Kebanyakan orang hanya boleh menamakan beberapa spesies jerung sahaja seperti jerung harimau putih dan mungkin ikan terbesar di lautan iaitu jerung paus.
Jerung datang dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza, dengan kira-kira 440 spesies di dunia pada hari ini. Dan bilangan itu terus berkembang, dengan spesies terbaru yang dinamakan "Genie's Dogfish," yang ditemui pada Julai 2018.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan antara 5 spesis jerung yang paling pelik dan jarang ditemui di dunia setakat ini.
5. Angular Roughshark
Jerung ini dinamakan bersempena sisiknya yang kasar dan seperti gigi, dikenali sebagai "dentikel". Ia meliputi badan dan dua sirip dorsal yang besar pada jerung ini.
Jerung yang sangat jarang ditemui ini bergerak dengan meluncur di sepanjang dasar laut dan kerap berhenti sambil berlegar-legar di atas permukaan berlumpur atau berpasir.
Kerana lebih memilih untuk tinggal hampir dengan dasar laut, spesis ini biasanya cenderung untuk hidup di kedalaman 60-660 meter.
Ia dipercayai menggunakan mekanisme sedutan untuk memakan makanan seperti moluska, krustasea, dan cacing polychaete. Jerung ini juga memakan kulit telur jerung lain.
Biasanya ditemui di Lautan Atlantik timur, spesis ini boleh ditemui di sepanjang hampir seluruh pantai barat Afrika dan Eropah serta Laut Mediterranean.
Oleh kerana peningkatan kekerapan dan kecekapan penjalaan di Mediterranean dan Atlantik timur laut dalam tempoh 50 tahun yang lalu, jerung ini telah sangat jarang ditemui di kebanyakan habitat endemik dan dianggap sangat terancam di beberapa kawasan.
Walaupun spesies ini tidak disasarkan secara spesifik oleh industri perikanan, namun ia sering diambil sebagai hasil sampingan dan digunakan untuk menghasilkan minyak, penggunaan manusia dan dijadikan makanan di ladang penternakan ikan.
4. Goblin Shark
Jerung Goblin jarang dilihat oleh manusia kerana spesis ini hidup sehingga 1,300 meter di bawah permukaan. Walau bagaimanapun, beberapa spesimen telah dikesan di sekitar kedalaman 40-60 meter.
Majoriti jerung goblin yang pernah ditangkap adalah dari pesisir pantai Jepun. Tetapi spesies ini dipercayai tersebar secara global, dengan populasi yang lebih besar tertumpu di perairan Jepun, New Zealand, Australia, Perancis, Portugal, Afrika Selatan, Surinam, dan AS.
Antara ciri-ciri yang paling menonjol pada jerung ini adalah muncungnya yang panjang tetapi rata dan gigi yang tersangat tajam. Muncungnya juga dipenuhi dengan reseptor sensitif elektro kecil yang mampu mengesan medan elektrik.
Jerung Goblin mempunyai kulit yang lutsinar, yang membolehkan darah dalam kapilarinya kelihatan, dengan warna kulit yang unik dari merah jambu ke kelabu kepada merah jambu bubblegum.
Walaupun penampilannya yang luar biasa, ciri-ciri yang sangat aneh pada jerung goblin adalah rahangnya.
Mulut manusia biasa boleh terbuka kira-kira 50 darjah sementara jerung ini dengan mudah boleh membuka mulut seluas 111 darjah. Rahang jeruji goblin boleh menyerang pada kelajuan 3.1 meter sesaat ketika mangsa berada dalam jangkauan.
3. Frilled Shark
Jerung Frilled adalah salah satu spesies jerung paling awal yang masih hidup pada masa kini. Ia dipercayai telah menyebabkan penampakan beberapa "ular laut" kerana penampilannya menyerupai ular, mempunyai badan panjang dan sirip kecil.
Jerung ini dinamakan sempena enam pasang insang yang bertemu di bawah kerongkongannya dan menghasilkan kolar yang berliku-liku.
Tetapi ciri paling unik pada jerung ini adalah rahangnya, yang mengandungi 300 gigi kecil bercabang tiga yang tersusun dalam 25 baris.
Walaupun biasanya jerung ini didapati sangat jauh di bawah permukaan, ia juga telah sering berada di kedalaman antara 50-200 meter di mana spesis ini memakan sotong dan pelbagai jenis ikan, termasuk jerung lain.
Bentuk mulut dan badan jerung ini telah menyebabkan ahli sains percaya bahawa spesis ini boleh memakan mangsa lebih daripada 50% s daripada panjang badan sendiri.
Spesis ini boleh ditemui di perairan Scotland, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun, California, Chile, Namibia, dan Norway. Terdapat juga penampakan yang tidak disahkan di Lautan Hindi.
