Oleh pada 29 Jul 2018 kategori

Tujuan utama penciptaan pesawat adalah untuk memendekkan masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai contoh perjalanan menggunakan jalan udara dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi hanya memakan masa 35 minit.

Berada dalam penerbangan 35 minit ini terasa seperti sekelip mata sehinggakan anda tak sempat untuk tidur. Namun, walaupun ia sangat pendek, tempoh masa ini jauh ketinggalan berbanding penerbangan dalam senarai di bawah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 penerbangan dengan tempoh perjalanan paling pendek di dunia.

5. Connemara ke Inishmaan (Ireland) - 7 minit

penerbangan dari connemara ke inishmaan ke 5 paling pendek di dunia 2

Lapangan Terbang Wilayah Connemara adalah 27 kilometer dari bandar Galway, yang mana adalah lokasi yang anda harus sampai jika anda merancang untuk melawat Pulau Inishmaan atau pulau-pulau Aran yang lain.

Apa yang menarik adalah perjalanan dari bandar Galway ke Lapangan Terbang Wilayah Connemara mengambil masa lebih lama daripada penerbangan ke Pulau Inishmaan yang tersangat indah.

penerbangan dari connemara ke inishmaan ke 5 paling pendek di dunia

Keseluruhan penerbangan yang dikendalikan oleh Pulau Aer Arann mengambil masa kurang daripada 10 minit dan biasanya di antara 6 hingga 7 minit bagi setiap perjalanan, yang ke-5 terpendek di dunia.

Tempoh singkat ini adalah masuk akal memandangkan penerbangan tersebut hanyalah sejauh 16 kilometer.

4. Karpathos ke Kasos (Greece) - 5 minit

pulau karphatos di greece

Siapa pernah mendengar tentang penerbangan 5 minit? Sudah tentu orang Greece. Cara yang paling biasa untuk ke bergerak dari sebuah pulau ke pulau yang lain adalah menggunakan jalan air, namun terdapat beberapa pilihan jalan udara yang disediakan oleh Olympic Air.

Untuk menerokai pulau-pulau di Greece, pelancong biasanya menggunakan khidmat kapal pesiaran di sekitar Laut Aegean di mana mereka melawati pulau-pulau yang paling besar dengan populasi paling ramai.

Namun, pulau Karpathos dan Kasos tidak tersenarai dalam pulau-pulau tersebut.

penerbangan dari karpathos ke kasos ke 4 paling pendek di dunia 2

Jarak dari Karpathos ke Kasos kurang daripada 20 kilometer namun ia mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki feri.

Dengan menaiki pesawat, ia hanya mengambil masa 5 minit, penerbangan ke-4 paling pendek di dunia. Walaupun terletak jauh, kedua-dua pulau ini tidak berada di laluan utama pelancong bermakna anda tidak akan bersesak untuk mengambil gambar.

3. Caye Chapel ke Caye Caulker (Belize) - 2 minit

caye chapel pulau persendirian di belize

Caye Chapel adalam sebuah pulau persendirian di Belize yang mana mempunyai dua benda iaitu padang golf dan landasan udara,

Caye Chaulker adalah lagi sebuah pulau di Belize namun pulau ini lebih mesra pelancong, lokasi di mana terletaknya terumbu karang yang sangat sempurna untuk aktiviti menyelam.

Jarak yang memisahkan kedua-dua buah pulau ini hanyalah sejauh 4 kilometer dan teksi air disediakan yang membolehkan pelancong bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain.

Jika anda ingin ke Caye Chapel untuk bermain golf atau menikmati percutian privasi, anda boleh menaiki teksi air. Namun, tiada teksi air yang dijadualkan untuk ke Caye Chapel dari pulau-pulau lain.

Ini kerana jaraknya hanya 10 minit menggunakan bot dari Caye Chaulker (lokasi yang sering dikunjungi pelancong), jadi jika anda ingin berhenti di Caye Chapel, anda hanya harus memberitahu dan bot akan singgah di situ.

Dan apabila anda sampai ke pulau persendirian Caye Chapel, anda mungkin tak dapat pulang menaiki teksi air, sebaliknya anda boleh terbang dengan Maya Island Air dalam penerbangan yang hanya memakan masa 2 minit.

2. Kegata ke Apowo (Indonesia) - 1 minit

penerbangan dari kegata ke apowo ke 2 paling pendek di dunia

Jarak pemisah di antara Kegata dan Apowo hanyala 2 kilometer namun perjalanan dengan jalan kaki atau kenderaan darat adalah amat sukar kerana bukit yang curam dan kawasan berhutan di antara kampung-kampung sekitar.

Pesawat yang melewati jurang yang memisahkan kedua-dua bandar ini sering dirujuk sebagai penerbangan komersial paling pendek di dunia kerana mengambil masa hanya seminit.

Walaubagaimanapun, pesawat berenjin tunggal yang mampu membawa sehingga 10 orang penumpang ini tidak mempunyai penerbangan berjadual.

penerbangan dari kegata ke apowo ke 2 paling pendek di dunia 2

Ini tidak memenuhi syarat sebagai penerbangan komersial walaupun pelancong membayar untuk menggunakan perkhidmatannya.

Dengan hanya 2 kilometer penerbangan, landasannya adalah tersangat pendek berbanding panjang purata landasan. Apa yang menarik adalah selepas berlepas anda sudah perlu bersedia untuk mendarat semula.

1. Westray ke Papa Westray (Scotland) - 50 saat

penerbangan dari westray ke papa westray paling pendek di dunia

Penerbangan paling pendek di dunia adalah dalam negara yang sangat indah iaitu Scotland. Ia adalah perjalanan dari Pulau Westray yang berpopulasi hanya 600 orang ke Papa Westray (a.k.a Papay) dengan populasi hanya 90 orang

Anda akan berada di atas udara kurang daripada 3 kilometer, yang mana standard panjang landasan untuk pesawat yang besar.

Dengan jarak 3 kilometer, anda dapat melihat dengan jelas di mana anda akan mendarat. Syarikat penerbangan Loganair menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan ini yang mana mengambil masa kurang daripada 1 minit.

penerbangan dari westray ke papa westray paling pendek di dunia 2

Terdapat laporan yang berbeza mengenai tempoh perjalanan iaitu di antara 47 dan 53 saat. Rakyat Scotland menggelarkannya sebagai jambatan udara dan penerbangan ini telah berulang alik dari pulau ke pulau selama 50 tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)