Oleh pada 16 May 2017 kategori

16 Mei setiap tahun merupakan satu tarikh yang bermakna untuk seorang guru. Pada hari tersebut, semua guru akan diraikan dan bergembira bersama-sama dengan anak murid mereka. Para guru pastinya akan mendapat banyak kad ucapan dan juga hadiah daripada anak didik mereka yang akan dijadikan kenangan yang sungguh manis saat menjadi seorang guru. Namun, kita hendaklah sentiasa menghormati guru setiap hari dan bukan hanya pada hari tersebut.

Seorang doktor, usahawan, peguam dan pemimpin dilahirkan oleh didikan seorang guru. Oleh hal yang demikian, hormatilah guru kerana mereka berhak untuk mendapat penghormatan daripada anak muridnya. Di sini saya senaraikan sebab mengapa seorang guru perlu dihormati :

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Guru menghormati anda

"Layan orang lain sepertimana anda mahu dilayan," jika anda terfikir bahawa seseorang guru itu biadap terhadap anda, mungkin anda perlu lihat bagaimana cara anda melayan guru tersebut. Mereka adalah individu yang bertanggungjawab untuk mendidik kita. Oleh itu,kita perlu menghormati dan menyanyangi mereka seolah-olah mereka adalah ibu bapa kita sendiri ketika di sekolah.

2. Mereka datang untuk medidik anda

guru sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak muridnya

Kita semua tidak dapat pergi jauh tanpa pendidikan, dan gurulah yang berperanan untuk mendidik anda menjadi insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri dan negara. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada kita semua. Tanpa guru, kita pasti tidak dapat untuk mempelajari sesuatu dengan baik. 

3. Mereka mengambil berat tentang anda

guru sentiasa mengambil berat terhadap anak muridnya

Mereka mahukan yang terbaik untuk anda, dan jika anda melakukan sesuatu yang salah, mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda. Seorang guru pasti akan risau sekiranya anak muridnya tidak dapat menjawab peperiksaan mahupun latihan yang diberikan. Itulah tanda kasih seorang guru. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak didik mereka.

4. Mereka tidak dapat mengawal segala-galanya

gred peperiksaan

Mengawal keadaaan di dalam kelas pastinya sukar bagi seorang guru. Dengan jumlah pelajar yang ramai, seorang guru tidak dapat mengawal semua orang supaya sentiasa mendengar cakapnya dan segala arahannya. Namun, seorang guru pasti akan sabar dengan karenah anak muridnya. Kesabaran yang sangat tinggi daripada seorang guru merupakan mutiara yang terpendam yang tidak dapat dilihat orang ramai. Ia sangat bernilai dan membantu untuk mengajar anak murid dengan jayanya.

5. Guru sentiasa dipertanggungjawabkan atas kesalahan anak muridnya

suasana di sekolah

Jika seorang murid melakukan kesalahan disiplin, ataupun tidak dapat mendapat markah yang bagus di dalam peperiksaan, orang yang paling utama untuk disoal dan dipersalahkan pastinya seorang guru. Seorang guru memikul beban yang sangat berat ke atas semua anak muridnya. Kadangkala, sesetengah guru akan dimarahi oleh penjaga murid tersebut di atas kesalahan yang dilakukan oleh anaknya. Oleh hal yang demikian, seorang guru perlu dihargai dan dihormati.

selamat hari guru

Akhir kata, seorang guru bagaikan lilin yang membakar dirinya untuk menerangi kegelapan. Mereka telah mengorbankan masa dan tenaga untuk mencurahkan bakti dan budi kepada anak muridnya. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengenang jasa dan berterima kasih kepada mereka. Semoga segala ilmu yang dicurahkan mereka mendapat keberkatan untuk kita semua menjadi seorang yang berjaya. -FAF-




Hakcipta iluminasi.com (2017)