Superpower atau kuasa hebat biasanya dapat dilihat dalam filem-filem sahaja dan ia biasanya tidak wujud. 

Walaupun ia boleh dicipta, namun kuasa seperti ini adalah di luar jangkauan manusia.

Namun, ia berbeza bagi haiwan kerana terdapat sesetengah haiwan mempunyai superpower secara semulajadi.

iluminasi.com kongsikan 6 haiwan yang mempunyai kuasa luar biasa.

1. Sloth

BESARKAN TEKS     A-  A+

Haiwan ini mungkin sangat teruk dari segi kelajuan, namun ia mempunyai kuasa tersendiri. Sloth boleh terselamat dari hampir semua jenis luka, kerana haiwan ini dicipta secara biologi untuk jatuh dari pokok.

Sloth boleh jatuh dari ketinggian 30 meter tanpa sebarang kecederaan. 

Walaupun ia perlahan, namun haiwan ini dapat pulih dari kecederaan yang boleh membunuh haiwan-haiwan lain dan keupayaan ini membuatkan sloth menjadi fokus kepada kajian saintifik.

Apabila dua ekor sloth bertarung, ia biasanya disebabkan oleh berebut sloth betina. Tujuan pertarungan sloth ini adalah untuk menjatuhkan lawan dari pokok.

Rekahan berongga pada bulu-bulu sloth membolehkan pelbagai jenis alga dan kulat tumbuh, yang membuatkannya kelihatan hijau.  

Kulat tertentu yang hidup di bulunya ini aktif melawan bakteria, barah, dan parasit.

2. Rusa tundra

kuasa hebat rusa tundra

Reindeer, spesis rusa dari wilayah tundra dan subarktik di Eurasia dan Amerika Utara, mempunyai keupayaan melihat yang sangat dahsyat. 

Oleh kerana ia tinggal di Bulatan Arktik, haiwan ini berhadapan dengan persekitaran yang mencabar.

Dunia reindeer mengalami perubahan drastik dari musim panas ke musim sejuk, dari cahaya matahari kekal selama hampir dua bulan menjadi kegelapan berterusan selama dua bulan lagi.

Namun, rusa tundra ini dapat menyesuaikan diri dalam kedua-dua persekitaran ini, sebahagiannya disebabkan oleh mekanisme unik yang membolehkan ia mengubah penglihatan dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.

Rusa ini mampu memperluas penglihatannya kepada ultraviolet dekat (UV), yang membolehkan ia menggunakan cahaya musim sejuk yang kaya dengan UV dengan lebih baik.

Sebahagian daripada mata rusa ini dipanggil sebagai tapetum lucidum atau mata kucing, yang bertukar warna pada musim sejuk dan membolehkan ia digunakan cahaya dalam cuaca gelap.

Pada musim sejuk, mata rusa ini bertukar menjadi biru gelap, dan pada musim panas, mata tapetum lucidum ini menjadi kuning keemasan.

Keupayaan dan penyesuaian mata yang luar biasa ini mungkin telah berkembang dari masa ke masa untuk membantu rusa ini meningkatkan kemampuannya untuk mengesan pemangsa pada musim sejuk.

Keupayaan penglihatan sinar ultraviolet yang unik oleh reindeer membolehkan ia mengelakkan diri dari pemangsa utama iaitu serigala. 

3. Sotong

sotong lutsinar

Ini mungkin antara kuasa yang paling menarik, malah diinginkan oleh manusia sendiri.

Sotong mempunyai keupayaan untuk membuatkan dirinya tidak kelihatan bagi mata makhluk lain, yang bermakna ia mempunyai keupayaan penyamaran terhebat dalam dunia haiwan.

Ia dapat mencacatkan rupa sendiri dan menyerupai sebarang bentuk akuatik untuk "bersatu" dengan persekitarannya.

Ini dilakukan untuk menyembunyikan diri dari pemangsa. Malah, sotong mempunyai "beg berwarna" di kulitnya yang membolehkan haiwan ini berubah warna dalam sekelip mata.

Sejak dahulu lagi, para penyelidik sangat terpesona dengan kemampuan unik sotong untuk bersembunyi di sebalik warna dan tekstur persekitarannya.

Haiwan air ini mengawal penampilannya dengan tindakan langsung neuron pada kulit.

4. Kelawar

kelawar miliki superpower

Kelawar memiliki deria keenam, ketujuh dan kelapan iaitu ekolokasi, geomagnetisme dan polarisasi.

Ia menggunakan ekolokasi untuk tentukan lokasi objek menggunakan bunyi yang dipantulkan dan ini membolehkan kelawar bergerak, memburu, mengenal pasti rakan dan musuh, dan menghindari halangan, dalam kegelapan.

Kelawar menggunakan deria geomagnetik sebagai kompasi untuk menavigasi jarak yang jauh seperti untuk penghijrahan.

Dan deria terbaru yang diketahui dimiliki oleh kelawar adalah penglihatan polarisasi. 

Kelawar dapat melakukan penglihatan terpolarisasi atau melihat matahari di langit walaupun matahari dilindungi awan mendung atau ketika matahari terbenam.

5. Timun laut

timun laut gamat kuasa superpower

Ini mungkin kuasa yang paling penting dan dahsyat dimiliki oleh mana-mana makhluk di dunia.

Mungkin ramai tak tahu bahawa timun laut atau lebih dikenali sebagai gamat, mampu menjana semula organ dalam badannya.

Makhluk laut seperti ulat ini mempunyai salah satu mekanisme pertahanan yang paling menarik, tetapi ia juga sangat kasar.

Ia boleh mengecutkan otot dan mengeluarkan beberapa organ dalaman dari bahagian punggung, yang mana dapat memerangkap musuh semula jadi dan mengeluarkan bahan toksik.

Ya, haiwan ini membunuh musuhnya menggunakan punggungnya sahaja. Organ-organ yang "diberak" tersebut kemudiannya dihasilkan semula.

6. Tardigrade

tardigrade beruang air superpower

Tardigrade atau dikenali sebagai beruang air, memiliki kuasa yang tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana haiwan lain.

Malah, ia boleh dianggap sebagai haiwan paling kuat di Bumi kerana ia hampir mustahil untuk dibunuh.

Beruang air ini boleh bertahan dalam keadaan fizikal yang melampau, seperti suhu dari -272 ° C hingga 150°C).

Malah, ia juga mampu bertahan dari tekanan hingga 40,000 kPa, dan radiasi yang sangat tinggi walaupun dalam keadaan vakum.

Tak cukup dengan itu, makhluk ini dapat bertahan selama 30 tahun tanpa air atau makanan, serta mampu hidup di mana-mana sahaja. 

Ia lebih gemar tinggal di dasar tasik, lumut lembap, atau endapan persekitaran lembap yang lain.

Ia mampu bertahan dari radiasi, cecair mendidih, tekanan sehingga enam kali ganda tekanan lautan terdalam lautan, atau kawasan vakum.

Spesies Tardigrade tertentu dapat bertahan di orbit rendah Bumi selama sepuluh hari apabila terdedah kepada ruang vakum dan radiasi.

Para penyelidik mendapati bahawa Tardigrades boleh terus hidup apabila semua manusia telah mati.

Rujukan:

1. Science Focus

2. BBVA Open Mind

3. Animals

4. NCBI




Hakcipta iluminasi.com (2017)