Walaupun bagi sesetengah orang patung figura aksi mungkin sekadar patung untuk perhiasan, tidak ramai tahu bahawa hobi mengumpul patung figura aksi merupakan hobi yang mahal.
Benar, sebahagian besar patung figura aksi yang dijual di pasaran tidaklah mahal. Namun, patung figura aksi yang menjadi buruan biasanya patung figura yang lebih mahal kerana ianya merupakan keluaran istimewa atau edisi terhad. Kebanyakan patung figura yang popular juga adalah watak-watak ikonik dalam filem atau siaran tv.
BESARKAN TEKS A- A+
Ambil contoh Star Wars. Siri ini menjan aberbilion dolar hasil jualan mainan, permainan video dan patung figura aksi. Orang ramai menyukai Star Wars, jadi mereka sanggup membelanjakan beribu-ribu untuk patung figura aksi yang jarang ditemui dan boleh dikumpulkan dari seluruh dunia.
Seberapa mahalkah patung figura aksi boleh dijual? Kali ini, mari lihat patung figura aksi paling mahal pernah dijual.
5. Darth Vader - $55,000
Apabila gelombang pertama patung figura aksi Star Wars mula tiba di pasaran pada tahun 1978, patung Darth Vader, Obi-Wan Kenobi dan Luke Skywalker datang dengan pedang 'teleskop berganda'.
Reka bentuknya telah dipermudahkan kerana terdapat isu pembuatan, menjadikan patung dengan 'double telescoping' ini antara yang paling jarang ditemui dari semua patung figura aksi Star Wars.
Sama seperti Luke Skywalker, reka bentuk itu dihentikan kerana isu pembuatan. Versi Darth Vader lebih jarang ditemui daripada Skywalker, jadi ia juga lebih mahal. Patung Darth Vader dengan pedang "double-telescoping" ini terjual dalam sebuah acara lelongan pada harga $55,000.
4. Vlix
Kebanyakan peminat Star Wars sendiri mungkin tidak mengenali Vlix. Watak yang kurang popular ini dipaparkan dalam beberapa episod rancangan TV jangka pendek "Star Wars: Droids," tetapi dia tidak pernah membuat kemunculan dalam filem Star Wars utama.
Syarikat Kenner mempunyai hak untuk membuat patun figura aksi berdasarkan rancangan TV dan membuat beberapa acuan mainan untuk projek itu, tetapi siri itu dibatalkan sebelum mereka dapat menghabiskan sebarang mainan. Kenner menjual acuannya yang kini tidak berguna kepada pembuat mainan lain yang dikenali sebagai Glasslite.
Sebaliknya, Glasslite menggunaka acuan trsebut untuk membuat figura aksi Vlix apabila "Star Wars: Droids" ditayangkan di Brazil. Glasslite telah membuat kira-kira 2,000 patung Vlix, tetapi Lucasfilm telah memusnahkannya. Hanya sebilangan kecil sahaja yang terlepas keluar dan sesetengah pihak mengatakan nilainya pada kira-kira $60,000 setiap satu!
3. Obi-Wan Kenobi - $65,000
Di nombor tiga adalah satu lagi patung figura aksi daripada syarikat Kenner. Patung figura aksi Obi-Wan Kenobi ini juga menampilkan lightsaber teleskop berkembar, dan Kenner menghentikan pengeluarannya sebelum ianya dihasilkan dalam skala yang lebih banyak.
Patung yang dihasilkan pada tahun 1978 ini sangatt sukar ditemui pada hari ini dan pengumpul sanggup membelanjakan wang yang tinggi untuk beberapa patung ini yan dijual dalam acara lelongan. Satu daripadany berjaya dijual pada harga $65,000 pada acara lelongan pada 2018, menjadikannya patung figura aksi ketiga paling mahal dunia.
Patung yang berukuran 4 inci tinggi ini kini dimiliki oleh pengumpul Russell Branton. Dia adalah peminat besar Star Wars semasa kecil tetapi hanya mula mengumpul patung figura aksi kira-kira 15 tahun lalu apabila dia mempunyai pendapatan yang mencukupi.
2. G.I. Joe (Buatan tangan) - $200,000
Di nombor dua ialah G.I Joe prototaip patung figura aksi buatan tangan. Patung figura ini dibuat pada tahun 60-an ketika Hasbro mengembangkan mainannya yang terkenal. Laporan mengatakan patung figura aksi itu dimiliki oleh seorang pekerja Hasbro dan veteran Perang Korea bernama Don Levine sebelum ia jatuh ke tangan Stephen Geppi, seorang pengedar buku komik.
Geppi membeli patung figura aks ini pada harga $200,000 pada tahun 2003 sebelum ia gagal mencapai bidaan minimum $600,000 dalam satu acara lelongan di San Diego. Geppi berkata dia sangat gembira dengan pembelian $200,000 itu walaupun harganya tinggi.
Patung figura aksi ini dijua melalui sebuah acara lelongan komik di Dallas, Texas.
1. Boba Fett - $204,435
Patung aksi Boba Fett yang jarang ditemui ini tidak pernah dihasilkan secara besar-besaran. Syarikat Kenner membuat mainan ini untuk keluaran 1980 "Star Wars: The Empire Strikes Back," tetapi pengeluaran berskala penuh tidak pernah berlaku kerana masalah dengan sistem penembakan roket.
Patung aksi ini telah dipamerkan di Pameran Mainan New York 1979. Patung aksi ini berdiri hampir 4 inci tinggi dan mempunyai dua aksesori boleh tanggal. Laporan mengatakan kurang daripada 30 patung aksi yang jarang ditemui ini masih wujud.
Hari ini, patung figura Boba Fett dengan penembak roket inibernilai lebih daripada $200,000. Adakah anda akan membayar sebanyak itu untuk satu patung figura aksi?
Kredit: