Bukan semua orang sukakan tunggangan roller coaster di taman tema tetapi biasanya roller coaster yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terpantas dan paling mahal di dunia mampu menarik jutaan pelawat atas sebab tertentu.
Di Iluminasi, kami pernah menulis beberapa artikel berkaitan roller antaranya seperti di bawah ini:
- 5 Rollercoaster Yang Telah Diharamkan Akibat Terlalu Bahaya
- 5 Roller Coaster Terawal Di Dunia
- 7 Roller Coaster Paling Laju di Dunia
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, masih lagi berkisar tentang topik roller coaster tetapi kami akan kongsikan pula senarai roller coaster paling mahal di dunia yang pernah dibina. Anda pasti terkejut apabila mengetahui jumlahnya.
5. Thunder Dolphin - $37 juta
Roller coaster ini adalah sebahagian daripada kompleks hiburan di Bunkyo, Tokyo yang dikenali sebagai Tokyo Dome City (dahulunya Big Egg City). Ianya dibuka pada Mei 2003 dan merupakan mega coaster yang dibina oleh syarikat Intamin dan direka oleh Werner Stengel, seorang jurutera Jerman.
Dengan ketinggian maksimum 262.5 kaki, Thunder Dolphin ialah roller coaster kesepuluh tertinggi di dunia. Ia menelan belanja $37 juta untuk pembinaannya dan dengan segera mendapat perhatian setelah dibuka untuk orang awam.
Ia termasuk trek sepanjang 3,500 kaki yang melalui lubang yang dipotong ke Bangunan LaQua dan juga melalui roda Ferris yang dikenali sebagai Big-O. Satu bolt panjang pernah tercabut dari roler coaster ini dan mengenai penunggang berusia 9 tahun, menyebabkannya ditutup selama tiga tahun dari Disember 2010 hingga Ogos 2013.
4. Steel Dragon 2000 - $52 juta
Steel Dragon 2000 ialah roller coaster di Prefektur Mie di Jepun, terletak di sebuah taman bernama Nagashima Spa Land. Roller coaster ini dibina oleh syarikat Morgan Manufacturing dan direka oleh Steve Okamoto.
Ia adalah salah satu roller coaster tertua yang masih dianggap paling mahal, dibuka pada tahun 2000 dengan harga $52 juta (lebih $91 juta pada tahun 2022). Roller coaster ini ialah "giga coaster" kedua di dunia selepas Millennium Point, coaster di Cedar Point di Ohio.
Ia juga merupakan roller coaster keluli kelima tertinggi di dunia, mencapai ketinggian 318.3 kaki. Kos pembinaannya yang tinggi berpunca daripada lokasinya. Memandangkan kawasan Jepun sering dilanda gempa bumi, lebih banyak keluli daripada biasa diperlukan untuk membina tunggangan ini dengan selamat.
3. Expedition Everest - $100 juta
Tunggangan "Expedition Everest" adalah roller coaster paling mahal di dunia sejak dibuka pada 2006 hingga 2019. Ia terletak di Disney's Animal Kingdom dan dibuka awal untuk pemegang pas tahunan Disney pada 26 Januari 2006 dan kepada orang ramai beberapa bulan kemudian pada 7 April.
Tunggangan ini memegang Rekod Dunia Guinness sebagai roller coaster termahal dunia pada tahun 2011. Tunggangan ini menampilkan pendakian di hadapan replika Mt. Everest dan menampilkan yeti animatronik sepanjang perjalanannya.
Animatronik Yeti ini mempunyai rangkaian penuh gerakan menggunakan 19 penggerak yang mengawal pergerakannya. Malangnya, sejurus selepas tunggangan ini dibuka, bingkai yang menahan yeti terbelah dan merisikokan struktur roller coaster jika ia terus bergerak. Sejak itu, yeti ini tidak bergerak dan hanya berdiri di penghujung perjalanan.
2. Hagrid’s Magical Creatures Motorbike Adventure - $300 juta
Hagrid’s Magical Creatures Motorbike Adventure dibina berdasarkan dunia magikal Harry Potter dan merupakan tarikan keenam yang dibina di Universal's Islands of Adventure di Florida untuk segmen taman Dunia Sihir mereka.
Secara khususnya, tunggangan ini berada di Hogsmeade, menggantikan Dragon Challenge yang digantung roller coasternya. Tunggangan roller coaster ini menampilkan pokok sebenar di trek terbuka tetapi juga menggunakan elemen cerita untuk meningkatkan pengalaman penumpanganya.
Tunggangan roller coaster ini dibuka dengan kos pembinaan $300 juta pada Jun 2019, menjadikannya roller coaster paling mahal di dunia pada masa itu.
1. Guardians of the Galaxy: Cosmic Rewind - $500 juta
Roller coaster paling mahal pernah dibina ialah Guardians of the Galaxy: Cosmic Rewind. Tarikan ini juga merupakan tunggangan terbaharu dalam senarai ini, dibuka awal penduduk Florida pada 5 Mei 2022 sebelum dibuka untuk orang ramai pada 27 Mei.
Ia ditangguhkan kepada sambutan ulang tahun ke-40 EPCOT kerana penutupan COVID. Syarikat Vekoma Rides Manufactring telah mereka bentuk rollercoaster sinematik tertutup ini berdasarkan rekabentuk dan imej Disney Marvel.
Guardians of the Galaxy: Cosmic Rewind menelan belanja sebanyak $500 juta untuk dibina, menjadikannya roller coaster paling mahal pernah dibuat ketika artikel ini dtulis.
Kredit: