Logam adalah salah satu elemen yang sangat berguna kepada manusia yang wujud dengan banyaknya di serata dunia. Tanpa logam, mungkin kehidupan kita tidak semudah sekarang.
Selain digunakan dalam pembinaan, logam juga adalah konduktor elektrik yang baik membolehkan penghasilan produk elektronik dan membantu dalam membekalkan tenaga elektrik.
Setiap logam mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri, membuatkan ianya unik. iluminasi.com ingin berkongsi 5 logam yang paling kuat di atas muka bumi.
5. Besi (Fe)
BESARKAN TEKS A- A+
Antara logam yang paling banyak digunakan adalah besi. Besi adalah antara elemen yang paling banyak ditemui di bumi, dan juga di luar bumi serta di teras bumi. Ia digunakan secara meluas dan melibatkan hampir semua industri.
Simbol bagi besi adalah Fe, dan ia mempunyai takat didih 2,862 darjah Celsius dan takat lebur 1,538 darjah Celcius.
Disebabkan kekuatannya yang tinggi, ia digunakan dalam penghasilan automobil, infrastruktur, menara pencakar langit, perabot dan bermacam lagi.
4. Titanium (Ti)
Berada di tangga ke-4 adalah Titanium. Titanium adalah logam berwarna perak dan tersangat kuat. Namun, ia mempunyai kepadatan yang rendah. Ia mempunyai kekuatan 434Mpa. Walaupun kurang padat, dalam bentuk paling tulen, ia lebih kuat daripada keluli. Ciri-ciri tersendiri ini membuatkan ia mempunyai pelbagai guna.
Titanium digunakan dalam pelbagai industri termasuklah dalam penghasilan pigmen, pembuatan pesawat dan peralatan ketenteraan.
Simbol bagi titanium adalah Ti dan ia mempunyai takat lebur 1,668 darjah Celsius dan takat didih 3,287 darjah Celsius.
3. Chromium (Cr)
Kromium adalah logam ketiga paling kuat di dunia, dan mempunyai warna biru. Ia digunakan dalam aloi bersama keluli tahan karat. Ia menjadikan aloi sangat keras dan kuat. Kromium banyak digunakan dalam penyaduran krom, penyamakan, penghasilan piqmen dan pengawet kayu.
Ciri paling terkenal yang dipunyai oleh Kromium adalah ciri magnet. Ia merupakan satu-satunya unsur bersifat antiferromagnetik pada suhu bilik dan kadang-kadang di bawah suhu bilik. Dan apabila ia berada pada suhu lebih dari 38 darjah Celsius, ia bersifat paramagnetik. Ia membuatkan kromium sangat istimewa.
Takat lebur bagi kromium adalah 1890 darjah Celsius.
2. Keluli
Memang tak dapat dinafikan keluli adalah salah satu logam paling kuat di dunia. Ia juga merupakan logam yang paling banyak digunakan di dunia kerana mempunyai pelbagai fungsi dan dalam banyak industri.
Warna keluli adalah kelabu keputihan, dan ia diperbuat daripada logam kuat yang juga berada dalam senarai ini iaitu besi. Ia dihasilkan dalam relau letupan oleh besi yang dileburkan dan ditambahkan karbon. Penambahan karbon meningkatkan ketahanan logam ini.
Takat lebur ialah 1370 darjah Celcius dan mempuyai kekuatan tegangan setinggi 5205 Mpa. Penggunaan keluli termasuklah dalam pembuatan bangunan, infrastruktur, industri senjata, pengangkutan dan banyak lagi.
1. Tungsten (W)
Dan logam yang paling kuat di atas muka bumi adalah tungsten. Ciri-ciri yang ada pada tungsten membuatkan ia mengungguli carta ini. Kekuatan tegangan tungsten juga adalah yang tertinggi iaitu 941Mpa, dan kekuatan tegangan maksimum logam ini adalah setinggi 1510Mpa.
Takat lebur tungsten adalah sangat tinggi iaitu 3,414 darjah Celsius. Ia mempunyai titik lebur tertinggi dengan ketumpatan tertinggi. Tungsten biasanya digunakan dalam aloi bersama keluli bagi menjadikannya sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai pengunaan.
Antara penggunaan tungsten adalah dalam filamen tiub sinar-X, memanaskan elemen dalam relau bersuhu tinggi, mensasarkan elektrod kimpalan, mentol lampu, barang elektrik, produk ketenteraan dan banyak lagi.