Setiap manusia tak akan terlepas dari sebarang penyakit. Sama ada sekecil-kecil demam sehinggalah penyakit yang boleh membawa maut seperti barah. Apa yang mempengaruhi badan kita untuk mudah mendapat penyakit adalah seperti gaya hidup, pemakanan, genetik, tidak divaksin ketika kecil dan banyak lagi.

Kadang-kadang sesetengah penyakit amat sukar diketahui sehinggalah ia sudah menjadi serius. Oleh itu kita dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan menjalani gaya hidup sihat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 7 antara penyakit yang paling berbahaya di dunia.

1. Cacar (Smallpox)

Penyakit yang berjangkit ini disebabkan oleh antara dua virus ini iaitu Variola major dan Variola minor. Ia muncul beribu tahun dahulu dan telah menyebabkan kematian yang amat banyak kepada manusia. Kematian yang disebabkan oleh penyakit ini mencecah sehingga 500 juta orang.

Sebelum penyakit ini disebarkan ke seluruh badan, ia bermula dalam saluran darah kecil di bahagian kulit, mulut dan tekak. Ia mengakibatkan ruam maculopapular pada permulaan dan kemudiannya gelembung udara berisi air terbentuk. Variola major lebih berbahaya dan boleh menyebabkan 35% kematian.

Kes cacar terakhir yang dicatatkan adalah disebabkan oleh Variola minor yang berlaku pada 26 Oktober 1977. Pada tahun 1980 World Health Assembly telah mengumumkan bahawa virus ini telah dihapuskan sepenuhnya.

2. Tuberculosis

Juga merupakan penyakit yang berjangkit. Ia biasanya menjangkiti paru-paru sahaja, namun boleh juga menjangkiti bahagian lain. Ia merupakan pembunuh kedua terbesar di dunia. Penyakit ini amat berbahaya kerana tidak mempunyai tanda-tanda. Namun mereka yang dijangkiti akan menjadi demam, berpeluh waktu malam, kehilangan berat badan yang cepat, dan batuk yang sangat teruk.

Ia disebabkan oleh bakterium Mycobacterium tuberculosis (MTB). Jika tidak dirawat, ia boleh membunuh.

Penyakit ini boleh menjangkiti orang lain dengan mudah kerana disebarkan melalui udara. Jika individu mempunyai TB yang aktif dalam paru-paru mereka batuk, ludah, bercakap atau bersin, bakteria ini boleh tersebar dan menjangkiti orang lain. Bagi mereka yang mempunyai HIV/AIDS atau mereka yang merokok, jangkitan aktif lebih kerap berlaku.

3. Ebola

Dikenali sebagai demam berdarah Ebola sebelum ini, Ebola adalah peyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Virus ini disebarkan kepada manusia daripada haiwan liar dan kemudian menjangkiti manusia lain. Kadar kematian bagi pesakit Ebola adalah 50%.

ebola 2

Wabak ini pertama kali berlaku di perkampungan di Afrika tengah iaitu Sungai Ebola, yang mana ia mendapat namanya. Namun, ia telah menyerang kawasan bandar di Afrika Barat dari tahun 2014 hingga 2016. Tanda-tanda penyakit ini adalah demam, pendarahan dan lemah pada otot.

Sehingga kini tiada lagi rawatan yang mendapat lesen yang mampu untuk meneutralkan virus ini. Namun, beberapa usaha seperti terapi darah, imunologi dan dadah sedang dikaji dan dibangunkan.

4. Tetanus

tetanus 330

Penyakit berbahaya ini adalah lain sedikit daripada penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin. Ia tidak disebarkan oleh manusia ke manusia lain, sebaliknya bakteria yag biasanya dijumpai pada tanah, habuk dan kotoran akan masuk ke dalam badan melalui luka pada kulit.

Tanda-tanda akan boleh dilihat di antara 4 hingga 21 hari selepas jangkitan, namun purata masa adalah 10 hari.

Apabila ia masuk ke dalam badan, ia akan digandakan dan melepaskan toksin yang menjejaskan saraf. Ia boleh membunuh jika tidak dirawat dengan cepat. Tanda-tanda adalah kekejangan otot, demam, dan degupan jantung yang laju.

5. Meningitis

meningtis

Penyakit kritikal ini adalah jangkitan pada membran pelindug yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tetapi lebih kerap menjangkiti bayi, kanak-kanak dan remaja. Penyebab utama adalah jangkitan virus dan bakteria.

Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan keracunan dalam darah yang boleh membunuh.

meningitis

Jika ia berlaku, ia akan memberikan kerosakan kekal kepada otak atau saraf. Namun, terdapat vaksin yang boleh diambil bagi melindungi daripada penyakit ini.

6. HIV/AIDS

hiv aids

HIV adalah virus yang menyerang sistem imun. Virus ini boleh dijumpai dalam sperma, darah, cecair faraj atau dubur dan juga susu ibu. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat disebarkan melalui peluh, air liur atau air kencing.

Virus HIV ini masuk ke dalam badan lalu menghangcurkan sel T-helper, sejenis sel darah putih dalam sistem imun. Virus ini kemudiannya menggandakan bilangannya di dalam sel-sel tersebut. Sistem imun seseorang akan menjadi semakin lemah akibat virus ini yang menyebabkan individu itu sukar untuk melawan jangkitan atau penyakit.

aids

Jika dibiarkan, dalam masa 10 hingga 15 tahun, bergantung kepada umur, kesihatan dan latar belakang, sistem imun seseorang akan mengalami kerosakan teruk dan tak dapat lagi melindungi badan daripada penyakit.

aids virus

AIDS pula bukan satu virus, tetapi sindrom yang disebabkan oleh virus HIV. AIDS bermaksud acquired immune deficiency syndrome, iaitu sindrom lemah imun. Apabila sistem imun seseorang terlalu lemah dan tak dapat melawan jangkitan, individu itu dikatakan mempunyai AIDS. Tanda-tanda dan penyakit akan mula boleh dilihat. Ini adalah tahap terakhir HIV. Apabila jangkitan ini semakin merebak, ia boleh membawa maut.

Sehingga kini, masih belum ada rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS, namun pesakit masih boleh hidup dengan sihat dan lama jika mengambil langkah-langkah yang betul.

7. Penyakit hati

penyakit hati

Walaupun penyakit-penyakit yang menjangkiti tubuh badan amat berbahaya boleh membawa mati, tetapi penyakit hati lebih berbahaya, kerana ia tidak mematikan jasad seseorang namun mematikan hati. Hati yang mati tetapi hidup jasadnya lebih berbahaya.

Ia amat berbahaya kerana tidak boleh divaksin, dan tiada doktor dapat membantu. Hanya boleh diubati oleh pemilik hati sendiri.

Antara virus yang menyebabkan penyakit hati adalah sombong, hasad (iri hati dan dengki), riya, bakhil dan juga ujub (kagum diri sendiri). Penyakit ini sangatlah dibenci oleh Allah S.W.T seperti firmanNya di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min: 76]

“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’: 37]

Walau bagaimanapun, penyakit ini mempunyai ubat dan boleh disembuhkan. Antaranya adalah dengan bertaubat, perbanyakkan amal ibadah, selalu ingatkan kematian, mempelajari agama, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan tidak terlalu mengharapkan dunia.

Wallahualam.

Sumber :




Hakcipta iluminasi.com (2017)