Sebagai sebuah negara yang sangat besar dengan jumlah penduduk yang sangat ramai, adalah sukar bagi kerajaan China untuk mengawal tingkahlaku penduduknya.

Akibat daripada kepadatan penduduk yang tinggi inilah China juga menghadapi masalah pencemaran alam sekitar yang serius sehingga memaksa kerajaan memperkenalkan polisi-polisi yang ketat untuk menanganinya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun tidak mengamalkan sistem pemerintahan diktator seperti Korea Utara, China juga merupakan antara negara yang mengawal ketat dan menapis segala unsur-unsur dari luar negara daripada mempengaruhi penduduknya. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi beberapa perkara pelik yang diharamkan oleh kerajaan China terhadap penduduknya.

1. China haramkan laman media sosial luar negara

laman sosial china

Di kebanyakan negara seluruh dunia, Google merupakan laman web utama untuk melakukan carian di internet sementara Facebook pula merupakan laman media sosial utama yang digunakan oleh majoriti penduduk. Walau bagaimanapun, di China kedua-dua laman web ini disekat akses sama sekali.

Bukan sahaja Facebook, malah laman sosial luar negara lain seperti Snapchat, Twitter, Pinterest dan Instagram juga disekat. Pengharaman ini menyebabkan rakyat China terpaksa menggunakan produk-produk keluaran China seperti Toudou Youku (mirip Youtube), Meipai (mirip Instagram), Sina Weibo (mirip Twitter) dan sebagainya.

Pengharaman ini bagi memudahkan kerajaan membuat penapisan dan sesesetengah pihak mengatakan bahawa ia dilakukan bagi membolehkan kerajaan membuat pengintipan pada rakyatnya. Selain itu, kerajaan juga menyatakan pengharaman ini dilakukan kerana beranggapan bahawa segala info mengenai penduduk China yang disimpan oleh laman web luar negara ini boleh disalahgunakan orang luar.

2. China haramkan gosip selebriti

gosip selebriti artis

Gosip selebriti sering dilihat sebagai perkara negatif memandangkan perkara atau info yang disampaikan tidak diketahui akan asal-usul dan kebenarannya. Walau bagaimanapun, sesetengah artis menggemari akan gosip yang berkaitan dengan perihal diri mereka memandangkan ianya dilihat sebagai satu cara bagi mempromosikan diri mereka di media massa secara percuma.

Walau bagaimanapun, kerajaan China pula lebih keras dengan menghalang akses ke laman-laman web yang memuatkan cerita mengenai gosip artis. Malah, kerajaan juga telah mengadakan perjumpaan dengan syarikat-syarikat media besar di China tentang penyenaraian puluhan akaun sosial media dan laman web yang memuatkan tulisan berkaitan gosip artis.

Pengharaman ini dilakukan kerana kerajaan merasakan gosip artis tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat.

3. China haramkan muzik genre Hip-Hop

artis hip hop china

Di China, lagu, budaya dan artis Hip-Hop yang bertatu dilarang membuat persembahan secara terbuka. Larangan itu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pentadbiran Negeri Akhbar, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen kerana menyatakan bahawa artis Hip-Hop ini tidak mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Parti Komunis China (PKC) yang memerintah.

Kerajaan mengatakan bahawa pengharaman ini adalah disebabkan penggunaan lirik-lirik lagu yang seringkali mengandungi unsur lucah, kekejaman dan mengarut. China juga pernah menahan artis Hip-Hop dengan alasan berkelakuan buruk dan menyanyikan lagu yang mengandungi unsur negatif iaitu penghinaan terhadap wanita dan penggunaan dadah.

4. China haramkan Winnie the Pooh

winnie the pooh 788

Siapa yang tidak kenal dengan kartun Winnie the Pooh yang pernah popular di Malaysia suatu ketika dahulu? Percayakah anda, China mengharamkan kartun popular ini. Pengharaman ini dikatakan kerana karakter utama dalam kartun seringkali dijadikan meme bagi Presiden Xi Jinpeng. Kerajaan menganggap perkara ini sebagai tidak beretika dan menjatuhkan maruah Presiden.

Kawalan ketat internet di China menyebabkan rakyat terpaksa berhati-hati dalam memberikan komentar di laman sosial. Oleh itu, mereka telah melakukan perkara kreatif seperti menggunakan kisah-kisah dalam kartun ini sebagai meme untuk membandingkannya dengan Presiden China. Sebagai contoh, gambar di atas dijadikan sebagai meme bagi gambar perjumpaan Presiden China dengan Presiden Barack Obama suatu ketika dahulu.

5. China haramkan siaran langsung (live streaming) dalam internet

siaran langsung dalam talian

Siaran langsung boleh dikatakan sebagai satu trend baru masa kini. Youtube, Instagram dan Facebook merupakan antara laman media sosial yang memperkenalkan fungsi ini buat penggunanya. Bagi artis pula, fungsi ini dianggap sebagai peluang terbaik dan termudah untuk mempromosikan diri mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, kerajaan China menghadapi kesukaran untuk mengawal isi kandungan siaran langsung ini, terutamanya pada bahagian komen dimana pengguna bebas meninggalkan sebarang komen. Ifeng, iaitu sebuah laman web mirip Youtube juga pernah menyiarkan siaran langsung pilihan raya Presiden Amerika Syarikat suatu ketika dahulu dan fungsi siaran langsung dalam talian ini menyukarkan kerajaan untuk menghalang rakyat daripada menontonnya.

Kerana kesukaran untuk mengawal penapisan isi kandungan siaran langsung dalam talian, kerajaan telah mengharamkannya pada tahun 2017. Antara laman web yang terkesan dengan pengharaman ini adalah laman media sosial popular seperti Sina Weibo, Ifeng dan AcFun.

Update 2022 : Kini China telah membenarkan live streaming tetapi dengan peraturan yang sangat ketat. Terdapat 31 tetapan yang harus dipatuhi oleh rakyat contohnya seperti :

  • Tidak boleh menggunakan deepfake menutup wajah
  • Tidak boleh mengutuk atau melemahkan kerajaan
  • Tidak boleh menunjuk kekayaan
  • Dan bermacam-macam lagi

Peraturan atau 'guideline' yang ketat ini telah dikeluarkan oleh kerajaan China pada 23 Jun 2022

Kredit:

  1. BBC
  2. The Independent
  3. News Week
  4. The Conversation
  5. Mashable



Hakcipta iluminasi.com (2017)