Oleh kerana tempoh kehamilan yang panjang dan pengeluaran reproduktif yang rendah, spesis jerung ini mungkin terancam. Daging jerung ini digunakan sebagai makanan ikan, dimakan oleh manusia atau dibuang.
Setakat ini, sangat sedikit diketahui tentang saiz populasi global jerung ini.
2. Cookiecutter Shark
Walaupun jarang membesar lebih daripada 50 sentimeter, ikan jerung cookiecutter yang berbentuk seperti curut ini adalah salah satu pemangsa yang paling berani di Bumi.
Bahagian atasnya berwarna coklat dan bahagian bawah berwarna cerah, yang bercahaya untuk menarik ikan-ikan lain. Namun, tidak seperti kebanyakan pemangsa, jerung ini tidak membunuh mangsa mereka.
Jerung cookiecutter menggunakan kelajuan dan pergerakan ikan lain terhadap mereka dan dengan pantas bertukar untuk membuat satu gigitan sebesar bola golf terhadap mangsanya.
Teknik memakan cara ini membolehkan jerung cookiecutter menewaskan makhluk yang lebih besar daripada dirinya sendiri, termasuk anjing laut, ikan paus, dan jerung lain.
Parut-parut jelas yang ditinggalkan oleh gigi jerung ini membolehkan para saintis mengenal pasti jenis diet jerung ini. Terdapat laporan mengenai jerung ini di mana ia meninggalkan tanda kawah di kubah sonar kapal selam nuklear.
Jerung Cookiecutter biasanya menghabiskan waktu siang sekitar 1,000 meter di bawah permukaan dan bermigrasi ke atas untuk memburu pada waktu malam.
Aktiviti manusia dipercayai mempunyai sedikit kesan terhadap spesies yang sukar ditemui ini. Ia boleh ditemui di beberapa tempat, dilaporkan di selatan Brazil, Tanjung Verde, Guinea, Angola, Afrika Selatan, Mauritius, New Guinea, New Zealand, Jepun, Hawaii, Australia, dan Bahamas.
Selama bertahun-tahun, jerung cookiecutter dianggap tidak berbahaya kepada manusia kerana saiz dan habitatnya yang kecil.
Namun, berlaku serangan pertama terhadap manusia yang didokumentasikan di Hawaii pada tahun 2009. Kira-kira 90 minit selepas matahari terbenam, salah satu jerung itu menggigit kaki seorang perenang.
1. Greenland Shark
Jerung Greenland adalah antara salah satu spesies jerung terbesar di dunia, di mana saiznya mampu mencapai panjang 6.5 meter dan berat 900 kilogram. Walau bagaimanapun, siripnya agak kecil berbanding saiznya.
Rahang atas jerung ini mempunyai gigi yang langsing dan runcing, sementara bahagian bawahnya terdiri daripada gigi yang lebih besar dan licin. Spesis ini mempunyai beberapa variasi warna termasuk kelabu, ungu, coklat dan hitam.
Walaupun jerung Greenland kadang-kala dimakan oleh pemburu suku Inuit, namun kulit jerung adalah toksik kepada kebanyakan haiwan lain, termasuk anjing.
Apabila diberi makan jerung mentah, anjing tersebut menjadi seperti mabuk. Majoriti jerung Greenland adalah buta disebabkan parasit cacing yang melekat pada mata ikan jerung ini.
Namun begitu, jerung ini hidup dalam kegelapan dan di bawah ais air sejuk yang membeku di mana mata yang buta tidak memberi banyak perbezaan.
Dengan bantuan deria bau mereka yang sangat tajam, jerung Greenland mudah untuk mencari makanan. Bangkai jerung narwhals dan belugas adalah di antara makanan kegemaran jerung ini, tetapi juga menikmati anjing laut, singa laut, salmon, halibut, dan ikan hering.
Kadang-kala, jerung Greenland juga terlibat dalam kanibalisma.
Jangka hayat spesis ini adalah lebih menarik. Mata jerung ini mengandungi tisu yang lutsinar dan tak aktis secara metabolik, yang menghasilkan lapisan baru sepanjang hidup.
Analisis tisu terhadap 28 jerung Greenland yang ditangkap sebagai telah mendedahkan spesis ini sebagai vertebrata yang hidup paling lama di Bumi.
Dianggarkan jangka hayat bagi spesis ini yang paling tua adalah 392 tahun. Namun ketepatan mungkin berbeza sebanyak 120 tahun, membuatkan jangka hayat minimum adalah 272 tahun dan maksimum adalah 512 tahun.
Jerung Greenland kebanyakannya tinggal di sepanjang pantai negara-negara seperti Kanada, Norway, Iceland, Ireland, UK, dan sudah tentu di Greenland.
Para saintis cuba mencari sebab di sebalik kehidupan panjang jerung Greenland dan apa yang dapat menentukan jangka hayat spesies lain, termasuk manusia.