Sekiranya dalam isi kandungan lagu 'Negaraku' ada menyebut sanjungan terhadap kuasa penjajah seperti Belanda, Britain atau Jepun, pasti kita aneh hendak menyanyikannya kan?

Lagu kebangsaan atau lagu rasmi sebuah negara biasanya mencerminkan identiti utama sesebuah masyarakat yang duduk negara berdaulat bersama-sama. Kenapa pula kuasa-kuasa luar masih nak diraikan dalam lagu kita pula?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi itulah yang berlaku kepada sesetengah masyarakat di luar sana, di mana lirik lagu kebangsaan rasmi mereka ada yang mengkritik penjajah dan ada juga yang masih mengagungkan kuasa luar yang dikatakan berjasa kepada mereka.

1. "Himno Nacional de Honduras" - Honduras

honduras lagu kebangsaan

Mula digunakan secara rasmi sejak tahun 1915 selepas pengisytiharan di bawah bidang kuasa Presiden Honduras, lagu yang dikenali sebagai Himno Nacional de Honduras ini terhasil melalui pertandingan reka lagu diadakan. 

Liriknya dihasilkan terlebih dahulu diambil daripada nukilan sebuah sajak, sebelum komposer menghasilkan melodinya. Lagu lengkapnya mempunyai 7 rangkap penuh tetapi biasanya hanya dua rangkap saja dinyanyikan dalam majlis upacara.

Menceritakan sejarah Honduras sebagai sebuah negara, lirik dalam rangkap kelima lagu ini memuji masyarakat Perancis sebagai komuniti yang harus dijadikan ikutan ekoran keberanian memulakan Revolusi Perancis dalam abad ke 18. 

(Terjemahan bahasa Inggeris)
It was France, the free, the heroic,
That in her sleep of centuries asleep
Awoke angry to life

Apa yang berlaku di Perancis menjadi inspirasi kepada orang Honduras bangkit melawan penjajahan Sepanyol di negara mereka, sehingga diabadikan dalam lagu kebangsaan Honduras.

2. "Wilhelmus" - Belanda

willem alexander lagu belanda

Dikenali dengan judul Wilhelmus atau William sempena William van Oranje, tokoh besar mereka; lagu kebangsaan Belanda ini dicipta sekitar tahun 1572 - menjadikannya lagu rasmi negara tertua masih digunakan sehingga sekarang.

Oleh kerana usianya jugalah topik-topik yang terkandung di dalam lagu itu walaupun berkait dengan sejarah masyarakat mereka, masih mengekalkan apa yang dinyanyikan masyarakat zaman terdahulu semasa era kolonial Sepanyol di sana.

Wilhelmus digarap sebagai sebuah desakan dan pernyataan dilema van Oranje yang memilih untuk keluar daripada jajahan Sepanyol ketika zaman Raja Philip.

(Terjemahan bahasa Inggeris)
William of Nassau, scion
Of a Dutch and ancient line,
I dedicate undying
Faith to this land of mine.
A prince I am, undaunted,
Of Orange, ever free,
To the king of Spain I've granted
A lifelong loyalty.

Walaupun mengisytiharkan ingin bebas, hati Willem masih setia mahu melindungi hubungan politiknya dengan Philip, memuji Sepanyol dalam lirik lagu ini serta mengharapkan Sepanyol berubah untuk membantu beliau.

3. "Himnusz" - Hungary

menyanyikan lagu negara

Mempunyai judul rasmi Himnusz atau 'Lagu', karya masyarakat Hungary ini disiapkan dalam abad ke 19, hasil gabungan sajak yang dihasilkan pada tahun 1823 dan melodinya digubah pada tahun 1844.

Pernah diharamkan penggunaannya, hanya pada tahun 1989 lagu ini dinobatkan sebagai lagu rasmi Hungary. Mempunyai 8 rangkap sepenuhnya, hanya rangkap pertama lagu ini akan dinyanyikan dalam majlis rasmi. 

