbanding negara-negara lain.
1. Belanda - 183.8 sentimeter
Belanda diisytiharkaan sebagai negara dengan populasi penduduk paling tinggi di dunia bagi kedua-dua jantina iaitu 183.8 sentimeter. Seperti yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, kualiti hidup dan diet yang baik yang terdiri daripada produk tenusu dan ikan sejuk mungkin menyumbang kepada struktur tubuh badan yang tinggi penduduk Belanda.
Penguasaan fenomena ini diterjemahkan ke dalam satu-satunya negara di dunia yang mempunyai advokasi mewakili orang tang tinggi. Dan amat menarik untuk diperhatikan di Belanda kerana pintu-pintu bangunan di negara ini lebih tinggi daripada negara-negara lain.