Jambatan merupakan antara salah satu cara bagi menghubungkan antara beberapa lokasi atau menyambungkan bandar yang terpisah oleh bentuk muka bumi seperti laut.

Dengan berkembangnya teknologi manusia, jambatan kini semakin canggih dan mampu dibina dengan begitu pantas. Malah, banyak jambatan di seluruh dunia dibina dengan jarak yang tersangat panjang atas beberapa faktor tertentu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jambatan paling panjang di dunia 383

iluminasi.com kongsikan 6 jambatan paling panjang di dunia, yang mana 4 daripadanya terletak di negara dengan populasi tertinggi di dunia iaitu China.

6. Bang Na Expressway - Thailand

bang na expressway

Jalan raya yang terpanjang di dunia ketika ini, Bang Na Expressway merupakan jambatan paling panjang di dunia ketika mana ia siap dibina iaitu pada tahun 2000 hingga 2004.

Gelaran tersebut kemudiannya diambil alih oleh Jambatan Changhua-Kaohsiung di Taiwan.

Bang Na atau nama rasminya Burapha Withi Expressway menghubungkan Bangkok sebagai jalan tol dan dibina oleh konsortium Thailand, Jerman, Amerika Syarikat dan Sweeden.

Satu-satunya jambatan jalan raya dalam senarai ini, Bang Na Expressway berjarak 53.9 kilometer.

5. Jambatan Grand Weinan Weihe - China

weinan weihe grand bridge

Jambatan berjarak 79.7 kilometer ini adalah sebahagian daripada Kereta Api Berkelajuan Tinggi Zhengzhou-Xi'an yang menghubungkan Zhengzhou dan Xi'an di China.

Setelah selesai dibina pada tahun 2008, ia merupakan jambatan terpanjang di dunia namun kemudiannya diatasi oleh dua jambatan baru daripada rangkaian Keretapi Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai yang siap pada tahun 2010.

4. Jambatan Grand Tianjin - China

jambatan grand tianjin

Dengan jarak 113.7 kilometer, Jambatan Grand Tianjin adalah jambatan keempat terpanjang di dunia, juga terletak di China.

Jambatan ini adalah jambatan keretapi yang terletak di antara wilayah Langfang dan Qingxian, sebahagian daripada projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai.

Ia siap dibina pada tahun 2010 dan setelah dibuka pada tahun 2011, jambatan ini mendapat pengiktirafan oleh Guinness World Recrods sebagai jambatan kedua terpanjang di dunia pada ketika itu.

3. Jambatan Grand Cangde - China

cangde grand bridge

Jambatan Grand Cangde yang terletak di China merupakan satu lagi jambatan yang merupakan sebahagian daripada projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai.

Juga siap dibina pada tahun 2010, jambatan dengan jarak 115.8 kilometer ini dibina dengan teknologi anti-gempa bumi di mana hampir 3,100 tiang yang dibina sebagai sokongan.

2. Jambatan Changhua-Kaohsiung - Taiwan

changhua kaohsiung viaduct

Berada di kedudukan kedua dalam senarai jambatan terpanjang di dunia adalah Jambatan Changhua-Kaohshing yang terletak di Taiwan, dengan jarak 157.3 kilometer iaitu kira-kira dari bandar Alor Setar, Kedah ke Bagan Serai, Pulau Pinang.

Siap dibina pada tahun 2007, jambatan ini merupakan jambatan paling panjang di dunia sehingga tahun 2010 dan adalah antara salah satu pencapaian terbaik kerajaan Taiwan.

Jambatan ini adalah sebahagian daripada rangkaian Keretaapi Laju Taiwan beroperasi pergi dan balik ke pantai barat pulau itu ke pantai barat pulau itu.

Seluruh rangkaian (termasuk jambatan) dibina oleh jurutera Taiwan menggunakan teknologi dari Jepun.

1. Jambatan Grand Danyang–Kunshan - China

jambatan grand danyang kunshan 3

Dibina pada tahun 2006 dan dibuka 4 tahun kemudian pada 2010, jambatan ini adalah sebahagian daripada projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai.

Jambatan Grand Danyang Kunshan ini beroperasi di antara Shanghai iaitu ibu kota kewangan China dan Nanjing, bandar jiran dengan kawasan metro berpenduduk lebih daripada 30 juta orang.

Kedua-dua bandar itu terletak di Delta Sungai Yangtze, salah satu lokasi di mana tamadun manusia muncul.

Delta itu sendiri adalah rumah kepada kira-kira 140 juta penduduk dan merupakan enjin ekonomi, produktiviti dan kreativiti China.

Kejayaan kejuruteraan Jambatan Grand Danyang Kunshan ini menjadi bukti yang dapat dilihat daripada sumbangan Delta kepada manusia.

Jambatan terpanjang di dunia ini berukuran 164.8 kilometer, kira-kira jarak dari bandar Kuala Lumpur ke Kampar, Perak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)