(Terjemahan bahasa Inggeris)
How often came from the mouths
Of Osman's barbarian nation
Over the corpses of our defeated army
A victory song!

Rangkap selebihnya menceritakan tentang sejarah kebangkitan dan masyarakat Hungary, memfokuskan kepada dua era penjajahan yang dihadapi mereka - berdepan serangan kerajaan Uthmaniyah yang dikepalai pengasasnya sendiri Osman Ghazi.

Himnusz juga memetik dua era di mana orang-orang Mongol bertindak menceroboh tanah air mereka pada tahun 1241 dan kali kedua pada tahun 1285.

From Your thundering clouds
Now the plundering Mongols' arrows
You swarmed over us
Then the Turks' slave yoke
We took upon our shoulders.

4. Poland dan Itali

bola sepak nyanyi lagu negara

Kita tahu dua negara ini adalah dua negara berbeza.

Walaupun demikian tahukah anda masyarakat mereka dihubungkan menerusi lagu kebangsaan masing-masing, yang memetik antara satu sama lain dalam nada positif? 

Ini kerana dalam sejarah kedua-dua buah negara, mereka pernah berhadapan ancaman orang Austria. Persamaan ini mewujudkan hubungan erat antara masyarakat kedua-dua negara.

Lagu Poland iaitu 'Poland Is Not Yet Lost' ditulis oleh askar Poland ketika bertugas di Itali berbunyi:

(Terjemahan bahasa Inggeris)
March, march, DÄ…browski,
To Poland from the Italian land.
Under your command
We shall rejoin the nation.

Sementara dalam lagu kebangsaan Itali iaitu Il Canto degli Italiani, memuji orang Poland sebagai saudara sedarah mereka:

The mercenary swords
Are feeble reeds.
Already the Eagle of Austria
Hath lost its plumes.
The blood of Italy,
the Polish blood
It drank, along with the Cossack,
But it burned its heart.

Berikutan percaya nasib mereka sangat bergantung satu sama lain, orang Poland dan Itali menyimpan hasrat mahu melihat masyarakat mereka yang dipecah-belahkan kembali disatukan, menjadi intipati lagu kebangsaan mereka yang menyebut tentang semangat ini.

5.  "Qassaman" - Algeria

lagu kebangsaan dunia

Di antara semua lagu kebangsaan yang menanam semangat kebencian kepada penjajah, lagu rasmi Algeria yang dinamakan sebagai Qassaman atau 'Ikrar' mungkin yang paling pedas sekali.

Ini kerana lagu ini dibuat berasaskan rasa benci seorang individu Algeria terhadap era penaklukan Perancis ke atas negara itu, yang berlaku pada tahun 1830.

Rasa benci Perancis dijadikan intipati lirik ciptaan seorang komposer bernama Mooufdi Zakaria, yang pernah bergelar mangsa tahanan dan seksaan Perancis dalam jangka masa panjang.

Semasa dikurung itulah Mooufdi menulis lirik lagu ini dalam tahanan sekitar tahun 1955. 

(Terjemahan bahasa Inggeris)
O France, the time of reproof is over
And we have ended it as a book is ended;
O France, this is the day of reckoning
So prepare to receive from us our answer!
In our revolution is the end of empty talk;
We are determined that Algeria should live,
So be our witness -be our witness -be our witness!

Pada tahun 1962 seiring dengan kemerdekaan Algeria, Qassaman diangkat sebagai lagu kebangsaan Algeria.

Mempunyai 5 rangkap sepenuhnya, rangkap ketiga yang kami petik di atas jika dibaca sebenarnya adalah doa orang Algeria memohon agar Perancis mendapat balasan ke atas semua perbuatan jahat mereka. 

Masyarakat Algeria kekal mencelakakan Perancis setiap hari dalam lagu mereka dan Perancis pun tampak ego enggan melayan tuntutan Algeria, yang mahukan Perancis permohonan maaf secara rasmi. Jadi masyarakat Algeria terus menyanyi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)