Bagi kebanyakan pelajar, melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan satu impian yang sangat besar terutamanya bagi mereka yang datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak berkemampuan. Terdapat banyak cara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sama ada peringkat sarjana muda, sarjana ataupun pHd.

Para pelajar yang belajar Dan bergraduasi dari universiti luar negara selalunya dipandang tinggi oleh keluarga dan masyarakat. Mereka seringkali dianggap sudah berjaya, lebih berjaya daripada rakan-rakan sebaya mereka yang belajar dalam negara. Ini ternyata tanggapan yang salah!

Berikut merupakan beberapa lagi salah faham masyarakat terhadap para pelajar yang telah menamatkan pelajaran di luar negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Mudah Mendapat Peluang Pekerjaan

Ini hanyalah mitos semata-mata. Dalam krisis ekonomi sekarang, golongan pelajar yang menamatkan pelajaran di luar negara juga terpaksa melalui tempoh menunggu kerja yang lama. Jangan terkejut sekiranya ada yang terpaksa menunggu sehingga 6 bulan lamanya.

Golongan ini juga terpaksa bersaing dengan rakan sebaya yang belajar dalam negara. Tiada jalan pintas. Walaupun tidak dinafikan ada syarikat yang lebih cenderung mengambil pelajar lepasan luar negara, peratusannya mungkin terlalu sedikit.

2. Gaji Lebih Banyak

graduan berjaya

Ada sesetengah masyarakat menganggap lepasan luar negara in dapat hidup mewah di Malaysia kerana gaji mereka dibayar lebih banyak daripada pelajar lepasan dalam Malaysia. In hanyalah mitos semata-mata. Jika ada sekalipun, bilangan syarikat yang mempunyai polisi sedemikian mungkin boleh dibilang dengan jari.

Hal ini berlainan sama sekali dengan negara jiran kita Singapura. Pelajar lepasan luar negara mendapat keistimewaan dan gaji mereka dibayar lebih banyak berbanding pekerja lain lepasan universiti tempatan. Dalam kata lain, pekerja lepasan universiti luar negara dapat hidup mewah di Singapura.

3. Pandai Berbahasa Inggeris

pendebat terbaik asia 479

Betulkah? Mungkin, kebanyakannya. Ianya juga bergantung pada negara mana pelajar itu belajar. Sekiranya pelajar tersebut lepasan universiti dari Jepun atau Russia, mungkin tidak kerana bahasa rasmi yang digunakan mereka adalah bahasa tempatan di sana.

Sementara itu, di luar negara cara hidup setiap pelajar juga berlainan. Ada yang hanya berada dalam kelompok rakyat Malaysia dan bertutur dalam bahasa Melayu hampir setiap masa. Mereka inilah sebahagiannya yang tidak menunjukkan peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris.

4. Makin Jauh Daripada Agama

islam di kanada

Tidak dinafikan ada ibu bapa yang melarang anak-anak melanjutkan pelajaran terutamanya ke negara yang bukan Islam seperti Amerika Syarikat, UK da Russia kerana risaukan anak mereka akan jauh daripada agama Islam. Perkara ini sebenarnya terlalu subjektif bergantung pada seseorang individu itu sendiri.

Ada sesetengahnya yang lebih dekat dengan agama, mereka lebih menghargai Islam itu sendiri. Selain itu, melalui hubungan dengan masyarakat Islam setempat, mereka sebenarnya lebih berfikiran terbuka dan mudah memahami perbezaan mazhab.

5. Banyak Duit

travel ke luar negara

Biasa di media sosial kita akan lihat kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara ini banyak berjalan dan travel ke serata dunia. Adakah mereka benar-benar banyak duit? Untuk pengetahuan, pihak penaja seperti JPA mempunyai beberapa kadar elaun yang diberikan kepada pelajar, bergantung kepada universiti mana yang masuk. Sekiranya universiti itu terletak di bandar, elaun Kadar A yang lebih banyak akan diberikan. Sekiranya universiti itu di luar bandar, mungkin elaun Kadar B akan diberikan. Elaun yang diberikan adalah mencukupi mengikut kiraan kasar oleh pihak penaja.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan ada beberapa pihak penaja yang memberi elaun lebih banyak berbanding pihak JPA atau MARA, contohnya pihak Petronas dan Bank Negara. Selain itu, selalunya pelajar luar negara akan masak, jadi mereka dapat berjimat dan menabung untuk pergi berjalan-jalan.

Antara faktor lain adalah kerana faktor matawang sesebuah negara itu. Katakan pelajar tersebut belajar di US, maka mereka akan menerima elaun dalam matawang US Dollar. Bila ditukar ke matawang lain, mereka akan memperoleh lebih banyak wang. Sama juga halnya dengan pelancong dari US yang datang ke Malaysia, dengan jumlah US Dollar yang sedikit mereka mampu hidup mewah di Malaysia kerana faktor matawang mereka yang lebih tinggi berbanding Ringgit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)