Pemakanan yang seimbang amat penting bagi memastikan anda mendapat zat dan khasiat yang diperlukan oleh badan. Untuk pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, anda bolehlah mengikuti saranan yang ditunjukkan dalam piramid makanan di bawah:
BESARKAN TEKS A- A+
Setiap kumpulan makanan di mengandungi zat dan khasiat tertentu yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat dan aktif. Kekurangan zat tertentu pada tubuh badan menyebabkan anda mudah mendapat penyakit.
Berikut merupakan beberapa tanda pada tubuh badan anda sekiranya anda kekurangan zat dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan.
1. Mata Kemerahan
Selain sakit mata, sekiranya mata ada kemerahan, ada kemungkinan anda kekurangan vitamin B2 (riboflavin). Ianya biasa dialami oleh mereka yang mengamalkan diet secara ekstrim.
Riboflavin boleh didapati melalui pelbagai jenis makanan antaranya sayuran berwarna hijau, telur, ikan dan susu.
2. Pembuangan Najis Yang Tidak Teratur
Zat yang diperoleh melalui pemakanan juga penting bagi memastikan sistem pencernaan dapat berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, sekiranya jadual pembuangan najis anda tidak teratur seperti terlalu kerap atau cirit-birit, anda mungkin kekurangan zat niacin.
Niacin sangat penting bagi memastikan sistem perkmuhan anda dapat berfungsi dengan sempurna. Zat ini boleh diperolehi melalui beberapa makanan antaranya telur, ikan, daging dan kacang.
3. Mudah Sakit
Vitamin C sangat diperlukan oleh badan. Ia merupakan sejenis antioksidan yang membantu menguatkan sistem tubuh badan dan melindunginya dari sebarang penyakit. Kekurangan Vitamin C dalam tubuh badan boleh menyebabkan anda lebih mudah terdedah kepada sebarang jenis penyakit.
Vitamin C boleh diperolehi antaranya melalui oren dan strawberi.
4. Mudah Kejang Otot
Sekiranya anda mengelami kekejangan ketika bersukan terlalu aktif, ianya mungkin normal. Walaubagaimanapun sekiranya anda kerap mengalami kekejangan otot tanpa sebab, ianya memberi petanda anda mungkin kekurangan vitamin E.
Dalam sebuah laporan oleh California Medicine melaporkan, kajian terhadap 24 orang responden yang mengambil vitamin E didapati mengalami kurang kekejangan otot terutamanya otot kaki. Vitamin E ini boleh diperoleh melalui pelbagai makanan antaranya telur, sayuran hijau, minyak sayur dan kacang.