Sedar atau tidak, China sedang berusaha sedaya-upaya untuk membuatkan dunia menyukai mereka.

Mereka diselubungi oleh kempen "kuasa halus", yang bermakna selain daripada kuasa, mereka juga cuba menggunakan propaganda untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

China mahu memanipulasikan cara dunia berfikir dan mereka langsung tidak cuba untuk menyembunyikan hal ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini telah membawa kepada banyak propaganda China yang tidak bertujuan untuk orang China tetapi untuk orang Barat.

iluminasi.com kongsikan 5 propaganda yang mendedahkan bagaimana China melihat dunia.

1. Bagaimana pemimpin dipilih

Kementerian propaganda China melakukan segala yang mereka mampu untuk menjadikan video ini tular.

Akhbar-akhbar China menerbitkan artikel yang menyebutnya sebagai "tular" sebaik sahaja ia dikeluarkan. Idea ini sangat jelas bahawa jika mereka kerap bercakap mengenainya, ia akan benar-benar menjadi tular.

Secara kasarnya, ia keliahtan seperti kartun pendidikan yang menerangkan bagaimana pemimpin dipilih, tetapi anda tidak perlu fokus untuk melihat bahawa ia secara halus menghentam demokrasi.

Ia membentangkan sistem politik China sebagai meritokrasi berdasarkan "ujian pemilihan untuk beberapa dekad" yang memilih calon terbaik untuk pekerjaan itu melalui pengalaman bertahun-tahun dan promosi, serta demokrasi sebagai rancangan realiti.

Demokrasi dunia dibandingkan dengan Got Talent Britain, sementara sistem Amerika Syarikat dibandingkan American Idol.

Apabila video ini memaparkan Barack Obama, pasukan politiknya terdiri daripada selebriti seperti Katy Perry dan Oprah, yang mana semuanya melakukan tarian "Gangnam Style".

Video itu mencadangkan bahawa demokrasi adalah seperti sekumpulan peminat mengundi untuk peserta kegemaran mereka, tetapi ia lebih buruk daripada itu.

Menurut video itu, perkara yang paling penting yang anda perlukan untuk menjadi presiden adalah "aliran wang yang tidak berkesudahan". ,

2. "This is China"

Seorang rapper China yang menggelarkan dirinya sebagai Chuckie telah mengeluarkan sebuah lagu rap dengan bahasa Inggeris yang teruk, cuba dengan bersungguh-sungguh untuk membuatkan seperti ia tidak dihasilkan oleh "kementerian propaganda".

Namun, ia sememangnya dihasilkan untuk propaganda dan niatnya terserlah jelas dari awal bermula dari lirik awal yang berbunyi: 

"Saya ingin memulihkan kesan yang anda ada di negara saya, yang telah dipalsukan oleh media untuk tempoh yang lama".

Lagu ini menyenaraikan semua sebab mengapa China adalah sebuah negara yang hebat, walaupun kebanyakan daripadanya sebenarnya sedang menghentam Amerika Syarikat dengan halus.

Apabila Chuckie bercakap besar mengenai undang-undang kawalan senjata China yang menghalang "pembunuhan beramai-ramai" dan mereka boleh "mempercayai pasukan Keselamatan Awam," kerana polis baik terhadap rakyat, ia sangat jelas menunjukkan bahawa dia lebih berminat untuk mencari kesalahan negara lain.

Chuckie adalah sebahagian daripada program propaganda dan dia mempunyai lagu-lagu lain yang tidak dapat dikeluarkan ke Barat, menunjukkan apa sebenarnya yang China sembunyikan.

3. Cinta berbahaya

cinta berbahaya propaganda china

Pada Hari Pendidikan Keselamatan Nasional yang benar-benar wujud di China, kerajaan mereka mengeluarkan risalah yang dikenali sebagai "Cinta Berbahaya", memberi amaran kepada wanita-wanita Cina untuk sentiasa berjaga-jaga terhadap ancaman yang paling berbahaya: lelaki asing.

Komik ini menceritakan kisah Xiaoli, seorang wanita muda yang bekerja untuk jabatan propaganda China.

Xiaoli bertemu seorang asing yang bernama David, yang mana sebaik sahaja dia mengetahui bahawa Xiaoli bekerja untuk kerajaan, mula menghantar hadiahnya dan berpura-pura mencintainya.

Tidak lama kemudian, David mula menekan Xiaoli supaya membenarkannya melihat kerja-kerja Xiaoli. Tetapi sebaik sahaja Xiaoli terpedaya dan membenarkan David melihat kerjanya, David menghilangkan diri.

Sehinggalah pegawai keselamatan negara menangkap David yang cuba untuk menyeludup nota-nota kerja Xiaoli keluar dari China. 

Komik berakhir dengan amaran kepada setiap lelaki dan wanita China untuk berhati-hati dengan sejenis cinta yang paling berbahaya iaitu cinta terhadap orang asing.

Mungkin teman lelaki atau teman wanita asing mereka adalah seorang pengintip.

4. "Siapa Xi Dada?"

Pada tahun 2015, sebelum Presiden Xi Jinping melawat Amerika Syarikat, China mengeluarkan video untuk menjelaskan kepada rakyat Amerika siapa sebenarnya pemimpin mereka.

China menemu bual sekumpulan pelajar asing di China dan meminta mereka untuk menjelaskan siapa Xi Jinping, yang mana mereka menceritakan tentang betapa kacaknya Jinping.

Salah seorang wanita berkata, "Jika dia adalah suami saya, saya akan bahagia". Yang lain memanggil Jinping "kacak" dan "sangat berkarisma".

Video itu memanggil presiden China "Xi Dada," dengan seorang pelajar mengatakan, "Dia bukan hanya pemimpin, tetapi dia adalah seperti sebahagian daripada keluarga mereka.

Walaupun video ini cuba untuk membuatkan Xi Jinping kelihatan comel dan disukai. ia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada menjelaskan apa yang pemimpin ini percaya.

Menurut pembuat filem, mereka percaya bahawa orang Barat tidak peduli tentang polisi dan hanya peduli tentang paras rupa.

Seorang pelajar Amerika memberitahu dalam video tersebut bahawa dia memiliki salinan buku mengenai pemerintahan China, namun tidak tahu apa-apa mengenai polisid dalam buku tersebut.

5. "Siapa Yang Paling Mahu Gulingkan China?"

Tidak semua video propaganda bertujuan untuk tontonan Barat. Ini jelas dalam video "Siapa Yang Paling Mahu Gulingkan China" dan ia bukannya untuk penonton Barat tetapi untuk memberikan amaran kepada China tentang mereka (Barat).

Video ini bercakap tentang apa yang dipanggil sebagai "revolusi warna", kempen propaganda Amerika Syarikat yang direka untuk memulakan pemberontakan di negara asing.

Ia menunjukkan pelarian dan pengganas bertempur di Timur Tengah, mencadangkan bahawa AS mendorong revolusi ini.

Kemudian ia menunjukkan ahli-ahli politik Amerika secara terbuka membincangkan rancangan untuk mensasarkan pengguna Internet muda di China untuk "menjatuhkan China."

Video ini memberi amaran bahawa revolusi warna telah berjaya mendorong banyak negara terjerumus dalam peperangan dan perpecahan.

Ia juga menjelaskan bahawa sentimen antikomunis di China bukan datang dari rakyatnya tetapi ditanam oleh Amerika Syarikat.

Rujukan:

1. BBC

2. The Nafnang

3. Popular Mechanics




Hakcipta iluminasi.com (2017)