Menurut kebanyakan pemain bolasepak, perasaan selepas menjaringkan gol merupakan satu situasi yang berlaku tanpa kawalan. Apatah lagi apabila seseorang pemain itu menjaringkan gol ketika masa genting yang mengubah nasib perlawanan.
Perasaan yang menyerupai perasaan euphoria itu mampu membuatkan mana-mana individu yang menjaringkan gol hilang kawalan dan melakukan tindakan yang mampu mencederakan diri sendiri.
BESARKAN TEKS A- A+
Insiden seperti ini juga melibatkan pemain-pemain yang terkenal di serata dunia. Berikut adalah 5 insiden pemain terkenal bolasepak yang cedera semasa meraikan gol yang mereka jaringkan atau mungkin juga, gol orang lain.
1. Celestine Babayaro
Dalam satu perlawanan persahabatan pemanas badan sebelum bermula musim baru, Babayaro yang baharu saja menyertai Chelsea pada tahun 1997, meraikan gol dengan melakukan gerakan somersault yang menyebabkan dia cedera, sehingga mengakibatkan dia hanya mampu membuat kemunculan pertama beberapa bulan berikutnya. Yang sedihnya, gol tersebut, bukan dia yang jaringkan pun. Dia meraikan gol teman sepasukan...dalam perlawan persahabatan.
2. Patrick Vieira
Dalam satu perlawanan dengan Manchester United, legenda Perancis dan Arsenal ini menjaring gol kedua untuk Arsenal, lalu meraikan gol tersebut dengan meluncur di atas padang dengan lututnya. Kecederaan berlaku pada lututnya lalu dia tidak mampu beraksi selama 5 minggu bagi merawat kecederaan yang dialami.
3. Martin Palermo
Pemain tengah Argentina ini menjaringkan gol pada tambahan masa ketika pasukannya, Villareal menentang pasukan Levante ketika saingan Copa del Rey di Sepanyol. Dia berlari ke arah peminat yang mengerumuni beliau untuk meraikan gol tersebut namun dinding yang dipasang sebagai penghadang jatuh, mematahkan tulang fibia dan tibula Palermo. Hasil kecederaan itu, Palermo yang pada waktu tersebut antara nama automatik dalam pasukan kebangsaan Argentina, tidak dapat menyertai Piala Dunia 2002.
4. Shaun Goater
Shaun Goater merasakan perasaan ekstetik menyelubungi diri beliau selepas rakan sepasukannya, Nicholas Anelka menjaringkan gol bagi pasukan Manchester City. Goater berlari menendang salah satu papan iklan yang dipasang di tepi padang dan menyebabkan kecederaan pada lutut beliau. Goater terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan pemain lain.
5. Zlatan Ibrahimovic
Bekas pemain Manchester United, legenda Sweden dan manusia paling sempurna dunia (mengikut beliau) Zlatan Ibrahimovic juga sebenarnya pernah menampakkan kelemahan diri beliau. Pada satu perlawanan menentang pasukan Fiorentina, Ibrahimovic menjaring gol akrobatik yang cukup cantik untuk memberikan kemenangan kepada pasukan AC MIlan.
Beliau berlari ke tengah padang, melompat dan membuat gaya tumbukan tangan di udara.
Menyedari tangannya cedera, beliau menghentikan sambutan gol namun rakan sepasukan beliau terus melompat dan mengerumuni beliau yang sedang merintih kesakitan. Hanya setelah menyedari apa yang berlaku, barulah rakan sepasukan Ibrahimovic melepaskan dia.