Sudah pasti anda mempunyai seorang atau ramai rakan yang mudah terhibur dan bergelak ketawa meskipun terhadap perkara-perkara yang remeh atau kecil bukan? ataupun anda adalah salah seorang yang tergolong di dalam kategori tersebut? Jika ya, tahukah anda bahawa perkara tersebut adalah sangat baik untuk diri anda kerana ketawa dapat menyihatkan tubuh badan kita.
BESARKAN TEKS A- A+
Bak kata pepatah inggeris, “laughter is the best medicine". Kini, perkara ini terbukti kerana menurut kajian, orang yang kurang ketawa cendderung untuk menghidap penyakit berbanding dengan mereka yang kerap ketawa.
Menurut Dr. Gulshan Sethi, ketawa akan mengaktifkan ketenangan dan kesenangan di dalam badan anda. Ia ibarat seperti anda sedang melakukan senaman walaupun pada hakikatnya anda tidak berganjak pun dari tempat duduk anda.
Kajian menunjukkan bahawa ketawa dapat mempercepatkan proses penyembuhan penyakit, dan ketawa juga boleh berjangkit kepada orang lain.
Ketawa boleh berjangkit
Penemuan neuron yang dikenali sebagai mirror neuron merupakan salah satu bukti bahawa ketawa boleh berjangkit. Sebagai contoh, secara automatiknya, anda akan tersenyum apabila anda terlihat seseorang yang berada di hadapan anda tersenyum melihat anda.
Ketika anda berasa lemah semangat atau seperti kehilangan motivasi, anda haruslah mencari seorang rakan yang dapat bergelak ketawa bersama anda. Hal ini demikian kerana, apabila teman rapat anda ketawa dan bergembira, otak anda akan berfungsi untuk bertindak balas terhadap humor dan ia akan menimbulkan perasaan senang dan anda akan berasa tidak tertekan.
Ketawa mengurangkan stres
Ketika anda ketawa, proses pengucupan otot berlaku dengan pantas dan ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke dalam tubuh badan anda. Perkara ini akan membantu merangsang jantung dan hati anda untuk mengeluarkan hormon endorfin bagi membantu anda berasa lebih tenang dari segi fizikal dan emosi.
Ketawa meningkatkan kekebalan badan
Menurut kajian daripada Indiana State School of nursing, ketawa dapat meningkatkan jumlah sel pembunuh semula jadi yang dapat melawan sel-sel kanser di dalam badan.
Ketawa meningkatkan daya tahan diri
Daya tahan diri merupakan satu kebolehan untuk melihat sesuatu kegagalan dari sudut yang positif, seperti seseorang yang gagal menganggap itu sebagai satu halangan dan cabaran untuk menempa kejayaan. Bagi mereka yang mempunyai daya tahan diri yang lemah, mereka akan menganggap kegagalan sebagai penamat kepada usaha mereka.
Ketawa menghilangkan kemurungan
Kemurungan dan kesedihan merupakan satu perkara yang menhantui hidup kita. Pelbagai perkara boleh menjadi faktor kepada kemurungan dan kesedihan. Sebagai contoh, seorang isteri yang kematian suaminya, kegagalan dalam peperiksaan mahupun dibuang kerja oleh majikan akan menjadikan seseorang itu sedih dan berada dalam kemurungan.
Oleh itu, bagi membantu anda utuk mengatasi kemurungan, ketawa merupakan ubat yang paling efektif. Ketawa dapat melupakan anda daripada kesedihan yang melampau dan ia dapat membantu anda untuk memandang terus ke hadapan.
Sumber rujukan :