Zon waktu adalah satu sistem yang sangat penting dalam mengukur waktu di seluruh dunia yang digunakan untuk menggambarkan kawasan di dunia di mana waktu standard seragam diperlukan bagi tujuan sosial, komersial atau undang-undang.

Zon waktu mengikuti sempadan kawasan dan negara kerana lebih mudah untuk kawasan berdekatan antara satu sama lain untuk menetapkan masa yang sama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Waktu setempat dalam zon waktu ditakrifkan oleh perbezaannya atau diimbangi dari masa standard dunia yang dinamakan Waktu Universal Selaras (Coordinated Universal Time - UTC) yang dinyatakan sebagai UTC- atau UTC+.

zon waktu asia tenggara 4 negara dengan zon masa paling banyak di dunia

Kebanyakan zon waktu diimbangi dari UTC melalui jam keseluruhan khusus manakala yang lain diimbangi dengan sama ada 30 atau 45 minit (UTC-2, UTC + 03:45 atau UTC-5:30)

Jika di Malaysia kita hanya mempunyai 1 zon waktu, tetapi banyak negara di dunia mempunyai lebih daripada 1 zon waktu. iluminasi.com ingin kongsikan 4 negara dengan zon masa paling banyak di dunia.

Nota: Malaysia menggunakan UTC+8, iaitu 8 jam lebih cepat daripada UTC+0.

4.  United Kingdom - 9 zon waktu

united kingdom 4 negara dengan zon masa paling banyak di dunia

United Kingdom adalah negara ke-4 yang mempunyai zon waktu paling banyak di dunia iaitu sebanyak 9. Dari segi saiz keluasan, ia berada di tangga ke-78 dunia dengan keluasan 242,495 kilometer persegi, lebih kecil berbanding Malaysia.

Walaupun mempunyai 9 zon waktu, namun seluruh tanah besar United Kingdom menggunakan 1 zon waktu yang sama iaitu UTC +1 BST (British Summer Time). Ini bermakna waktu di Edinburgh, Scotland di utara dan London, England di selatan United Kingdom adalah sama.

zon waktu masa dan pergerakan bulan

8 daripadanya adalah wilayah United Kingdom di luar negara dan ketergantungan mahkota (wilayah yang berada di bawah kedaulatan British Crown tetapi tidak menjadi sebahagian daripada UK) termasuklah:

  1. Pitcairn Islands
  2. Cayman Islands
  3. Anguilla 
  4. British Virgin Islands 
  5. Montserrat
  6. Turks and Caicos Islands 
  7. Bermuda 
  8. Falkland Islands
  9. South Georgia/Sandwich Is. 
  10. Saint Helena 
  11. Guernsey 
  12. Isle of Man
  13. Jersey Crown
  14. Gibraltar
  15. British Indian Ocean Teritorry

3. Rusia - 11 zon waktu

rusia 4 negara dengan zon masa paling banyak di dunia

Bagi negara paling besar di dunia dengan keluasan 17.09 juta kilometer persegi, iaitu 51 kali ganda keluasan Malaysia, Rusia terbahagi kepada 11 zon waktu, di antara UTC+02:00 hingga UTC+12:00. Ini bermakna, perbezaan paling besar bagi satu-satu kawasan dengan kawasan lain di Rusia adalah sebanyak 10 jam.

Walaubagaimanapun, Waktu Penjimatan Siang (DST) tidak digunakan di negara ini. Zon waktu ini termasuklah Kalinigrad, Moscow, Samara, Yekaterinburg, Omsk, Krasnoyarsk, Irkutsk, Yakutsk, Vladivostok, Magadan dan Kamchatka.

Sempadan zonwaktu ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh kerajaan Persekutuan Rusia apabila ia membahagikan negara kepada wilayah-wilayah setelah pembubaran Kesatuan Soviet.

2. Amerika Syarikat - 11 zon waktu

amerika syarikat 4 negara dengan zon masa paling banyak di dunia

Amerika Syarikat adalah negara ke-4 terbesar di dunia dari segi keluasan. Negara ini dan wilayahnya dibahagikan kepada 9 zon waktu standard oleh undang-undang. Namun begitu, terdapat dua tambahan zon waktu yang tidak rasmi.

Majoriti daripada kawasan di Amerika Syarikat mempraktikkan waktu penjimatan siang (DST) untuk sebahagian besar musim gugur, bunga dan panas. Waktu Penjimatan Siang adalah mempercepatkan 1 jam lebih daripada waktu sebenar supaya waktu siang menjadi lebih lama.

Batas zon waktu dikawalselia oleh Jabatan Pengangkutan dengan perkhidmatan penjagaan masa rasmi dilakukan oleh Institusi Teknologi dan Standard Kebangsaan dan Balai Cerap Angkatan Laut AS.

Sembilan zon waktu standard Amerika Syarikat adalah Atlantik, Timur, Tengah, Gunung, Pasifik, Alaska, Hawaii, Samoa dan Chamorro. Perbezaan antara waktu Atlantik dan Chamorro adalah 15 jam.

1. Perancis - 12 zon waktu

perancis 4 negara dengan zon masa paling banyak di dunia

Dengan keluasan 640,679 kilometer persegi, kira-kira dua kali ganda saiz Malaysia, Perancis adalah negara ke-42 terbesar di dunia. Namun, negara ini mempunyai zon waktu paling banyak iaitu 12.

Walaupun saiz keluasan tidak begitu besar, Perancis mempunyai zon waktu paling banyak disebabkan oleh negara ini mempunyai beberapa wilayah di luar negara. Bahagian berlainan di Metropolitan Perancis menggunakan sama adaa zon Waktu Eropah Tengah (UTC+01:00) ataupun Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+02:00).

Sebelum tahun 1891, semua Bandar Metropolitan di seluruh Perancis masing-masing mempunyai waktu sendiri yang ditetapkan berdasarkan waktu solar tempatan. Namun, waktu-waktu tersebut telah disatukan pada tahun 1891 disebabkan oleh komplikasi jadual kereta api.

Masa-masa tersebut di satukan berdasarkan waktu solar Paris. Pada tahun 1911, Perancis menggunapakai GMT+0 sebagai waktu rasmi. Pada tahun 1940, negara ini menukarkan waktu di bahagian utara Perancis kepada GMT+2.

Namun, GMT+1 masih kekal sebagai waktu rasmi untuk Metropolitan Perancis. Ini bermakna waktu di wilayah-wilayah di seluruh Perancis adalah sama. Kecuali waktu di wilayah luar negara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)