"Malaysia My Second Home" merupakan sebuah program kerajaan Malaysia untuk menggalakkan warganegara luar menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Walaupun begitu, syarat untuk menjadi peserta program ini juga tinggi - setiap peserta perlu mempunyai RM10,000 pendapatan sebulan dan deposit RM500,000 dalam akaun simpanan tetap. Ini syarat minima.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kenapa program ini diadakan? Pelaburan yang dibawa masuk melalui kutipan yuran visa setahun dianggarkan sebanyak RM7.5 juta, nilai pelaburan simpanan tetap berjumlah RM4.9 billion kekal dalam negara, pembelian kenderaan oleh peserta berjumlah RM148 juta dan pembelian rumah dan pejabar menjana pendapatan RM5 billion.

Persoalannya, rakyat negara mana yang mampu untuk memenuhi syarat-syarat RM500,000 tersebut dan menjadikan Malaysia rumah kedua mereka? Berikut adalah 5 negara yang menyumbang paling ramai peserta program ini sehingga 2017. Kita mulakan dengan tempat ke 5.

5. Iran

iran2013 caspianregion 107 800

Sehingga 2017, seramai 1336 warganegara Iran telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Dengan status Malaysia sebagai sebuah negara yang mudah bagi mana-mana masyarakat Islam untuk hidup, serta kelonggaran undang-undang jika dibandingkan dengan beberapa syarat ketat yang dikenakan ke atas masyarakat Islam Iran, tidak menghairankan ramai rakyat Iran tertarik untuk datang ke Malaysia.

4. Britain

route news for enrich and oneworld members british airways and kul to sin

Orang Malaysia apabila ke London pasti merasa seronoknya duduk di sana tetapi bagi 2412 individu, mereka memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Dengan cuaca beriklim panas, warga Britain cukup gemar untuk tinggal di Malaysia. Kita pun tahu, faktor matawang mereka yang cukup mahal berbanding kita menjadikan kita pilihan yang menarik pada mereka.

3. Bangladesh

27573948061 9010f2315c b

Warga Bangladesh yang datang ke Malaysia selalunya mendapat persepsi negatif tetapi amat mengejutkan, serama 3546 individu warga Bangladesh sehingga kini memilih untuk menjadikan Malaysia rumah mereka. Dengan fasiliti yang lebih baik serta ekonomi yang lebih kukuh serta jutaan warga Bangladesh yang sudahpun berada di Malaysia, tak susah untuk seorang warga Bangladesh menyesuaikan diri mereka.

2. Jepun

3 319

4225 warganegara Jepun memilih untuk tinggal di Malaysia, walaupun dari segi fasiliti, Jepun pasti lebih baik. Dengan harga tanah dan rumah yang melambung tinggi serta masalah warga bandar Jepun untuk mendapatkan kediaman lebih selesa khasnya di Tokyo, prospek melabur dan membeli hartanah di Malaysia untuk didiami pasti memberikan mereka pilihan kediaman yang lebih baik, yang mampu terletak di tempat-tempat strategik.

1. China

china tourist kl

Isu ini kerap dipolitikkan ketika ini selepas kontroversi Forest City di Johor yang rata-rata pembelinya datang dari negara China. Penyumbang terbesar kepada kejayaan program Malaysia My Second Home ini datang dari China, dengan 8714 individu memilih untuk tinggal di negara kita. Jika kita darabkan 8714 dengan RM500 ribu deposit, ini bermaksud sepanjang 15 tahun program ini berjalan, peserta dari China sahaja sudah menyumbang hampir RM4.4 billion untuk pembangunan ekonomi negara kita.

Rujukan

Laman web rasmi Malaysia My Second Home Program




Hakcipta iluminasi.com (2017)