Majoriti daripada rakyat Malaysia dewasa dilaporkan mengambil makanan tambahan atau suplemen setiap hari. Corak pengambilan berat semakin meningkat dan kini ramai yang sejumlah besar wang setiap tahun untuk membeli makanan tambahan.

Malah, penjualan kini semakin berleluasa dengan terdapat produk yang menjanjikan hasil tak masuk akal, termasuk juga yang membawa kemudaratan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun tersangat ramai orang yang menghabiskan wang ke atas produk-produk yang semakin meragukan ini tak bermakna anda juga perlu melakukan sedemikian.

iluminasi.com kongsikan 5 sebab mengapa kebanyakan suplemen adalah satu pembaziran wang dan masa.

1. Anda sebenarnya tak perlukan makanan tambahan

anda tak perlukan suplemen makanan tambahan 144

Pernah tak anda melihat rakan anda yang makan makanan segera tetapi mengimbanginya dengan meminum air bikarbonat diet (Diet Coke atau Pepsi)?

Sama dengan Diet Coke atau Pepsi yang tak "menyihatkan" pilihan makanan segera yang dimakan, suplemen juga tidak mampu menggantikan hidangan makanan yang sihat.

Sepeti namanya, suplemen adalah bertujuan untuk menambah, dan bukannya untuk menggantikan.

Sudah tentu ia lebih mudah untuk anda hanya menelan pil, kapsul ataupun jus daripada memilih makanan yang penuh dengan vitamin dan nutrien.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang dewasa yang sihat boleh dan harus mendapatkan semua nutrien daripada pemakanan semulajadi sahaja.

vitamin b12 daripada pemakanan

Terdapat situasi di mana suplemen diperlukan, tetapi ia biasanya mempunyai kaitan dengan merawat kekurangan nutrien yang ditentukan oleh pegawai perubatan.

Ini antara situasi yang mana suplemen mungkin berguna:

Suplemen zat besi jika didiagnos dengan kekurangan zat besi

Vitamin dengan asid folik sebelum dan semasa kehamilan

Vitamin B12 untuk vegetarian dan orang dewasa yang lebih tua dengan tahap B12 yang rendah

Kalsium dan vitamin D untuk mereka yang berisiko atau yang mempunyai osteoporosis

Fluorida untuk bayi lebih tua yang tinggal di kawasan-kawasan di mana bekalan air perbandaran tidak disalurkan

Vitamin K dalam dos penyembuhan tunggal untuk bayi baru lahir bagi mengelakkan pendarahan

Omega-3 asid lemak untuk orang yang berisiko sakit jantung yang tidak memakan ikan

2. Sesetengan suplemen boleh membahayakan kesihatan

suplemen boleh sebabkan toksik

Dalam sebuah persekitaran yang mana "lebih" seringkali dianggai sebagai "lebih baik", pengguna cenderung untuk berfikir bahawa jika satu suplemen itu membekalkan 100% kepada keperluan mereka, maka produk yang membekalkan 1000% pastinya 10 kali ganda lebih baik.

Sebenarnya, suplemen tidak berfungsi dengan sedemikian rupa. Tiada statistik saintifik yang menyokong bahawa mengambil suplemen dalam dos yang berlebihan (megados) dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan sedia ada.

Megados umumnya dianggap sebagai amalan mengambil dos 10 kali ganda yang disyorkan.

Apabila dos berlebihan seperti ini diambil, beberapa suplemen vitamin larut lemak seperti vitamin A boleh menyebabkan kemudaratan dengan meningkatkan tahap toksik dalam badan.

Bahkan, vitamin larut air (yang mana dikumuhkan melalui air kencing jika diambil terlalu banyak) masih boleh memberikan kesan negatif kepada badan anda.

suplemen zat besi 485

Sebagai contoh, pengambilan berlebihan nutrien larut air seperti vitamin C boleh menyebabkan cirit-birit serta ketidakselesaan perut dan usus.

Wanita yang hamil dan menyusu harus berhati-hati dengan suplemen termasuklah makanan tambahan herba.

Walaupun mengambil vitamin pra-melahirkan dengan zat besi dan asid folik adalah idea yang baik ketika hamil, namun keupayaan agen lain dalam suplemen untuk memasuki plasenta atau disebarkan melalui susu ibu juga boleh menimbulkan ancaman kepada kandungan atau bayi yang menyusu.

Kebanyakan produk suplemen belum diuji ke atas populasi seperti wanita hamil dan menyusu atau bayi dan kanak-kanak kecil. Maka, individu yang tergolong dalam kumpulan ini harus mengelak daripada mengambilnya.

3. Suplemen tidak terbukti mencegah penyakit

suplemen tidak mencegah penyakit

Makanan tambahan sering dikelirukan dengan ubat-ubatan membuatkan ramai pengguna menyangkakan ia adalah ubat dan boleh menyembuhkan.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, agensi yang ditugaskan untuk mengawasi industri suplemen adalah "Bukan untuk merawat, mendiagnos, mengurangkan, mencegah atau menyembuhkan penyakit".

Jika anda peka dan membaca pada bahagian belakang label suplemen, anda akan terjumpa kenyataan ini.

Namun pengeluar suplemen memasarkan produk mereka dengan bebas dan sering memberi bayangan bahawa terdapat hubungan di antara suplemen mereka dengan manfaat kesihatan.

Walaupun ada dakwaan kesihatan tertentu yang boleh dimiliki oleh suplemen, namun dakwaan ini adalah sangat sedikit dan hanya terpakai kepada sebahagian kecil daripada jumlah suplemen yang dijual setiap tahun.

4. Bahan aktif dan jumlahnya sering tidak diketahui

bahan aktif dan jumlahnya sering tidak diketahui 2

Jika anda salah seorang daripada pengguna suplemen, lihat pada suplemen anda dan tanya diri sendiri:

"Mengapa saya mengambil suplemen ini?"

"Adakah ada maklumat berasaskan buklti yang boleh menyokong penggunaan suplemen ini?"

"Adakah saya tahu sama ada apa yang dikatakan pada botol ini sebenarnya terkandung dalam suplemen ini?"

Soalan terakhir ini membawa kita ke perkara seterusnya tentang mengapa kebanyakan makanan tambahan adalah satu pembaziran wang dan masa.

Pengeluar suplemen tidak perlu mendedahkan jumlah bahan, atau kadang-kala, bahan-bahan yang digunakan dalam produk mereka.

Amalan industri suplemen yang sangat terkenal adalah bersembunyi di sebalik istilah "proprietary blend" atau "campuran proprietari".

Campuran proprietari adalah sejenis campuran hak milik, dengan kata mudah merujuk kepada "ramuan rahsia" pengeluar produk.

Dengan hanya mendakwa ia adalah ramuan atau formula rahsia, pengeluar tidak perlu mendedahkan berapa banyak, atau apa yang ada dalam botol yang mereka jual.

bahan aktif dan jumlahnya sering tidak diketahui

Dengan ini tiada siapa pun tahu apakah bahan sebenar yang digunakan, kecuali pengeluar produk.

Untuk mengetahui manfaat kesihatan sebenar, sesetengah produk suplemen mengambil langkah untuk memasukkan ubat preskripsi dalam bahan produk mereka.

Esktrak beras yis merah, yang berupaya mengawal kolestrol sebenarnya didapati mengandungi statin. Statin adalah ubat preskripsi yang tidak sepatutnya disertakan atau dijual dalam produk suplemen di kaunter-kaunter farmasi.

Suplemen ini dapat membantu merendahkan kolestrol hanya disebabkan ia mengandungi ubat preskripsi yang dihasilkan untuk merendahkah kolestrol.

Sebaliknya, sesetehgan bahan herba didapati tidak mengandungi bahan aktif langsung.

5. "Semulajadi" tidak membawa apa-apa makna

istilah semulajadi dalam suplemen tak memberi apa apa makna

Dalam dunia suplemen, tak ada definisi yang boleh dibela secara sah bagi istilah "semulajadi". Malah, apabila ia melibatkan industri produk semulajadi, perkataan "semulajadi" ini sangat kerap tidak membawa maksud apa-apa.

Persepsi tentang produk suplemen adalah ia tidak dihasilkan menggunakan bahan buatan tetapi bahan semulajadi.

Persepsi ini adalah sangat ironi memandangkan sebahagian besar suplemen dihasilkan secara sintetik dalam suasana makmal dan kemungkinan besar langsung tidak mengandungi apa-apa bahan semulajadi atau berasaskan tumbuhan.

Ungkapan atau kata-kata manis pemasaran lain yang kerap digunakan untuk menjual suplemen termasuklah "seperti ubat preskripsi", "berpotensi tinggi" dan "gred perubatan".

Seperti perkataan "semulajadi", istilah-istilah ini tidak langsung memberikan apa-apa makna kepada anda tetapi lebih menguntungkan poket penjual dan pengeluar suplemen.

Perkara ini juga merujuk kepaa produk jamu atau herba.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)