Obesiti adalah wabak yang mana kita semua mahu menghindarinya.

Oleh itu, jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, keterdesakan untuk menurunkan berat badan dengan segera boleh membuatkan anda melakukan kesilapan besar.

Dengan pelbagai maklumat dan mitos tentang cara menurunkan berat badan yang berleluasa di internet, terdapat ramai daripada kita yang sedang melakukan kesalahan tanpa disedari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 kesalahan diet paling biasa dilakukan yang sebenarnya menambahkan berat badan.

1. Beranggapan bahawa semua kalori adalah sama 

kesalahan diet paling biasa dilakukan

Semua kalori tidak sama kerana ada kalori yang baik dan yang buruk.

Kalori yang anda hadam apabila memakan sayur-sayuran adalah baik, manakala kalori yang dihadam apabila anda makan burger adalah buruk.

Ini kerana jumlah insulin yang dilepaskan oleh tubuh lebih bergantung kepada jenis kalori yang anda makan, berbanding jumlah kalori yang anda makan.

2. Hanya memilih makanan rendah lemak atau diet 

hanya memilih makanan rendah lemak

Makanan yang diproses, rendah lemak, atau "diet" sering dianggap sebagai pilihan yang ideal apabila seseorang mahu menurunkan berat badan, tetapi hal ini tidak selalu benar.

Kebanyakan makanan yang "sihat" ini sering dimuatkan dengan gula untuk menjadi penambah rasa. 

Oleh itu, makanan rendah lemak lebih cenderung membuat anda lapar dan bukannya menjadikan anda kenyang. Hal ini membuatkan anda makan lebih banyak.

Adalah lebih sihat untuk memilih kombinasi produk makanan berkhasiat yang diproses dengan minima.

3. Kurang pengambilan protein

kurang mengambil protein kesalahan diet

Protein adalah nutrien yang paling penting jika matlamat anda adalah untuk menurukan berat badan.

Diet berprotein tinggi meningkatkan metabolisme, mengurangkan selera makan, dan memberi kesan positif kepada beberapa hormon yang mengawal berat badan.

Ia juga membantu melindungi jisim otot semasa penurunan berat badan.

Satu kajian mendapati diet yang mengandungi kira-kira 0.3 hingga 0.4 gram protein bagi setiap kilogram berat badan boleh membantu mengawal selera makan dan memperbaiki komposisi badan anda.

4. Kurang serat dalam pemakanan

roti gandum tinggi serat

Menambah serat yang cukup ke dalam pemakanan anda dapat membantu mengurangkan selera makan anda dengan membuatkan anda kenyang.

Serat juga membantu penurunan berat badan dengan menjadikan tubuh menyerap lebih sedikit kalori daripada makanan lain.

Kajian menunjukkan bahawa menggandakan pengambilan serat harian anda boleh mengurangkan penyerapan kalori sehingga 130 kalori.

Anda boleh menambah serat pada makanan anda dengan membuat sedikit perubahan pada diet anda menggantikan pengambilan roti putih biasa kepada roti gandum berwarna coklat.

5. Makan kerap walaupun tak lapar 

makan kerap tak semestinya bagus

Kita sering dinasihatkan untuk makan makanan dalam jumlah yang kecil dan beberapa kali pada siang hari jika mahu menurunkan berat badan dan bukannya makan dalam jumlah yang banyak sebanyak 3 kali sehari.

Walau bagaimanapun, ini tidak benar. Makan apabila anda lapar dan hanya apabila anda lapar adalah kunci untuk kehilangan berat badan.

Ini adalah kerana makan terlalu kerap, walaupun anda makan dalam jumlah sedikit secara tidak langsung dapat menyumbang kepada jumlah kalori berlebihan yang dimakan dalam sehari. 

6. Ikut nasihat "jangan abaikan sarapan"

makan sarapan pagi

Satu lagi nasihat yang kita biasa dengar adalah jangan abaikan sarapan, tanpa mengambil kira selera makan kita. Nasihat ini sebenarnya adalah tidak benar. 

Satu kajian mendapati bahawa orang yang tidak makan sarapan pagi mengambil lebih banyak kalori semasa makan tengah hari, berbanding dengan mereka yang bersarapan pagi.

Walau bagaimanapun, apabila kalori yang dimakan sepanjang hari dikira, didapati bahawa mereka yang tidak makan sarapan sebenarnya makan kurang 408 kalori sehari secara purata. 

Rujukan:

1. NCBI

2. Health Harvard

3. Plos




Hakcipta iluminasi.com (2017)