Helah silap mata menjadi alat hiburan berabad-abad lamanya, membuatkan kanak-kanak dan juga orang dewasa terpegun. Pengalaman duduk di khalayak ramai dan menyaksikan salah satu aksi ini boleh menjadi sesuatu yang tak dapat dilupakan.
Selalunya orang biasa tidak mengetahui bagaimana helah atau trik tersebut dilakukan namun kita semua tahu ia bukanlah sihir.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan walaupun kini teknologi sudah semakin berkembang, namun masih terdapat trik-trik yang tidak dapat dijelaskan. iluminasi.com kongsikan antara 5 trik magik yang masih tidak dapat dirungkai.
1. David Copperfield - Portal
Teleportasi adalah sesuatu yang dianggap mustahil. Walaupun saintis telah menemukan pelbagai teori tentang cara ia dapat dilakukan, namun setakat ini ia hanya kekal sebagai sains fiksyen dan digunakan dalam helah silap mata.
Dalam video di atas, David Copperfield berusaha untuk menunjukkan teknik tersebut. Dia bersedia untuk membuatkan para penonton ternganga dengan menunjukkan video siaran langsung di Hawaii dan mendakwa bahawa dia akan teleportasi ke sana.
Bunyinya macam tak masuk akal kan? Namun rakaman video ini menunjukkan sebaliknya. Seorang penonton menulis huruf hadapan namanya pada lengan Copperfield menggunakan sebatang pen.
Gambar Polaroid juga telah diambil oleh ahli penonton lain. Bukti-bukti ini pergi bersama Copperfield dan pembantunya ketika mana mereka hilang dari pentas tersebut melalui sebuah portal.
Tidak ada apa-apa yang dekat dengan portal sama ada di bahagian bawah atau atas. Beberapa saat kemudian, Copperfield dan pembantunya muncul di pantai dalam video di Hawaii.
Ahli silap mata tersebut kemudiannya dengan bangga menunjukkan lengannya yang ditandatangani "TS" dan gambar polaroid yang diambil sebelumnya.
Walaupun adalah jelas ia bukanlah magik sebenar, namun penjelasan terhadap helah ini masih belum diketahui. Ada orang yang cuba untuk mendedahkannya namun tiada terbukti cukup sempurna dan memuaskan.
2. Muthukad - Tali
Silap mata India yang terkenal ini adalah aksi yang menarik di mana ahli silap mata mengarahkan tali untuk bergerak dan menegak dengan sendiri!
Dalam video di atas, seorang lelaki membawa seutas tali gergasi dan dengan orang ramai berkumpul, dia menunjukkan tali kepada mereka supaya semua orang dapat melihat bahawa tiada apa-apa yang telah dilakukan untuk mengubahnya.
Kemudian, dia meneruskan aksinya dengan meleakkan tali ke dalam bakul dan memerintahkannya untuk "hidup". Tali tersebut "bangun" dari dalam bakul seperti ular yang diseru dengan seruling.
Ia disertai dengan muzik funky ahli silap mata ini yang menampakkan helah ini lebih meyakinkan dan benar. Tak cukup dengan itu, seorang budak lelaki kemudiannya memanjat tali yang kelihatan tidak diikat pada apa-apa.
Tak lama selepas kanak-kanan itu turun, tali tersebut jatuh dengan perintah ahli silap mata, seperti tiada apa yang berlaku. Setakat ini, tiada siapa yang berjaya mendedahkan helah ini dengan bukti yang kuat.
3. Penn & Teller - Bayang-bayang
Penn & Teller adalah dua ahli silap mata dan penghibur luar biasa yang sentiasa membuatkan peminat mereka terkesima dengan cara yang baru dan kurang penjelasan.
Trik yang ringkas dan menakjubkan ini dilakukan di mana Teller secara fizikal menggunting bayang-bayang dengan sebilah pisau.
Dan apabila bayang-bayang tersebut dipotong, pokok bunga sebenar yang ada di hadapannya juga turut terpotong. Selepas pertunjukkan luar biasa ini, darah mula menetes dari tangan Teller yang hanya dapat dilihat melalui bayangan pada mulanya.
Kemudian tangannya bergerak lebih dekat menghampiri kanvas di mana darah sebenar muncul. Ia helah yang sangat ringkas namun tidak dapat dijelaskan ini masih menjadi misteri.
4. Richard Osterlind - Syiling bengkok
Helah ini adalah yang paling ringkas dalam senarai ini, namun masih membuatkan ramai orang sakit kepala memikirkannya. Ahli silap mata Richard Osterlind, meminta duit syiling biasa yang kuat dan disahkan oleh para penonton bahawa ia benar-benar duit syiling biasa.
Setelah ini selesai, Osterlind meletakkan syiling tersebut di atas telapak tangannya dan menekannya sedikit menggunakan jari. Tiba-tiba, duit syiling tersebut bengkok.
Dia kemudiannya menunjukkan duit syiling tersebut kepada para penonton dan mengembalikan bentuk wang syiling tersebut kepada sedia kala dengan menekannya semula.
Richard mungkin tidak mempunyai otot yang besar untuk mencuba melakukan sesuatu seperti itu, tetapi dia mempunyai kemahiran yang cukup.
Helah silap mata seringkas ini pun masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini.
5. Penn & Teller - Peluru ajaib
Penn memulakan persembahan dengan mendapatkan peluru sebenar dari poketnya dan meminta bantuan daripada kalangan penonton yang berpengalaman menggunakan senjata api.
Dua lelaki memutuskan untuk membantu. Mereka diminta menandatangani peluru untuk memastikan tidak ada helah di sini yang cuba dilakukan oleh Penn.
Kemudian Penn dan Teller tiba-tiba mengacukan pistol Python Colt sebenar ke arah satu sama lain dengan peluru yang ditandatangani di dalamnya.
Mereka mengacukan ke mulut masing-masing dan kemudiannya melepaskan tembakan. Dengan bunyi yang kuat, topi keledar perlindungan mereka jatuh dan mereka kelihatan tidak tercedera dengan peluru yang ditandatangani berada dalam mulut mereka.
Kaca nipis di depan mereka kelihatan hancur kesan daripada tembakan. Mereka juga menunjukkan peluru-peluru tersebut kepada dua orang lelaki tersebut yang mengesahkan bahawa senjata api tersebut baru sahaja digunakan melalui baunya.
Bagaimana mereka melakukannya adalah tidak jelas dan itu sebahagian daripada apa yang membuatnya begitu menakjubkan.